Monday, April 26, 2010

@UIA


Assalamualaikum

Selamat pagi Malaysia....

Aku tiba di UIA pukul 4.30 petang semalam setelah menempuh lautan manusia di KL Sentral. Rasa mual bercampur pening masih tak hilang lagi. Mana tak nye, aku disajikan lagu-lagu india kat MinnalFM yang teramat kuat oleh Omnibus Bas Kuala Selangor. Allah je yang tahu betapa terseksanya aku. Dan yang pasti, aku dah pun kat UIA.

Apa aku buat kat sini?

Atas urusan clearance, aku menapak kat sini, kat bilik Aine...secara haram! Hehehe... ala macam kasar je bunyi. tapi memang betul. Kalau nak halal, kena apply Live-In During Vacation (LIDV). Oleh kerana mahukan percuma tanpa perlu keluar sekupang pun, aku nekad bersama 2 orang konco untuk menetaplah secara illegal. Shhhh..jangan bagitau sesiapa ye :)

Urusan clearance memerlukan kekuatan fizikal dan stamina kerana kita perlu round 1 UIA untuk memastikan kita bebas daripada sebarang masalah a.k.a hutang. Maka dengan itu, barulah UIA boleh release kita sebagai graduan lepasan UIA. Oleh yang demikian, tugasan ini bermula lagi 2 jam memandangkan kawan-kawan yang mahu ikut sudah memanjangkan hajat menyambung angan-angan tak sudah selepas subuh tadi. Terpaksa lah aku memberi laluan kepada mereka sedang selimut mereka sudah ditarik ke paras kepala..

Sehubungan dengan itu, perasaan mual dan pening akibat tragedi semalam, membuahkan hasil yang memuaskan. Deman juga selesema dikurniakan Allah kepada mereka yang sabar. Boleh plak dorang fikir aku calon H1N1..ada ke patut? Doakan aku sembuh ke apa ke.. ni doa yang tak baik.. apa punya kawan la...

Oklah, semoga segala urusan hari ini dipermudahkan Allah. Aku nak kongsi satu petua dalam memastikan urusan menjadi lancar. Sebelum melangkah keluar dari bilik, baca Sural Al-Inshirah sebanyak 3x. InshaAllah segala yang dirancang diizinkan Allah.

Waallahualam.. Moga bertemu lagi...

P/s: Teringin nak makan epal merah yang dipeik dari pokok oleh tangan kananku ini.....




Wednesday, April 14, 2010

salam rindu untuk semua ^__^

Assalamualaikum pada kalian yang sudi membaca blog ini...


Argghh  ahh... terlalu rindu aku untuk menulis disini. dapat juga aku layangkan beberapa patah kata untuk dititipkan buat kalian yang sudi membaca. Aku sekarang sudah bergelar guru.. Guru sementara. ala-ala doktor la. guru on-call. bila ada yang mahukan perkhidmatan aku, mereka akan menghubungi aku.


Alhamdulillah gaji diterima baru-baru ini membuatkan aku ghairah memnuhkan almari makanan kering di rumah. Tak lupa juga buat peti ais yang masih sarat dengan Wall's Double Dutch.. hehehehe ^_^ Dikatakan hari ini result KPLI dan DPLI keluar. Tapi hampa sekali kerana rupanya sabtu nie baru dapat check. Alasan? Masalah teknikal.. Sekali lagi kesabaran ku diuji selepas 2 hari yang lepas, aku mengalami lutut seliuh. sakitnya tak terkata. Sampai sekarang jalan macam Si Capik pula.


Disini juga aku memohon doa kalian untuk aku terus berjaya dan berjaya mencapai cita-citaku sebagai seorang pendidik..kerana itulah doa-doa yang sentiasa meniti di bibir ibu dan ayah. Suka benar mereka kalau aku bergelar guru. 


Buat N**x*6, Maaf ye lama tak berhubung. Ada rezeki, saya angkat Streamyx, kita online lagi yee.. 


Buat teman-teman yang ku rindukan, janganlah marah aku tak online malam-malam. Inshaallah kalau ada aku bagitau.


walaupun kepuasan ber"internet" di library tidak dapat membayar kerindukan yang sudah seminggu tak online tetapi walaupun sekejap, ianya bermakna buat aku.


To Mr.Z, I'm okay. Don't worry ye.. keep on reading my blog ye


Bye bye  korang ^__^

Sunday, April 4, 2010

UKHWAH Kita ^_^

Kamu: sekali sekala,aku mampu bawa kamu mencuit awan....

Aku: sekali itu juga aku mahu bawa kamu terbang kemari..
        kesini...
        mengutip si mawar putih
        yang goyah tapi berseri
        indahnya kau mencuit si putih itu
        lalu kau bawa pada ku

♪♫•*¨*•.¸¸❤Salam ukhwah❤♪♫•*¨*•.¸¸

Saturday, April 3, 2010

Siapa dia sebenarnya?

Selamat pagi..

Assalamualaikum...semua

Aku kira sepanjang aku memblog, tiada siapa yang mengintai jendela H.A.R.A.P.A.N rupanya masih ada yang sudi membaca dan memberi sedikit komen berkenaan pengisian blog ini. Sungguh! Aku masih jahil dalam menerapkan ilmu disini. InshaAllah dari semasa ke semasa, aku akan pertingkatkan pengisian yang berfaedah untuk bacaan umum.

Sekadar meluahkan rasa disini.. Pada mereka yang tahu, berharap sangat maklumkan pada aku. aku tertanya-tanya, siapa dia n**x8*?

Saat mula-mula dia memperkenalkan aku pada Kapasitor.net sehingga ke saat ini, tiada jawapan yang aku temui. Dia alhamdulillah tidak pernah meng"apa-apa"kan aku dengan perkara yang bukan-bukan. Alhamdulillah juga dia masih menghormati aku. Cuma "lelaki" ini dia terlalu berahsia. Tak tahulah kalau-kalau dia sebenarnya perempuan, bimbangkan keselamatan diri dianiaya oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan (aku, inshallah tak)

Apa yang aku hairankan, dia terlalu berahsia. Mungkin dia cuba berhati-hati.. namun, perlukah berbohong dengan memperkenalkan diri bekerja sebagai pekerja di kilang papan? Apa tidak perlukah rasa ikhlas itu dilontarkan pada mereka yang cuba ikhlas di ruangan Chatroom. Sungguh! aku gemar ber"chatting" tapi bukan chatting kosong. Aku suka memperluaskan kantung kenalan dan menyambung tali silaturrahim sesama muslim. Bukan perlu bersembang kosong. Pada aku ia terlalu membazir. yela membazir dari segi masa, tenaga mungkin juga wang (kalau perlu ke CC, bagi mereka yang obsess)



Kehadirannya tiada yang istimewa cuma hairan..setiapa apa yang aku pernah khabarkan, dia masih ingat! Aku bukan jenis cepat melatah pada meraka yang tidak aku kenali di ruangan cyber. Terlalu ramai yang tewas dalam ruangan cyber. Memetik pada dada-dada  akhbar, manusia kini bagaikan hilang waras dan pertimbangan dalam mempercayai seseorang yang baru dikenali. Terlalu mudah melafaz kata cinta.

Bukanlah disini aku ingin menolak jodoh yang ditentukan di ruangan cyber, tapi mungkin sebagai seorang wanita, kita harus berhati-hati. Jangan terlalu "expose" maklumat pada mereka yang tidak dikenali. Jika dia ikhlas, alhamdulillah tidak mengapa. Tetapi bagaimana dengan dia yang mungkin cuba mengeksploitasikan maklumat kita dengan mengganggu ketenteraman keluarga, peras ugut dan sebagainya (nauzubillah).

Alhamdulillah kawan-kawan cyber aku semuanya baik-baik belaka. malah kami sering berkongsi ilmu dan didatangi jemputan kahwin, cuma aku yang tidak berkesempatan :) Moga niat ikhlas n**x8* itu untuk bersahabat, aku terima dengan tangan terbuka... Sebagai manusia biasa, aku juga mahu tau siapa dia, dimana dia dan sedang buat apa? tetapi jika caranya untuk terus berahsia itu mungkin yang terbaik baginya, aku harus menghormati.. Untuk apa aku tahu segalanya sedang dia tidak merasa senang dengan persahabatan ini.

Orang kata tidak mudah bersahabat dengan lelaki, pasti terjerumus ke dalam dunia percintaan


Aku kurang bersetuju dengan pendapat ini. Pada aku persahabatan itu boleh terjalin dengan mana-mana jantina asalkan kita masih mengikut landasan syariat yang sebenar. Ramai juga yang aku temui di kalangan kawan-kawanku, yang berpacaran dengan kawan baik, a.k.a lelaki. semua itu pendapat masing-masing. Ada yang kata lebih baik berkahwin dengan kawan baik, kerana mereka lebih memahami. Ada yang kata jangan kerana kawan baik tidak akan berubah statusnya. Pada aku pula, terpulanglah. Asalkan kita happy, dia happy dan Allah redhai :)


Kenangan bersama Kak Hani... Rindu akak :)

Siapa dia yang sebenarnya... aku tak tahu! Aku serah pada Allah s.w.t agar Dia sentiasa melindungi aku daripada sebarang bala dan malapetaka. Jika dia ikhlas, aku juga ikhlas, tetapi jika sebaliknya, perlindungan Allah yang aku dambakan.


Berkawan biar beribu, berkasih biar satu

Bersahabat dengan lelaki biarlah berpada-pada. Ikut lunas syariah. Jangan duduk berhimpun bergelak ketawa di kedai kopi, bertepuk tampar berlainan jantinan atas nama sahabat. Bersahabatlah kerana Allah. Ukhwah fillah ^_^

P/s: Tak sangka jumpa Cahatomic kat Kapasitor.net, rupanya abang kepada kakak senior. Kakak senior itu pernah menyelamatkan saya ketika dibuli senior zaman sekolah dulu ^_^ Isu baldi pecah...takkan lupa :P

Thanks Kak Nisa' jadi Wonder woman saya dulu...

inilah baldi yang dikatakan dipecahkan oleh aku ketika tingkatan dua. Color pun sama :)

Thursday, April 1, 2010

Ayah dan Ibu


Assalamualaikum...

Sihat ye semua? bagaimana dgn exam? ok ke? harapnya semuanya baik2 aja. Mana exam yg belum, masih sempat utk menelaah. Ingat masa itu emas!

Ahad yang lepas (bersamaan 28 Mac 2010) aku buat kali pertamanya balik ke kampung dgn KTM Komuter. ketika menunggu KTM tiba di KL Sentral (aku duduk di kerusi Hentian Rawang), aku didatangi oleh seorang "kakak" bersama suami dan 3 orang anak nya. Dia mula menegur aku, bertanyakan tentang keretapi ke rawang dan bersembang kosong bertanya perihal diri masing2. Aku terkejut dia sekeluarga mai dar kelantan. Aku juga turut hairan melihatkan anak bujangnya yang hampir sebaya dgn aku sedang leka membuai kaki di laluan keretapi duduk di garisan kuning tanpa menghiraukan keretapi yang datang dan pergi. Aku bingung. Kenapa ye?

Rupanya kakak tu bagitau anak dia "sakit". dan sekarang anak kedua pun menurun jugak. Patutla aku tengok semacam je. Kesian aku tgk kakak tu. Tabah nya kakak tu menjaga 2 anaknya yg "sakit" plus 5 org lagi menanti di kampung. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah memebesarkan anak seramai 7 orang dan sanggup datang ke rawang semata2 untuk berubat. Tapi yang aku kurang bersetuju dgn akak tu sebab dia bawak berubat dengan bomoh! Aku bagi cadangan berjumpa dengan ustaz2 di Darul Syifa'. Aku tengok akak tu macam baru tersedar yang selama bertahun2 ni dia banyak berharap pada bomoh saja. Wallahualam... sebelum aku keluar dari komuter, sempat aku menjeling pada anak kakak tu yang sedang menumbuk penumpang berbangsa cina yang sedang duduk di sebelahnya.



Tadi pkul 11.15, aku dalam perjalanan pulang ke UIA. aku ditegur oleh seorang "nenek". (Hmm..ramainya menegur aku. serius!!~) Dia mengadu sedih punya anak 7 orang tapi seorang pn tak dtg menjenguk. aku tengok air mata nya laju keluar tanpa segan silu. Mungkin dah tak tahan menangguung sakit dan sedih bila darah daging sendiri membuangnya kerana ikut kata isteri. Mashaallah...



Masih ada lagi Tanggang alaf baru.. cuma corak penyampaiannya berbeza dgn tanggang dulu. Sempat nenek tu berpesan pada aku, agar menyayangi ibu ayah dan jangan sekali2 menjadi anak derhaka. Aku peluk nenek tu dan mengusap-usap belakang dia. Konduktor bus Selangor pandang tak puas ati je dgn aku. Mesti dia ingat aku yang buat nenek ni nangis. Pulak! Sebelum nenek turun kat Ijok, sempat dia menunjukkan rumah batunya yang jadi rebutan anak-anaknya. Dia berharap aku dapat menyinggah bila-bila masa, inshaallah nenek ada rezeki saya datang :)

Moral:
Apa yang aku boleh simpulkan, kasih ibu dan ayah tiada tolok bandingnya seperti kisah kakak di KL sentral dan Nenek dari Ijok. Kenapa kita anak-anak menghukum mereka sedang mereka bergolok bergadai membesarkan kita sampai kita berjaya sekarang. Buat kawan-kawan yang selepas ini akan bekerja, atau berkahwin atau mungkin menjawat jawatan tinggi, janganlah kalian lupa asal usul kita. setinggi mana kita terbang, sejauh mana kita melangkah, ingatlah ibu dan ayah di kampung. Percayalah!!! mereka bukan mahukan wang ringgit kita tapi perhatian dan kasih sayang serta doa dari anak soleh

Waallahua'lam....