Friday, February 25, 2011

Emosi yang gagal dikawal



(thecornerpoint.blogspot.com)

Assalam...

Aku tak pernah menangis hingga meraung. Kalau ada pun time kecil-kecil dulu sebab jatuh dari basikal atau kena sakat dengan along. Aku ingat bila dah 25 tahun nie, semakin sukarlah nak menangis. Rupanya lagi dasyat kott.

Masjid UTM sebelah bangunan Felda Holding menjadi saksi air mataku bercucuran. Raunganku tak siapa yang dengar kecuali Shifaa dan Allah taala. Tenggelam kerana deruan aingin kuat dan hujan lebat serta kilat yg menggerunkan. Ssekali pancaran cahayanya menyelinap masuk ke ruang solat jemaah lelaki.

Saat itu aku baru usai solat zuhur. Panggilan telefon yang aku terima ternyata membuatkan emosiku gagal dikawal. Akhirnya aku meraung.. Kuat sekali. Shifaa juga hampir menitiskan air mata. Melihatkan aku yang terlalu kecewa dgn si pemanggil. Tuduhan "Mungkir janji" oleh orang yang paling aku hormati terlalu berat untuk dipikul.

Aku tahu aku harus cepat belajar. Seusia zaman yang pantas mengharungi globalisasi seakan aku tak bisa mengejar sama. Tiada sokongan. Tiada panduan. Mahupun kata-kata semangat. Syukur ku pada Allah dipertemukan Shifaa, kawan yang baik dan memahami. Biarpun dia dilanda fitnah yang maha dasyat oleh rakan sepermainan, dia tetap tabah. Terima kasih Shifaa ^__^

Apapun itu cerita 24hb Februari. Biarkan berlalu. Biarkan air mata itu berlinangan.
Untuk berjaya, perlu hadapi kesusahan dahulu. Cabaran dalam bekerja ada macam-macam ragam. Bila dah berjaya nanti, kita akan lebih menghargai kepayahan dulu.

Kuatkan semangat! Jadikan air mata sebagai bayaran utk lebih berjaya. Hidup bermatlamat. Usaha sampai jaya ^__^

P/s: walaupun meraung, syukur sangat lega dah sekarang :)



(http://www.clivejames.com/gallery/painting/claerwen-james/pink)

Sunday, February 20, 2011

Tawarnya cintamu..

Assalam buat semua yang masih belum tidur..

Bertemankan P1-WiMax yang sgt2 max kelajuannya dan TV2 di skrin Tv yang tak ku toleh, hanya telinga yang mendengar TV, mataku terus menumpukan sepenuh perhatian pada laptop ACER untuk coretan di sini ^__^

Suasana di Masjid India yang suram tetapi sibuk dengan seisi umat manusia yang menghabiskan masa bersama keluarga dan teman pada hujung minggu. Sempat tangan aku mencapai selendang yang unik tapi cantik berwarna coklet berharga RM15. Perfect negotiable with the price of RM11. Jalan-jalan lagi jumpa selendang yang sama tapi harga RM10. OKay fine, rezeki akak tadi la untung RM1 :)

Sementara menanti azan maghrib di masjid, mata aku sempat mencuri kelibat DIA kalau-kalau ada di sekitar Masjid India tapi tiada! Serta merta rasa tawar timbul di dalam hati.

Persolan bermain-main di fikiran aku:

Am I too stupid? Adakah aku menzalimi diri sendiri??

Bak kata Kak Ayu dalam YM!:

Kak ayu Laws mohd: cari org yg syg kite,bkn kite yg syg dia lebih

Kak ayu Laws mohd: abg ke x abg 2 bkn mslh besar asalkn dia matang




Aku perlukan masa.....

Berilah aku masa....

Untuk restore semua kenangan bersama DIA untuk disumbatkan ke Recycle Bin dan Permanently Delete! dari hidup aku. Apa jua usaha akan aku lakukan demi kebahagiaan hidup aku sendiri.

Nisa'... Kuatkan hati ye... (and finally the rain meets the grass T______T )



Huh! T___T

Saturday, February 12, 2011

Akhirnya aku temui....

Salam buat hari sabtu yang mulai memakan hampir keseluruh harinya tanpa aku sedar..

Terlalu banyak perkara baru aku ketahui. Pertama penemuan facebook DIA. E-mail dia yg pertama di inbox company aku... dan status DIA sekarang.

Aku tau aku perlu, wajib dan harus melupakan DIA. Sahabatku tak putus-putus memberi semangat agar teruskanlah melupakan orang yang tak menghargai kehadiran aku dalam hidupnya. 8 tahun bukan 1 tempoh masa yang singkat. Bagaimana mungkin memori 8 tahun itu aku lupuskan semudah aku melupuskan document clients kat ofis dengan menggunakan mesin shredded paper???

Sahabat, along dan angah tak pernah bersetuju untuk aku terus berharap pada DIA. Anggapan kenangan silam dah berlalu dan mulakan memori baru bersama si dia yang lebih tahu menghargai aku sambut dengan hambar. Aku tau aku memusnahkan masa depan aku sendiri. Aku sekuat Khadijah isteri Nabi Muhammad s.a.w. Aku tak setabah Zulaiha isteri Yusuf. Aku juga tak sehebat Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim.

Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya... Kerana aku bahagia begini sungguhpun DIA tak tahu apa yang aku rasakan saat ini. Kebahagiaan aku bukanlah terletak kepada keakuran DIA tetapi menyemai cinta untuk DIA itu lebih memberikan rasa yang cukup indah dan halus dalam sanubariku..

Sampai bila? Entah. aku tak punya jawapan itu :(

Sunday, February 6, 2011

Hari baru di rumah sewa baru..

Assalamualaikum...

Baru jeee lepas angkut barang2. Rumah tingkat 5, no lift. Only tangga! Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Rumah simple, kawan2 UIA juga dan yang paling best, terhampir dengan LRT :)

Hmm...macam baru semalam jumpa ibu dan ayah. Hari ni dah kat KL. Terharu sangat2 ibu masak sedap2 tapi boleh plak petang sampai ke rumah, aku demam dan semalaman ibu jaga aku. Ibu kata aku menggigil kesejukkan padahal badan panas menggila. Pagi jumaat yang bahagia baru suhu badan mereda. Plus dengan cirit biritnya banyak berehat je balik rumah cuti CNY.

Ada plan nak ke penang? Budak kecik yang keletah panggil aku "Nisa'" padahal aku ni Mak Lang dia dah memanggil2 bila nak mai sana... Kena plan betul-betul. Kalau tak demam lagi. hehehe..

Dari hari ke hari semoga aku kuat dan tabah menghadapi cabaran hidup. Bulan Mac penuh dengan jemputan kahwin. 12hb Emy, 13hb Nisah... Sorang utara sorang selatan.. Mana yg patut didulukan ye? Memenuhi jemputan tu wajib hukumnya.

^_^ Apa pun kena selalu gembira.. susah macamana pun kena selalu senyum ^__________^

Wednesday, February 2, 2011

Moga terus tabah

Assalamualaikum..

Lama tak buat entri. Tiada apa yang hendak dikongsi cuma sangat-sangat berasa bersyukur kepada Allah kerana dengan kepelbagaian dugaan yang diberikan, aku masih berdiri saat ini. Dari dugaan di tempat kerja, si dia, "rumah", kewangan... semuanya masih lagi di bawah tahap normal. Belum sampai petala ke lapan lagi.. hehehe Alhamdulillah..

Sahabatku, terima kasih kerana hingga ke saat ini, walaupun kita dah berjauhan, tetapi semangat dan nasihat kau sentiasa meniti di bibir. Ini juga rezeki daripada Allah dipertemukan orang yang baik-baik sebagai penyokong dan pendokong aku.

Alhamdulillahi rabbil alamin... suasana kerja di tempat baru lebih baik daripada yang dulu. Mungkin juga environment. Mungkin juga Allah masih menjodohkan aku dengan UIAM. Percaya atau tak, aku masih lagi bersama dengan suasana UIAM.Walaupun usaha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UIAM tu belum tercapai (inshaAllah akan datang, usaha lagi Nisa'!!) tetapi ofis bersebelahan masjid UIAM sudah cukup membuatkan hati aku tenang. Terutamanya azan maghrib tatkala OT sebab kerja masih melambak.

Berjumpa dengan lecturers tidak mungkin aku lupakan. Manis sekali. Walaupun namaku tidak lagi diingati, tetapi raut wajahku masih tersemat kukuh di memori mereka. Madam Asiah, Prof. Akhtarzaitie, Dato' Ustaz Hamidon..... paling tak sangka sekali, saat bertentang mata dgn Dr.AKram. MashaAllah dia ingat aku lagi. Budak paling "aktif" di kelas Internet Application :)

Rindunya pada UIAM hari-hari terubat.Sememangnya ini yang aku impikan. Lecturer, department, dress code, matric card, Pak guard, makanan arab dan Mahallah Safiyyah sentiasa mendampingi aku. Semoga kebahagiaan ini sentiasa membaluti hati ini.. Namun sekiranya ada yang lebih baik, aku redha. Allah lebih tau.

Buat kamu yang sedang membaca, terima kasih. Doakan yang terbaik untukku kerana aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu.

PEACE, NO WAR!