Kenapa perlu dating?

Buat renungan bersama...........

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan. Aku ingin menulis entry berkenaan tentang dating. Mungkin semua sedia maklum, rencana dating dilakukan oleh sebahagian pasangan yang bukan muhrim yang sedang bercinta (sebahagian sahaja yang melakukan, mungkin sebahagian lagi menjaga). Mereka dengan niat untuk bersama-sama kononnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih rapat, supaya tidak tertipu selepas berkahwin. Dengan dating dapat mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Itu semua alasan!



Perkara sebegini sudah menjadi kelaziman muda-mudi sekarang sehingga bila menolak dating@ couple, dilemparkan dengan gelaran "not up-to-date". Ia juga bagai disokong pula oleh golongan ibu bapa yang mahukan anaknya selamat dalam dakapan "kekasih belum halal" dengan membiarkan anak-anak perempuan mereka (lelaki juga begitu) keluar berdua-duaan asalkan jangan pulang lewat malam. Bagi ibu bapa yang sudah melangsungkan pertunangan anaknya, menjadikan gelaran tunang atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil "fiancee" sebagai jaminan si anak itu bebas kemana saja, asalkan bersama tunang.

MashaAllah (Nauzubillah..minta diriku dijauhkan, Ya Allah)

Sungguh ramai yang terlibat dengan budaya "haram" ini, malah mereka berpendapat tak salah kerana berada di tempat terbuka, bukan di tempat sunyi. Sunyi atau bising, terbuka atau terkatup, Islam menjaga semua ini demi mengelakkan daripada berlaku perkara yang lebih teruk. Jangan pula nanti bila perkara dah menjadi tidak terkawal (nauzubillah) baru nak menunding jari pada kiri dan kanan.





Melihatkan keadaan ini bagai tiada kesudahan, lagi-lagi ianya berlaku di depan mata kita, hati mana yang tidak dipagut rasa sedih yang teramat bila mana ianya dilakukan oleh orang yang hampir dengan kita (mungkin adik beradik kita, kawan kita atau saudara mara kita sendiri). Pasangan yang tak kurang lagaknya bagai suami isteri memeluk erat lengan si hero takut-takut ada serangan hendap dari belakang, terfikir saya dimana letak Islam dalam diri mereka? Adakah hanya di tikar sembahyang? di tabung zakat? di Baitullah atau sekadar lafaz terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir???



Adakah Islam itu diletakkan pada nama sahaja? Mendalam makna sesebuah nama yg ibu bapa berikan tetapi bagaimana pula dengan amalan hidupnya? pemakaiannya? pergaulannya? adakah menepati seseorang yang diberi "cahaya"? Malah menyedihkan lagi apabila "mencari" Islam agama yang suci sebagai lencongan untuk perkahwinan dan perceraian sahaja tetapi bagaimana dengan corak hidup?

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua yang sedang membaca (termasuklah diri saya yang serba kekurangan ini) untuk mengambil masa memuhasabah diri kita semula. Untuk apa kita hidup di dunia ini? adakah sekadar melepaskan nafsu yang sentiasa menebal di dada atau mengejar redha Allah. Ya, redha Allah selalu orang cakap senang dapat. Pakai tudung, makan makanan yang halal, sembahyang, kerja yang halal itu sudah dikira mengejar redha Allah tetapi sempurnakah ia? Sempurnakah aurat yang ditutup? Yakinkah kebersihan makanan yang disuap? cukupkah solat 5 waktu sehari semalam? pastikah kerja kita halal tanpa riba? Bagaimana pula hubungan kita sesama manusia? Yakinkah kita tidak menyakiti hati orang lain? Bagaimanakah hati ibu ayah kita? adik-beradik? sanak saudara?

Kita masih belum sempurna sahabat-sahabat sekalian!!!! Masih banyakkkk......yang perlu kita perbaiki. Kenapa perlu ditambah dengan melakukan perkara seperti dating yang tidak sama sekali dituntut dalam Islam? Aku cintakan dia, itu salahkah? Tidak, sahabat-sahabat sekalian! Itu lumrah perasaan manusia yang Allah terbitkan dalam hati kita. Namun haruslah digunakan dengan sebaiknya.

Jika suka pada si dia, berjumpalah ibu bapanya. Jika semuanya baik, dipercepatkan majlis pernikahan. Alasan tidak cukup wang? Kumpul dulu. sementara itu janganlah berjumpa selalu tanpa perkara mustahak. Jika mahu juga, bwalah muhrim sebagai peneman. lagi satu, sudah bawa muhrim, berbincang di hadapan mereka. jangan pula sudah bawa muhrim, tetapi berduaan sedang muhrim ditinggalkan dalam kereta sahaja. Samalah macam tak payah bawa muhrim.

Ubahlah budaya "dating" dari sekarang kerana nanti kalian semua akan mengecapi nikmat bercinta selapas kahwin itu lebih membahagiakan daripada sebelum kahwin.

(Al-Isra:32)

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
17:32 Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils).

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).



Wallahua'lam....

P/s: Maaf jika ada yang terasa... Jangan bersedih, teruskan usaha dalam memantapkan kecintaan kepada Allah ^_^




Wali Band – Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku
Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku
Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Artikel Wali Band – Kekasih Halal ini dipersembahkan oleh http://funlirik.com/. Kunjungi Juga Download Mp3 Gratis untuk download lagu indonesia terbaru.








Comments

Popular Posts