Sunday, March 10, 2013

Bila Cinta...

Diam tak diam rupanya dah 4 tahun usia blog nie. Terima kasih kerana setia berdamping dengan saya, saat idea melimpah ruah sehinggalah kekeringan idea macam sekarang.

Terima kasih. Kerana bersama. 


Mudah-mudahan yang terbaik milik kita. Amin














Diam tandanya aku tiada lagi. 

P.s: Wajah tanpa secalit darah. Bakal arwah. Tak tahu bila. Waktunya pasti. 

Akan tiba..... nanti

Saturday, March 9, 2013

Shhhh... Rahsia


Seorang lagi


Alhamdulillah~

Baru beberapa minit yang lepas sahabat baik mengkhabarkan berita yang paling menggembirakan dirinya dan family. Beliau bakal menamatkan zaman bujangnya sekitar tahun hadapan dengan penemuan Sang Pencinta Hati melalui Baitul Muslim.

Alhamdulillah dengan beberapa nasihat dariku berhubung dengan program Baitul Muslim, akhirnya pencariannya bertemu noktahnya.

Doaku moga kau berbahagia hingga ke syurga dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian. Amin


Alhamdulillahi rabbil alamin jodoh mereka, sahabat-sahabat baikku semua ketemu. Syukur ya Allah :-)

P.S: Dedicated to Nurul Faizah Husin ^_^

 Bersama bakal Puan Faizah sekitar 2006 di UIA



Bersama Puan "already" Fatimah sambut her birthday

Sunday, March 3, 2013

Surat dari siapa?

Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya. Para sahabat bertanya:Bagaimana bentuk keizinan gadis itu? Rasulullah menjawab:Jika dia diam sahaja.~ Bukhari

Salam perkenalan dan jika tidak keberatan ingin ku suntingmu sebagai ketua bidadariku.. InshaAllah


P.S: sampai sekarang xtau siapa orgnya. Hmmm~