Thursday, August 15, 2013

Warkah buat Bakal SuamiKu

Copy and paste dari page Ustaz Ebit Lew
**Tukar isteriku = bakal suamiku
Wahai bakal suamiku,saya sayang awak kerana Allah. Terima kasih kerana bersama dan bersabar dalam perjuangan ini (perjuangan bersabar untuk dipertemukan nanti). Yang harganya ialah syurga. Harganya redha Allah. Dunia ini bukan balasan atau gantinya.

Perjalanan hidup ini nikmat jika kita bawa Islam dan sunnah Nabi dalam hidup ini. Kerehatan dan bahagia sebenar dalam syurga.

Wahai bakal suamiku, jika saya pergi dulu atau syahid, jagalah agama ini. Sediakan anak jadi Daie dan berjuang untuk Islam. Janganlah berpatah balik dalam perjuangan ini. Andai seluruh dunia tidak merestui jalan Nabi ini, teruskanlah kerana Allah bersama orang yang istiqamah atas jalan Nabi saw.

Kitakan ada Allah. Seluruh dunia ini dalam genggaman Allah. Orang yang tinggi hari ini, esok dia boleh jadi orang yang dikeji. Orang yang diludah hari ini, esok dia dijulang oleh manusia. ALLAH pemilik segalanya. Jadi usahlah sedih atau runsing kerana dunia ini bukan bukti kejayaan atau gagalnya kita.

Biarlah orang nak kata kita bodoh kerana dakwah, orang kata kita songsang, apa sahaja. Orang keji kita. Biarkanlah mereka....Kita tetap akan sayang, bersangka baik dan doakan umat ini kerana itu yang Allah suka.

Jadilah manusia yang sanggup mati dari meninggalkan jalan Nabi dan buat yang haram.

Jaga solat awal waktu. Bangun malam menangis di depan Allah. Semua orang yang disayangi Allah, teguh dalam menangis di waktu malam.

Bacalah Al Quran kerana melalui Quran kita dinasihati oleh Allah..selawat atas Nabi saw paling kurang 100 kali pagi dan petang. Kerana bukanlah umat Nabi saw yang tidak mengasihi Nabi saw. Selawat sambil ingat korban Nabi demi kita semua

Jagalah aurat walau apapun terjadi. Hidupkan ta'lim wa ta'lum dalam rumah sampai di akhirat kita dapat duduk bersama Nabi saw dan keluarga baginda.

Di akhir zaman ini, banyak manusia akan beri hukum dan pendapat mengikut apa yang mereka inginkan. Bila mereka tinggalkan dakwah kebenaran, mereka tidak akan faham lagi Islam dan Al-Quran walaupun mereka ada ilmu yang tinggi.

Janji Allah itu pasti. Semoga Allah gunakan kita untuk agamanya sehingga seluruh dunia datang pada Islam.

Tinggalkanlah itu semua. Sibukkan diri dan anak-anak dengan memperbaiki umat mengikut jalan Nabi saw.

Kita tidak layak. Tapi hanya itulah jalan menuju kepada Allah tujuan hidup kita.
Amin Inshaallah
 
Ebit Lew 
Wednesday 14/8/2013 8.11pm
 

Wednesday, August 14, 2013

Raya lagi

Syukur bertemu dgn Aidilfitri sekali pun Ramadhan berganjak sungguh aku tak mahu lepaskan.

Malam raya hati aku diserbu rasa pilu dan sebak. Seperti tahun sebelum ini, aku tak pernah mahu Aidilfitri datang. Kerana Ustaz/Ustazah akan disimpan dan beralih lebih kepada hiburan, nyanyian dan tepuk tampar selebriti di kaca TV.

Sungguh aku rindu Ramadhan....

Hati aku kuat kata tahun hadapan belum tentu kami bertemu lagi. Tak tahulah kenapa. Saban hari hampir setiap malam aku didatangi mimpi. Mimpi bertemu dgn si dia yang aku nekad utk lupakan sejak 1 Ramadhan yang lalu. Mimpi berada dalam keadaan susah dan berpeluh-peluh sedangkan sebelum tidur, sudah ku titipkan bacaan 3 Qul dan doa tidur.

Sejak aku pulang ke KL utk memulakan kerja, aku didatangi mimpi dan sering terjaga di tengah malam. Aku tau Allah tahu apa yang aku mahukan. Jawapan untuk 27 tahun hidup keseorangan. Aku tau kejutan itu antara aku dan Allah. Aku tau Allah sedang berbicara dengan aku

Angah menegur aku di pagi raya. Seraya melihat wajahku yang tampak kurang ceria. Beliau menyatakan kita disunatkan bergembira di hari raya. Sepotong kisah di zaman Rasulullah SAW dikhabarkan padaku sambil mata tetap mencerlung ke wajah sugulku. 

Pada pagi hari raya, Rasulullah bertemu dengan seorang anak yatim yang dalam keadaan pilu dan bersedih. maka Rasullullah bertanya kepada kanaka-kanak tersebut:

"Kenapa kamu bersedih?"

"Aku bersedih keran aku tiada ibu dan ayah lagi. Aku keseorangan", balas kanak-kanak tersebut.

Maka apa yang Rasulullah SAW, sebaik contoh tauladan menjawab:


"Janganlah kau bersedih. Mulai hari ini akulah ibu dan bapa kamu"

Kanak-kanak itu pun bergembira dan berlalu bersama Rasulullah menyambut hari raya.


Aku pun tersenyum. Lupa perkara sunat yang satu ini. Bergembira di hari raya. 

Apapun, berbalik kepada pencarian jawapan yang aku cari selama ini akan aku terus mencari-dan mencari......... sehingga sampai MASAku dijemput 

Wallahua'lam :-)


P/s: Tahniah UZAR atas walimah anda yang kedua. Barakallahu la kuma :-)

Terbaca post kawan di facebook: 
Ustaz dan Kereta

Heboh di kampung saya cerita seorang Ustaz membeli sebuah lagi kereta baru.


Ada orang kata, Ustaz itu patut tunjukkan contoh wasatiah dan bersyukur dengan kereta yang ada.


Tidak kurang juga yang menyindir, sepatutnya Ustaz itu beli kereta second hand sahaja, bukan kereta baru.

Ada juga yang mempertikaikan kemampuan Ustaz tersebut membeli kereta baru dan ada yang siap mengambil contoh, ramai orang yang tidak mampu menanggung dua kereta sehingga kereta ditarik dan dilelong oleh bank.

Ada orang kampung bertanyakan saya, dan ini pandangan saya.

Bagi saya, terpulang kepada Ustaz itu hendak beli berapa biji kereta yang dia mahu selagi mana dia mampu berlaku adil terhadap kereta-keretanya.

Berlaku adil maksud saya mampu membayar installment kereta-keretanya, menanggung kos penyelenggaraan kereta-keretanya, membayar petrol, membayar parking dan sebagainya.

Lagipun, jika dia ada masalah untuk membayar kesemua kosnya pun, bukannya kita pun yang membayarnya, bukan?

Malah selama ini, ketika dia berkereta sebuah pun, bukan kita pun yang membayar installment keretanya.

Atau jika selama ini dia berkereta sebuah pun, jika rosak pun bukan kita yang tolong membaikpulih keretanya.

Jadi, apabila dia beli kereta baru, bukan kita pun yang bayarkan depositnya?

Bukam kita pun yang bayar installment kereta barunya?

Bukam kita pun yang bayar kos penyelenggaraan maintenance keretanya itu?

Jangan kita ingat, jika kita tidak mampu pakai dua buah kereta, orang lain pun tidak mampu seperti kita.

Jangan kita ingat, jika kereta kita pernah kena tarik sebab tak bayar installment, orang lain pun begitu juga.

Jadi, apa susah hati?

Sengih

Afyan Mat Rawi,
Gombak, 14 Ogos 2013,
Hanya ada satu kereta yg sudah habis bayar.

http://afyan.com/ustaz-dan-kereta/