Wednesday, June 22, 2011

Biiznillah (bahagian~2)



Biiznillah~Bahagian 2




Assalamualaikum
 With reference to our offer for temporary employment, we wish to inform that you will be completing your contract with the Bank on 17 July 2011. Your last day of employment will therefore be on 16 July 2011.

For the meantime, please ensure to fully utilize your leave entitlement prior to the completion of your contract and kindly surrender all the Bank’s belongings to your Branch Manager prior to you leaving service.

On behalf of the Bank, we take this opportunity to place on record our sincere thanks for the services rendered and wishing you the best in your future undertakings.

Thank you





HR memohon maaf diatas kesilapan surat ini. Aku tak kisah! Serius! Bos dan seluruh warga ofis tidak bersetuju dengan keputusan aku untuk meletak jawatan 1 July ini.
                    Pelbagai panggilan daripada Valuer, Lawyer Hafiz dan beberapa staff di Regional Ofis menghubungi aku bertanyakan kesahihan peletakkan jawatanku ini. Benar! namun bukan kerana email yang slaah tuuuu, tapi kerana ayah! Ayah ibu perlukan aku..
                    Semalam Bos memanggil aku.Meminta aku berfikir banyak kali. Aku mengangguk tanda nekad. Dia meminta aku menghubungi Head Department berkenaan permohonanku. Aku telefonla juga walaupun tak tau nak kata apa dah.Tipulah aku tak fikir pasal masa depan tapi ayah dan ibu pun masa depan aku juga!
                    Ternyata Encik Bost terperanjat dengan masalah yang aku hadapi. Dia memberi kata dua; cuti tanpa gaji atau pindah cawangan. Laju je mulut aku menutur pilihan ke-2.Cawangan Sungai Besar adalah yang paling hampir dengan ayah. Aku khabarkan pada ibu dan Allah dalam sujud terakhirku moga-moga jika berpindah itu yang lebih baik, maka mohon dipermudahkanlah.
                     Petang selepas Asr, Encik Noor menghubungi aku. Asst Manager En. Bost.apa pilihan pun tiada untuk aku melainkan...RESIGN!. Amat berbeza dengan apa yang En.Bost terangkan pada aku semalam. Sepertinya En.Noor tak bersetuju dengan pilihan yang diberi oleh En. Bost kepadaku. So for win-win situation, aku berhenti! Dia dapat staff baru, aku dapat family aku.Gamat satu ofis mendengarkan perkhabaran daripada En.noor. Semuanya tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh En. Noor kepada ku. Apa daya aku.... aku cuma pekerja bawahan.
                     Short briefing tergempar diadakan. Terharu rasanya mendapat sokongan daripada branch. Segera aku tenangkan keadaan dengan menerangkan pro n cons Encik Noor kalau membantu aku berpindah ke cawangan lain. Apa yang boleh aku katakan,


" I'm not somebody. I've nothing to say. Just pray for my father",


Sepi ofis hingga boleh kedengaran deru angin aircond dari siling. Aku mula menapak ke meja mengemas mana-mana yang patut. tak banyak pun barang yang hendak dikemaskan. hanya sekadar mengemas doc client dan menyimpul beberapa kenangan disini.


Alhamdulillah keadaan ayah semakin pulih namun apa yang memilukan bila perkhabaran adik berkenaan kaki ayah. Kaki ayah dikorek pada bahagian buku lali hingga menampak putih tulang kaki...... MashaAllah sakitttnyeee dan kuatttnyeee ayah saya :)


Ayah,
Akak sayang ayah. Biarlah akak bermula daripada bawah, kerja kedai kasut Ah Beng pun takpe asalkan dekat dengan ayah. Dekat dengan ibu ^__^ Akak dah kisah dah bu, ayah. Money is nothing. Family is everything :)

Wednesday, June 15, 2011

Biiznillah

Assalam..


Sayu aku tengok wayar berselirat di badan ayah tadi. Alhamdulillah ayah dah sedar dari koma. Doktor mengesahkan sebelah buah pinggang ayah rosak dan perlu rawatan dialisis. Sementara tu, perut ayah mengalami pendarahan. Kesan daripada merokok.


Aku tengok tenang Ibu, Angah dan Adik tabah menerima berita ini. Ayah masih tak tahu. Tak tahulah kalau sudah diberitahu pagi tadi waktu aku takde kat sana. Yang hairannya, aku tak menangis pun bila tahu. Sepanjang perjalanan ke HTAR Klang, air mata menggila nampaknya. Bila sampai ke wad 4A katil 20, nampak je ibu, esak aku terus hilang. Aku kena kuat!


Ibu terus memeluk aku dengan erat. Katanya tak sanggup tengok keadaan ayah. Aku usap belakang ibu. Aku kata pada ibu semua nie biiznillah.. Dengan izin Allah. Kita takde kuasa pun, ibu. Tak lama lepas tu, ibu tenang walaupun dada ibu bergelombang turun naik menahan tangis. Ayah sekadar memandang sepi kearah aku.


"Kak, bila sampai?" ayah bertanya dalam suara tenggelam timbul.


"Baru sampai yah. Akak amik separuh hari je keje," lembut jawapan aku sambil mengusap rambut ayah. Tanda kasih sayang aku pada ayah yang tak berbelah bagi.


Selang beberapa minit, Mak Andak, Kak Anis dan Abg Shidee sampai. Bertanya khabar dan mohon undur diri. Sempat berbincang soal rombongan ke Melaka tapi nampaknya macam Keluarga Mak Andak tak ikut. Sebab due Kak Anis dan Kak Intan 3 hari sebelum majlis di Melaka.


Tak sabar nak tunggu hujung minggu ini. Untuk berkumpul di hospital dan melihat perkembangan ayah. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka. Sms adik tadi memberitahu ayah baru selesai dialisis untuk hari ke-2. Adik kata ayah tenang je, alhamdulillah ^__^


Sampai sahaja di rumah, aku mula onn lappy. Menyemak email-email di office dan menyiapkan kerja-kerja yang sempat aku sambar sebelum ke hospital tengahari tadi. MashaAllah, ujian datang lagi. Semuanya...biiznillah... 


Aku dikejutkan dengan satu email dan REDHA wajib ada dalam diri aku sekarang. Email itu adalah seperti berikut:-



Assalamualaikum
 With reference to our offer for temporary employment, we wish to inform that you will be completing your contract with the Bank on 17 July 2011. Your last day of employment will therefore be on 16 July 2011.

For the meantime, please ensure to fully utilize your leave entitlement prior to the completion of your contract and kindly surrender all the Bank’s belongings to your Branch Manager prior to you leaving service.

On behalf of the Bank, we take this opportunity to place on record our sincere thanks for the services rendered and wishing you the best in your future undertakings.

Thank you



Allahu akhbar!


Allahu akhbar!


Allahu akhbar!








Semuanya biiznillah... Bukan rezeki aku nampaknya. Alhamdulillah sedaya upaya aku cuba bekerja atas nama Allah tapi nampaknya penghujungnya jelas sekali pada 17 July nanti. Apapun, semoga rezeki aku ada yang lebih baik daripada ini. Semoga aku kuat. Semoga aku tabah!


Tabah kerana kehidupan kita baru bermula disini ^__^


Kulli shaiin, illa biiznillah.. Setiap sesuatu itu tidak lain tidak bukan hanya dengan izin Allah.


Wallahulam.. 

















Monday, June 13, 2011

Ayah mesti kuat! Ibu mesti sabar! (bahagian-2)

Assalam..


             Syukur kepada Allah diberikan kudrat untuk menjaga ayah yang uzur di Hospital Sabak Bernam. Walaupun penat baru tiba dari KL jumaat malam sabtu, pagi sabtu aku dah bergegas ke wad ayah menggantikan adik yang menemani ayah setengah hari. Sebelum kesana, aku persiapkan rumah agar tampak kemas dan selesa. Ibu tak boleh rumah sepah. Kasihan ibu.. Tak larat nak buat sorang katanya.
              Sempat aku membasuh dan menyapu lantai dapur. Aku gagahkan juga ke ruang tamu atas mengemas mainan Bihah dan menyapu habuk-habuk yang aku kira tak pernah berganjak sejak ayah dimasukkan ke wad. Ibu terlalu menumpukan sepenuh penjagaan kepada ayah. Rumah pula tak berkemas. Nak harapkan adik dan angah? Apalah yang dorang tahu. Kerja perempuan kan..
              Sedang aku bersiap nak ke hospital, Bihah berlari-lari mendapatkan aku di meja solek,


"Mak Lan (pelat sebutan Mak Lang), nak temana (pelat kemana)?" Sambil matanya memfokus kearah aku yang sedang membetulkan letak tudung.


"Mak Lang nak jumpa atuk,"jawab aku tanpa melihat reaksi Bihah.


"Bihah nak itot (pelat ikut)?" jawab Bihah sambil menarik hujung baju kurung kananku.


"Jomla. Cepat siap ye," jawab aku sambil tersenyum.


 Tersenyumlah sebab kanak-kanak seawal 2 tahun lebih mengenali Mak Langnya yang hanya berjumpa hampir setahun sekali je. Aku satu-satunya yang diingati dengan panggilan lain NISA. Tidak pada Pak Ngah. Tidak pada Pak Su. Sebabnya Mak Lang best.!! Hahaha...


       Nur Nabiihah memaut tanganku melangkah ke wad ayah. Ayah kelihatan ceria menyambut kedatangan cucu sulongnya walaupun bisa di kakinya bagai tak pernah surut.

Inilah gambaran kaki kanan ayah sebelum sesi cuci tengahari tadi ... yewwww...~~~

Pandangan Bihah menala kearah akuarium ikan yang terletak berdekatan dengan Wad 2, bersebelahan dengan wad ayah, wad 3.


"Mak Lan (pelat Mak Lang), itu fish," jerit Bihah bagai tak percaya ada ikan dalam hospital. 


Aduh! Gamat sekejap wad dengan becok Bihah yang mengomel tentang ikan. Bahasa percakapan ada yang aku faham, sebahagian lagi, dia cakap apa pun, dia sorang je yang faham. Aku iyekan saje la. Agak bising wad dengan suara dia menjerit-jerit kearah ikan. Oleh kerana seperti mengganggu pesakit, aku segera mendokong Bihah dan mendudukkan dia di atas katil ayah.


"Nak fish!! Nak fishhhhh...." Bihah menjerit-jerit mahu melihat ikan lagi.


Ayah, ibu, Ngah, Along, Kak Long dan adik ketawa saje melihat telatah Bihah. Ketawa ketawa juga. Aku sorang je yang handle. Aiseh.... Segera aku mendokong Bihah dan membawanya ke taman permainan yang terletak berhampiran dengan BILIK MAYAT! Fuhhh... seram tak seram, gagahkan juga menapak ruang hadapan bilik tersebut.


      Elok pula kami berjalan disitu, Bihah nyanyi lagu Twinkle twinkle little star... Seram pun ada, huhuhu..
Sampai saja kat taman, Bihah bagai sakan menjerit, berlari dan aku membiarkan sahaja. Penat ^__^  Seronok tengok telatah Bihah. Comel sangat. Macam tak tau penat :)


"Mak Lan (pelat Mak Lang) Jom jom..." Bihah menarik tangan aku meminta aku meletakkannya diatas buaian. 


Sepetang aku menemani Bihah di taman sampailah Kak Long panggil kami sebab dorang nak balik Penang. Sedihnya nak berpisah dengan Bihah. lepas ni nak jumpa samada aku ke Penang atau cuti raya nanti. huhuh... Bihah menyalami semua pak-pak sedaranya, atuk dan opah. Paling tak tahan, aku dapat salam dan pelukan dia. Bagai mengerti akan berpisah sementara. Segera aku dokong dia dan peluk erat-erat. Aku dapat rasa Bihah pun membalas pelukan aku dengan erat.

Mak Lang sayang Nur Nabihah tau! ^_^

             Ini kaki kiri ayah yang sudah sembuh bulan lepas. Penyakit yang sama menyerang kaki kanan pula






Ini ubat Dermacyn yang sangat mujarab untuk mencuci luka ayah. Dengan izin Allah juga..

Ini antibiotik dos kuat dimasukkan ke dalam badan ayah untuk mebunuh kuman dari dalam. Dr kata ayah ada infection pada kaki dan perlu dibersihkan kuman dalam badan. Notis pada kertas kuning memberitahu TOLONG JANGAN USIK ALIRAN DRIP INI, tapi aku usik je. Dah drip habis, aku cabutlah. Ayah nak tidur pun tak selesa. Nurse datang je tgk dah cabut. Pandai-pandai je aku ^..^

Nombor katil ayah



Doa akak tak ada yang lain melainkan kesihatan ibu dan ayah dalam keadaan baik dan terbaik untuk ke Makkah tahun ini, aminn...

Kepada kamu yang sudi membaca blogku, doakan ayahku, Taslim bin Marlan dan ibuku, Jamaliah binti Ahmad sihat sejahtera ye ^_^ Kalian doakan ibu dan ayahku, 1000 malaikat akan mendoakan kalian siang dan malam, waallahua'lam ^_^


Psssttt, ada nasihat!:

Jaga kesihatan ye kawan-kawan. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman   V^_____^V

Friday, June 10, 2011

Kenangan indah



Ini gambar waktu Pesta Barangan Malaysia@PWTC. Ntah bila Kak Umi snap gambar ni ^_^






Ini pulak gambar bersama Dr. Zabeda. Skor A amik dengan dia. hehehe.
Program Teatime with Industrial Talk@ Ibnu Taimiyyah, KENMS (Rindunyee ..KENMS) 







Gambar kenangan bersama Rinie, Faizah dan ehem..Puan Munirah Damanhuri @IIUM Library.. 
ohoiii yang lain, bilanya nak bergelar Puan/Mrs/Madam?? :)

Ayah mesti kuat! Ibu mesti sabar!

Assalam ayah dan ibu,


          Pertama sekali, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Puteh.. Mungkin bunyinya agak kelakar. Ucapan untuk seekor lembu berwarna putih. Bergenang air mata aku bila ibu menceritakan saat Puteh dibawa naik lori. Air mata ayah menitik. Air mata Puteh pun menitik. Hampir 7 bulan aku bersama Puteh.
           Ibu kata lagi Puteh tak mahu makan sampai ayah kena datang menjenguk ke umah "tuan baru" dia, baru Puteh nak makan. Sebak rasanya bila mengenangkan rupanya kepulangan aku minggu lepas adalah saat terakhir bersama Puteh :( Ayah yang paling rapat dengan Puteh. Ayah yang paling terasa kehilangan Puteh.
           Ayah terpaksa menjual Puteh. Ayah tak larat nak jaga dia sepenuh masa. Daripada menganiaya, lebih baik dijual kepada orang yang mahu membela. Kaki ayah membengkak. Sebelum ini sebelah kiri. Sekarang sebelah kanan. Degilnya ayah tak tahulah nak cakap macamana. Tak mahu berubat, tak mahu ke hospital, tak mahu segalanya. Syukur tang solat dan mandi dia mahu. Makan pun dah kurang. Susut badan ayah.
            Minggu lepas aku banyak meluangkan masa dengan ayah. Aku tolak wheelchair sampai ke toilet, aku tukarkan pakaian yang lebih bersih, aku papah ayah setiap kali nak turun ke dapur. Dalam keadaan demam dan menahan sakit, sempat ayah berkata kepada aku, "Kak, kalau kau balik KL, sapalah nak layan ayah macam ni?" Aku diam menahan sebak. Suara aku tenggelam dek rasa terharu dan sayang kepada ayah.
             Ayah kena kuatkan semangat! Jangan biarkan sakit tu membuatkan ayah hilang ceria dan tawa. Aku selalu membandingkan ayah dengan ibu dulu.


"Ayah, ibu dulu sakit seluruh anggota yah. Doktor kata 50-50. Tak boleh jalan, tak boleh menelan, segalanya perlukan bantuan. Ayah Allah uji kaki je. Ayah kena kuat! Ayah kan lelaki, takkan kalah dengan ibu kott", pujuk aku sambil mengenyit mata pada ibu.


Ayah hanya tersenyum sahaja. 


"Bertuah ayah ada anak perempuan. Walaupun sorang, tapi pandai ambil hati", kata ayah dengan segaris senyuman. Tak seceria dulu. Rokok pun tak pernah lagi nampak sejak ayah keluar daripada Hospital Sabak Bernam bulan lepas.


"Ibu pun kena kuat. Bukan ayah sorang je bu. Ibu kena sabar melayan ayah. Orang sakit memang banyak ragam. Dia nakkan perhatian. Ayah dulu sabar je melayan ibu. Ibu kena macam tu jugak. Sekarang giliran ibu pula jaga ayah", ujar aku pada ibu. Balasan yang aku terima, pipi aku dicubit. Separa sakit tapi best! Manja pula dah tua-tua ni :)


Apa pun keadaan ibu dan ayah, akak tetap ada bu. Akak mencari suami yang sayang pada ibu ayah je. Bukan sayang akak sorang tapi family kita juga. Buat masa sekarang ini, belum ada yang betul-betul sayang ibu dan ayah lagi. Semuanya sekadar berbasi-basi je. Kalau akak sayang ibu dan ayah, macam tu juga la akak sayang pada ibu dan ayah mertua nanti, inshaAllah.










Semoga Allah sentiasa memelihara ibu dan ayah sewaktu kita berjauhan ye bu, ayah. Amiinnnn... ^_^









Saturday, June 4, 2011

Satu hari di hari Jumaat

Assalam,
Selamat malam ahad. Jumaat yang lepas bersamaan 3 Jun 2011 telah berlaku salah faham di pejabat. Semua bagai menunding jari padaku. Puncanya? 1 panggilan telefon. Ceritanya bermula begini...

Seawal 8.30 pagi, aku sudah memulakan tugas walaupun bank beroperasi pukul 9.30 pagi. Tepat jam 8.40 pagi, telefon pejabat berdering. Oleh kerana aku seorang je di pejabat, dengan rasa tanggungjawab, aku menjawab dengan sopan;

Aku: Hello assalamualaikum. Bank ************* Cawangan **************** boleh saya bantu?

Mak Pah: Waalaikumussalam. Saya Mak Pah. Boleh saya bercakap dengan Man?

Aku: Maaf puan. Man tak masuk ofis lagi. Boleh call semula 9.30 ye.

Mak Pah: Takpelah kalau Man takde. Boleh tak anak sampaikan pesan makcik pada semua staff. Makcik ada buat makan-makan pukul 12 tghari nanti. Jemputlah semua datang ke kedai Mak Pah ye

Aku: Yeke makcik? Terima kasih banyak-banyak. Inshaallah saya sampaikan pada semua.

Perbualan kami pun berakhir dengan ucapan salam. Aku apa lagi terus shoot email ke semua staff memaklumkan jemputan makcik yang menggelarkan dirinya Mak Pah. Sebelum ini, aku pernah dengar Shah cerita Mak Pah tu rapat dengan dia. Aku tak kenal Mak Pah. Jarang keluar lunch.

Makanya email pun dihantar dengan jayanya:

Assalam semua,


Sebentar tadi saya menerima panggilan daripada Mak Pah menjemput semua staff untuk makan free di gerainya pukul 12 tengahari. Terutama sekali Man :) Bersama-samalah kita memenuhi jemputan beliau.


Terima kasih.

Jam yang dinanti telah pun tiba. Aku masih di pejabat. Tak rasa nak ke gerai Mak Pah memandangkan kerja bertimbun. Ditambah lagi, aku tak suka simpan-simpan kerja. Teman-teman yang lain sudah mula meninggalkan meja masing-masing. Sempat aku mendengar ada yang nak makan puas-puasla, nak makan ayam 3 ketul la sebab ayam Mak Pah ayam berempah. Ntahla, aku tak pernah kesana. Aku hanya tersenyum. Kalau makan free memang semua berpusu-pusu. Free la katakan :)

Pukul 1 tengahari, sahabat baikku, Fatimah Az-Zahra call. Subhanallah dia datang area tempat aku bekerja. Apa lagi, aku tangguhkan kerja dan terus berjumpa dengannya di cafe HS. Di lobi, aku lihat teman-temanku ketawa riang. Budget aku mungkin seronok sebab makan free. Aku pun bergegas ke cafe HS bimbang Fatimah menunggu lama. Sempat mereka bercakap dengan aku dan meminta aku ke gerai Mak Pah. Aku beritahu ke HS Cafe sebab kawan datang. Dorang ketawa lagi. Lagi gamat daripada tadi. Aku bergegas ke cafe HS.

Jam 3.32 p.m, aku didatang email daripada seorang hamba Allah. Berkenaan makan free di gerai Mak pah. Berderau darah aku bila membaca email tu. Mereka bercerita tentang aku. Ini email yang tidak sengaja terlayang ke inbox aku:



Daripada: Cik A
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......

Nak story kat u all…
Today I and my frend dapat berita ada makan free…
So we all together gather gi makan kat kedai tue…. Tanpa berfikir panjang….:P
So I and my frend memang makan tak hinggat! La….. siap nak tapau lagi……
Ayam penyek, sambal udang, ikan pari, pegedil, ikan goreng….air sirap, teh o, teh ais… peeehhhhhh…….
Kenyang beb…..

At last kami dapat berita tue bukan makan free, makan di tempat free jerrrr…. Huahuahuahua
Yang lucu nye I and my frend rasa macam tak bersalah jer mase makan tue…. J

Sapelah yang bawak berita mase pagi tue….. org yang angkat fon tue….
Ape pun nikmat I makan hari nie memang rase lain dari lain coz I and my fred same2 terkono!

Hahahahahhahahaha………


Jumaat yang indah……


Saling balas membalas antara mereka, diikuti mesej ini:

Daripada: Puan Z
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE....... 
 
Any comments???

Daripada: Cik A
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE....... 
Hahahahhaha
Ape pun tak boleh!
Daripada: Man
Kepada: Staff cawangan (baru ada nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE....... 

Yang saya pulak ….yeyeeee je Tanya mak pah…



saya               :mak pah oiii hari ni belanje sempena ape yee..

Mak pah       :mane ada apa2 biasa jeee man....ambl la apa2 fresh oren ke barli ke..

Saya               :sy dh dgr ambl apa2 je,,confim free latuuuuuu..(mak pah diam jeeee sbb sy ckp dlm hati)

Mak pah       :xpe makan dulu nanti mak pah kira,,,

Saya               :dengar je camtu,,memang sah kena bayarrr,,hahhaaaa…padan muka kite..



Daripada: Cik A
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......

Hahahahhaha

Ape pun tak boleh!
 
Daripada: Encik F

Kepada: Staff cawangan


Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......


PERHHHHHHHH…..  YG  SAYA  NI  DAH  TUNJUK  LA  NASI  LAUK PAUK TU  KAT  MAK  PAH  DGN SI  IZIEY   ….PAS TU  SINDIR  KAK  AKAK  YG PEMBANTU DIA TU  CKP BELANJA  MAKAN





TP YG POLIK TP BONAR NI HAAA… TGK  MAK  PAH  MCM TULIS SEMACAM JER  KAT  BUKU…DLM HATI  AIKKKK   MAK  PAH  NI  NAK  BUAT  KENDURI  TP   TETAP NAK BUAT  BAJET  KER….





MASA MAKAN  DGN  IZIEY  TD…HEMM   HEMM….SEMPAT  DOK  SOSEK  SOSEK  DGN  IZIEY  PASAL  KES  NI…MCM  X  CAYE  LA  MAKAN PREE….





SO  SUME  ARI  NI  KENA TERTIPU  EKKKK….   KUANGG  KUANGG    KUANGGGG





Wakena      bebbbbbbb……




Daripada: Puan Z

Kepada: Staff cawangan


Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......


Tertipu2 lah nak wat camner bender dah jadi kita maaf kan semua tu… huaaaaaaaaaaaaaaa

Apa perasan korang bila perkara seperti ini berlaku? Syukur pada Allah sekurang-kurangnya aku tahu perkara sebenar. Rupa-rupanya ketawa sakan di lobi tu merujuk pada aku. Email diatas pun merujuk kepada kononya kesilapan aku hingga mengakibatkan dorang rasa tertipu.

Sampai ke hari ini, aku tetap yakin, Mak Pah yang call dan menjemput. Siap mention nama Shah lagi. Entahlaa.. semua ini berlaku tanpa dirancang. Cepat-cepat aku reply email dorang dan shoot pada satu cawangan;
Assalam semua,

Disini saya mohon maaf sekiranya jemputan makan itu tidak benar. Apa yang saya dengar daripada jemputan Mak Pah, itu yang saya khabarkan pada semua terutama sekali Shah. Apapun selepas ini saya akan tapis dahulu sebelum memaklumkan pada semua. Saya mohon maaf sekali lagi.

Bos bertanya pada aku, aku hanya memandang dan mengangkat bahu tanda tak mahu bicara. Bos tak join makan sekali sebab ada meeting kat HQ. Selepas aku menghantar email tu, tiada responds daripada mereka. Tak tahulah kalau perbualan tu berterusan cuma tak tag nama aku je.

Sedih sangat sebenarnya. Kenapa tak bertanya dulu pada Mak Pah sebelum "menyerang"? Biasanya kita kalau ada jemputan makan, kita mesti malu-malu dan tanya betul ke tak ada makan free. Lepas tu nak baham had mana, biaq pi la!

Huh.. aku jadi malu sekarang. Malu yang takde makna. Seolah dituduh "mengenakan" kawan sepejabat. Cik A terus keluar pukul 4 ptg dan waktu nak balik petang tu pun, aku tak nampak batang hidung dia. Malu kot email dia terlepas kat aku jugak. Dialah pencetus isu nie.

Waallahua'lam.. Allah lebih tahu semua ini ^_^