Tuesday, January 29, 2013

Apa sudah jadi?

Okay. kali ini aku nak minta pendapat anda semua.

Perlu ke menilai pasangan melalui negeri yang diduduki?

Kisah #1

Mereka bercinta selama 8 tahun. Bahagia. Tiada masalah apapun. sampailah ke masa pertunangan, si ibu merasa cultural shock dengan penerimaan keluarga si perempuan Kelate. Perasaan berlarutan hingga mohon anak memutuskan pertunangan. Putus tunang hanya kerana dia seorang gadis Kelantan.

Dan segala cerita macam cerita tak suka mula keluar dari bibit arjuna yang selama ini Okay je bro! Awat ketegaq tetiba?

Kisah #2

mereka berkenalan dalam program suaikenal di tempat kerja. Rasa serasi. Bahagia sangat. Trademark si arjuna kasih a.k.a AK selalu ckp "Bulibubalakau". Berdating. Tiap kali event apa saje, pasti si gadis manis ada. Hinggalah si arjuna membawa si gadis utk diperkenalkan oleh keluarga. Ternyata nenek tidak menyukai gadis Sarawak. Makanya seperti kisah diatas, gadis ditinggalkan hanya kerana dia seorang gadis Sarawak.

Persoalannya: Awatlah hang bg harapan??

Komen anda bagaimana ye? @__@

Selamat Pengantin Baru, Sahabatku

Alhamdulillah bersyukur kerana majlis pernikahan dan perkahwinan sahabat berjalan dengan lancar. Aku doakan semoga kalian berbahagia dan dipertemukan semula di syurga nanti. Amin. Jom kita imbas kembali detik-detik manis saat Puan fatimah Az-Zahra binti Abdul Syukor dan Mohd Fadzly selamat diijabkabulkan di Masjid Besi, Putrajaya pada 25 Januari 2013 yang lalu 

^__^




 Pakcik Syukor sendiri yang menjadi wali sekaligus menyatakan penyerahan tugasnya seorang abuya kepada menantu sulongnya. Time nie air mataku bergenang kerana suara pakcik tenggelam timbul menahan sebak




 Seusai solat sunat selepas akad nikah. Ternyata dua2 mempelai masih malu-malu kucing ^_^




 Credit to Mak Long fatimah kerana berjaya menjadikan aura pengantin sahabatku menjadi-jadi ^_^



 Sahabatku seusai dimake-up oleh Cik Andam yang baru dilantik, Nurul Faizah Husin. terbaiklah sahabatku Faizah walaupun macam-macam kritik membina diterima. Ding dong ding dong....nie la hasilnya... Next pengantin siapala pulak ye?



 Saat membatalkan air wudu'. Hmmm.. nampaknya masing2 malu sangat, makanya aku yang memulakan dulu membawa cincin kepada dua2 mempelai. Hailah sahabat... kamu yang merancang, malu plak dia ^_^





 Saat membaca doa utk si isteri. Suara Fadzly slow sangat. Yang pasti ada kisahnya. Tak gitu Fatimah? :) Apapun good job Fadzly. You did it!




 Saje duduk belakang kedua-dua mempelai. Teringin nak dengar khutbah kahwin. First time. kalau betul2 hayati memang boleh menangis dibuatnya




 Alhamdulillah you're officially halal for him :)



Khusyuk mendengar khutbah 




 Sekitar dewan Perbadanan Putrajaya pukul11 pagi























Yang nie, no comment! Pengantin berinai, dorang nie pun nak juge... tak taulah nak jadi apa ye.. Ish3x Tak sanggup den menengoknyeee :P


Next majlis siapa pula ye... ? Just wait and see.. Inshaallah jika baik, dipermudahkan :)

#Faizah: Teringat soalan kau pasal ayah mertua malam nikah tu. Kau jangan dibuat tanya lagi pada orang sebarang tau ^_^

Wednesday, January 2, 2013

Jujur

Sampai ke hari ini, rasa kesal menebal dalam hati. Sampai mati aku akan ingat.
Mungkin aku terlalu jujur meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Kalau jujur pun bukan boleh kaya pun

Kalau tak jujur pun sapa pun tahu? 



Mungkinkah sahabatku dihimpit rasa sedih atas apa yang aku luahkan? Dia membaca pm aku di Facebook tapi aku yang menangis disini sambil menaip. Rasa sedih yang teramat. Rasa sedih yang aku tak tahu dari mana munculnya. Mungkinkah situasi kami yang berbeda membuatkan rasa kosong membawa kepada kesedihan?

Adikku. Si Bob tu. Aku takkan lupa kata-katanya saat aku menelefon di Jusco SS1,

"Yang hang gi teman buat apa? Sorang plak tu?? Bawak la kawan. kurang-kurang kau sunyi tak tau buat apa, ada org yang boleh rencanakan aktiviti tak bermanfaat untuk hiburan bersama. Haaa, aku ada taknak bawak?!"

Mana aku tahu kau boleh temanakan dik oiii.. Orang lelaki bukan tak suka teman orang pempuan shopping ka? 


Kalau bisa ku undur masa, dah lama aku pusing balik jam dan perbetulkan keadaan. Dengan tidak memberitahu apa-apa pada sahabatku yang satu ni. Agar hati dia lebih tenang melalui detik 25hb yang tinggal beberapa hari je lagi T___T

Terlajak FLX boleh try U-turn, terlajak cakap, memang mengadah jelaaaaaa....


Ya Allah, aku seakan membunuh "spirit" dia... Allahu rabbi


P/s: Tak jujur sama tak macam menipu? Kalau suka menipu, kitalah Pinocchio modern abad 21 :(