Sunday, March 28, 2010

Kenapa perlu dating?

Buat renungan bersama...........

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku mulakan. Aku ingin menulis entry berkenaan tentang dating. Mungkin semua sedia maklum, rencana dating dilakukan oleh sebahagian pasangan yang bukan muhrim yang sedang bercinta (sebahagian sahaja yang melakukan, mungkin sebahagian lagi menjaga). Mereka dengan niat untuk bersama-sama kononnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih rapat, supaya tidak tertipu selepas berkahwin. Dengan dating dapat mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Itu semua alasan!



Perkara sebegini sudah menjadi kelaziman muda-mudi sekarang sehingga bila menolak dating@ couple, dilemparkan dengan gelaran "not up-to-date". Ia juga bagai disokong pula oleh golongan ibu bapa yang mahukan anaknya selamat dalam dakapan "kekasih belum halal" dengan membiarkan anak-anak perempuan mereka (lelaki juga begitu) keluar berdua-duaan asalkan jangan pulang lewat malam. Bagi ibu bapa yang sudah melangsungkan pertunangan anaknya, menjadikan gelaran tunang atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil "fiancee" sebagai jaminan si anak itu bebas kemana saja, asalkan bersama tunang.

MashaAllah (Nauzubillah..minta diriku dijauhkan, Ya Allah)

Sungguh ramai yang terlibat dengan budaya "haram" ini, malah mereka berpendapat tak salah kerana berada di tempat terbuka, bukan di tempat sunyi. Sunyi atau bising, terbuka atau terkatup, Islam menjaga semua ini demi mengelakkan daripada berlaku perkara yang lebih teruk. Jangan pula nanti bila perkara dah menjadi tidak terkawal (nauzubillah) baru nak menunding jari pada kiri dan kanan.





Melihatkan keadaan ini bagai tiada kesudahan, lagi-lagi ianya berlaku di depan mata kita, hati mana yang tidak dipagut rasa sedih yang teramat bila mana ianya dilakukan oleh orang yang hampir dengan kita (mungkin adik beradik kita, kawan kita atau saudara mara kita sendiri). Pasangan yang tak kurang lagaknya bagai suami isteri memeluk erat lengan si hero takut-takut ada serangan hendap dari belakang, terfikir saya dimana letak Islam dalam diri mereka? Adakah hanya di tikar sembahyang? di tabung zakat? di Baitullah atau sekadar lafaz terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir???



Adakah Islam itu diletakkan pada nama sahaja? Mendalam makna sesebuah nama yg ibu bapa berikan tetapi bagaimana pula dengan amalan hidupnya? pemakaiannya? pergaulannya? adakah menepati seseorang yang diberi "cahaya"? Malah menyedihkan lagi apabila "mencari" Islam agama yang suci sebagai lencongan untuk perkahwinan dan perceraian sahaja tetapi bagaimana dengan corak hidup?

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua yang sedang membaca (termasuklah diri saya yang serba kekurangan ini) untuk mengambil masa memuhasabah diri kita semula. Untuk apa kita hidup di dunia ini? adakah sekadar melepaskan nafsu yang sentiasa menebal di dada atau mengejar redha Allah. Ya, redha Allah selalu orang cakap senang dapat. Pakai tudung, makan makanan yang halal, sembahyang, kerja yang halal itu sudah dikira mengejar redha Allah tetapi sempurnakah ia? Sempurnakah aurat yang ditutup? Yakinkah kebersihan makanan yang disuap? cukupkah solat 5 waktu sehari semalam? pastikah kerja kita halal tanpa riba? Bagaimana pula hubungan kita sesama manusia? Yakinkah kita tidak menyakiti hati orang lain? Bagaimanakah hati ibu ayah kita? adik-beradik? sanak saudara?

Kita masih belum sempurna sahabat-sahabat sekalian!!!! Masih banyakkkk......yang perlu kita perbaiki. Kenapa perlu ditambah dengan melakukan perkara seperti dating yang tidak sama sekali dituntut dalam Islam? Aku cintakan dia, itu salahkah? Tidak, sahabat-sahabat sekalian! Itu lumrah perasaan manusia yang Allah terbitkan dalam hati kita. Namun haruslah digunakan dengan sebaiknya.

Jika suka pada si dia, berjumpalah ibu bapanya. Jika semuanya baik, dipercepatkan majlis pernikahan. Alasan tidak cukup wang? Kumpul dulu. sementara itu janganlah berjumpa selalu tanpa perkara mustahak. Jika mahu juga, bwalah muhrim sebagai peneman. lagi satu, sudah bawa muhrim, berbincang di hadapan mereka. jangan pula sudah bawa muhrim, tetapi berduaan sedang muhrim ditinggalkan dalam kereta sahaja. Samalah macam tak payah bawa muhrim.

Ubahlah budaya "dating" dari sekarang kerana nanti kalian semua akan mengecapi nikmat bercinta selapas kahwin itu lebih membahagiakan daripada sebelum kahwin.

(Al-Isra:32)

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
17:32 Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils).

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).



Wallahua'lam....

P/s: Maaf jika ada yang terasa... Jangan bersedih, teruskan usaha dalam memantapkan kecintaan kepada Allah ^_^




Wali Band – Kekasih Halal

Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku
Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga

Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Takkan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku
Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia soleha

Artikel Wali Band – Kekasih Halal ini dipersembahkan oleh http://funlirik.com/. Kunjungi Juga Download Mp3 Gratis untuk download lagu indonesia terbaru.








@Popeye, Wangsa Walk Mall

Assalamualaikum....

Pkul12.15 tengahari tadi, aku, Faizah, Najihah (bersama Hisham-nya) dan Adihah bergerak ke Wangsa Walk Mall dengan menaiki kereta MyVi hijau milik Najihah. Perjalanan kami hanya dengan satu tekad--> mencuba Popeye. Kehendak perut harus dituruti memandangkan si Faizah beria-ia menceritakan kesedapan Popeye yang hampir-hampir mengalahkan KFC juga McD.

Perjalanan kami diiringi lagu Hijau Daun- Suaraku berharap. Perut juga ikut sama mengikut rentak lagu tanpa lari pitching. Cantiknya Wangsa Walk Mall cuma pada pendapat aku, tempat itu sesuai untuk golongan kelas pertengahan, memandangkan harga barang-barang disitu agak mahal. Mungkin lokasi yang strategik dan sewa space yang mahal kott. Bangunan baru, deretan kedai yang tersusun juga diserikan arca bunga  disirami lampu di setiap tingkat bangunan.


                                   Sempat bergambar bersama Nurul Faizah sementara menanti kereta sampai. Mungkin ini gambar yg terakhir bersama di UIA


Nie makanan Faizah: Chicken Rice (Murah lagi sedap!! Dijamin)



Yang ini aku punya. Chicken Tender..lagi sedap daripada Faizah punya :)


                                                           Jihah, Hisham dan Adihah


                                                                      Faizah dan Adihah

Tengok kat mangkuk dorang, baru luak separuh, dorang berdua dah ngadu kekenyangan :) Awal lagi dah surrender. Camne nak jadi pengacara JJCM?:P



"Sket je lagi Faizah, sayang tau dibuang", ujar aku kepada Faizah yang terdampar kekenyangan



Sempat bergambar di bunga kembang tak jadi nie..Suka! Pink lagii


Kami berangkat membawa muatan yang penuh di perut selepas meninjau-ninjau beberapa kedai baju disitu. Kebanyakannya berkualiti tinggi tapi faham-fahamlah bayarannya macamana kan? Semoga di masa akan datang, aku dapat menyinggah ke Popeye lagi ^_^

P/s: Berlaku sedikit masalah dalaman dimana aku berperang dengan diri aku yang sedang amarah pada tindakan kawan yang berjanji tetapi lain pula yang dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Faizah ingin mengubah ke Jalan TAr pula. Aku menidakkan dengan sebab kita sudah berjanji lebih awal. Namun kerana menjaga janji yang satu, kami pula yang diperlakukan sebegitu. Amarah kegemaran syaitan. Itu aku tahu tetapi untuk aku menarik diri pula seperti mengundang lebih banyak masalah. Semoga dia sedar pada jerlingan mataku yang disengajakan. Maaf! Aku harus begitu....


Saturday, March 27, 2010

Kekasih



Kekasih...

cintaku pd manusia



atas dasar apa?



puas ku cari..



dari setiap ceruk



kiri dan kanan, atas dan bawah..



atas nama keikhlasan atau sebaliknya







tujuh tahun



sebuah penantian



sabar meniti dari satu tahun ke tahun berikutnya



membilang hari bersejarah



yang tak kunjung tiba



bagai pungguk rindukan bulan







bukan ku pinta...



bukan ku cipta...



bukan ku paksa...



tetapi naluriku



yang diciptakan Allah



hanya untukmu







Dugaan hidup aku tempuhi



onak dan duri aku redahi



berbekalkan doa ibu dan ayah



serta dorongan abg dan adik



dengan harapan



aku terus di hadapan







namun...



perjalanan ku berliku



bila mana kau datang



sebagai kekasih



yang hanya bertamu di hati



tidak di bibir



kerana....



yang ku harapkan cinta yg halal



bukan yang duniawi



seperti kau pernah rasai



suatu ketika dahulu







jujurku disini



kaulah yang pertama..



dan ku berdoa moga



kau jualah yg terakhir



doa dipanjat keheningan malam



bacaan Quran ku kirimkan



agar kau berbahagia



di dunia dan akhirat







semoga kau yang terbaik untuk ku



duniaku dan akhiratku...



sungguhpun kau tidak tahu



siapa aku....



Disini beberapa gambar untuk dikongsi bersama. Lama dah nak upload, asyik bertangguh jee ^_^

Anak buah, Nur Nabihah leka dengan hadiah aku belikan kat pasar malam. Rindunyeee dia ^_^




On the way nak balik UIA 2minggu lepas, sempat tgk adik main Pro-Evolution soccer kat Markas PAS. Cayalah Pas, sambutan mmg hebat!!^_^


lepas tgk adik main PES, ada India terbakar rumah. Kesian... Kepada Allah kita kembali


Hari terakhir kelas Small Business Management, tak sangka dapat jumpa Ustaz Azmil (Ali Setan)



Ain dan Jaja waktu interview Johor Corporation


Vacation for a week before the gun starts for the last..

Assalamualaikum...

Usailah sudah subjek Organizational Behavior bersama Mdm tersayang, Dr.Zabeda Abdul Hamid. Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah, exam yg dihadapi dalam keadaan tenang dan "senang" sedikit. Maknanya semakin hampir aku kepada saat perpisahan bersama UIA. 4hb April exam terakhir, juga pena terakhir untuk ditulis diatas kertas answer paper berwarna pink berlogo UIA. Macam-macam perasaan ada. Gembira, sedih, tak sabar..rindu bergaul menjadi satu=K.E.L.I.R.U!

Kenangan 4 tahun disini takkan ku lupakan. Bagai ada projektor depan mata, semakin dekat nak tinggalkan UIA, semakin banyak memori indah bermain di mata. Saat jatuh bangun, erti persahabatan yg sebenar, dan yang paling penting, UIA mengajar aku apa itu cinta yg sebenarnya. Terima Kasih Universiti Islam Antarabangsa ^_^

Vacation for a week before the gun starts for the last..4hb April 2010,9 am

Wednesday, March 24, 2010

sakit

Salam semua

Dua hari yg lepas, aku diserang demam yg berpunca dari sakit gigi. Mula-mula aku ingat sakit biasa je, rupanya membengkak menambahkan lagi 3 inci pipi yg dh sedia tembam nie. Exam semalam paper Bank Management, aku surrender 30 minit terakhir. Dan dan je sakit gigi dan kepanasan suhu badan terlampau. Oleh kerana klinik dah takkan layan orang lepas pukul 5, aku tahan sakit nie dengan melayan cite terbaik 2010, Na O Mei.

Dan pagi ni, seawal pagi aku bersiap ke klinik gigi UIA. Ternyata benar gigiku rosak dan mula goyang. Doktor yang cantik lagi sopan santun tu memberi kata 2; cabut@ rawatan akar di klinik swasta. Dengan poket berhabuk plus takde transport nak keluar plus exam is around the corner, lalu aku memilih option pertama.

Dan sekarang, mulut asyik mengetap kapas. sakit tu takde sebab aku dah makan painkiller dulu. Cuma saat ragum, playar dan mesin pelbagai bunyi mengerumun mulut aku, saat tue aku terfikir, "betul ke pilihan aku ni?" ..Bila dah cabut, sakit dah takde, hati yakin pula kata apa yg aku buat ni betul. Tapi bila renung balik, "arwah" gigi kat tray, sayu pun ada...

Al-maklumlah, gigi dah masuk status kekal. nak tunggu tumbuh lagi tu namanya bye bye la. memang takde kott.. apapun sebelum aku grade, sempat aku meninggalkan monumen kat klinik uia.hehehehee... sure jadi bahan kajian kat UIA Kuantan nanti.. Kira sumbangan aku before grade la.. haahahahaaaa :)

Friday, March 19, 2010

Katakanlah......

Bertemu dengan mu disuatu petang yang hening
Saat semua orang mahu pulang
Kau tegak berdiri memeluk tubuhmu yang sasa
Kilas mataku menatap wajahmu yang tenang
Sungguh aku tak tahu apa yang kau mahu petang itu
Keputusan untuk membisu membuatkan aku semakin resah
Bagai pesalah menanti hukuman dijauhkan
Oleh Yang Arif bernama KEKASIH

Sempat kita melihat mentari melabuhkan tirai
Cantik tapi aku tak punya pendapat itu
Kerna yang aku ada
Diam bisu kamu
Sesekali terdengar keluhan yang kau lepaskan
Kening diangkat ku hala pada kamu
Namun kau hanya membalas dengan segaris senyuman yang tak punya warna
Kau tegar biarkan aku dalam kebingungan
Menghukum aku
Tanpa aku tau apa dosaku

Segera langkah ku atur
Meninggalkan kau yang separuh siuman
Yang terus bermonolog di dalam hati
Bukan pada aku
Yang punya perasaan dan hati
Yang hanya satu milik kamu

Kau hanya sekadar menoleh
Tetap disitu
Tetap berpeluk tubuh
Sedang aku sarat bersama
Butiran mutiara berguguran
Mengiringi pemergianku
Bersama 1001 pertanyaan
Untuk apa kita bertemu tadi?

~Sebaikwanita~
19 March 2010
Mahallah Safiyyah



Wednesday, March 17, 2010

Kemana aku selepas ini...????

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari lagi final exam akan mula menunjukkan taringnya. Saat ini destinasi library, resource centre dan mungkin cafetaria sudah menjadi idola pelajar-pelajar UIA. Jika sebelum ini, tempat itu dianggap puaka dengan kesunyian tanpa suara (Please keep silent!), sekarang tempat itu adalah syurga buat kami.

Insha-Allah moga apa yg dirancangkan, ini adalah semester akhirku. Resume, interview, tawaran sana-sini, exam MTesT, email bagaikan perkara wajib saat bangun dari tidur. Nampaknya gelaran "Penganggur" amatlah aku takuti. Bukan saja aku, malah si Makcik Faizah, Raema, Atul, Hasnah juga mula memohon pekerjaan dengan harapan, moga-moga tamat belajar beroleh kerjaya.

Sejauh mana aku akan melangkah selepas semester ini, tiada siapa yg tahu. Kemanakah aku selepas ini?Menamatkan zaman bujang? Fatimah kata belum ada lagi lelaki yg sanggup jadi korban menyembelihkan zaman bujangnya untukku, juga dirinya. Mungkin juga aku bakal bergelar siswazah menyambung master? Dimanakan ku cari wang untuk menampung pengajian? Mungkinkah seorang guru matematik? kalau aku berjaya MTesT dan temuduga...

Ahhh...semakin aku memikirkan perkara-perkara ini, semakin aku menolak tepi buku-buku yang masih byk belum disentuh padahal exam final bermula selasa depan.

Jangan yg dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

Apapun, aku akan cuba memperbaiki CGPA aku dengan beberapa sisa baki subjek sem nie..walaupun aku tahu (sedia maklum dah..) yang dean's list tu hanya dalam mimpi sahaja

T____T

Tuesday, March 16, 2010

Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha ^_^

Assalamualaikum Sekadar berkongsi pengalaman berjumpa dgn Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha depan mata.

Malam semalam, lecturer membuat "Closing Session" dan menghimpunkan 3 section, class Entrepreneurship dan Small Business Management. Sebelum jamuan bermula, kami bersantai dgn ceramah ringkas daripada Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha. msya selama ini saya hanya mendengar cerita2 yang mengatakan dia sudah berubah. Al-maklumlah dahulunya Ali Setan bersama pelakon Ogy Ahmad Daud. Saya terpukau dgn kelancaran English nya dan ketenangan yang terserlah dari raut wajahnya. Dalam hati saya, saya bertekad ingin berjumpa dgnnya.

Selepas ceramah, beliau berlalu dgn segera mengundang rasa kecewa saya kerana bercadang ingin berjumpa dgnnya selepas majlis tamat. Majlis Closing Session diteruskan dengan Sharing Moment oleh beberapa pelajar dan ucapan darpada our beloved lecturer, Dr.Zulkarnain Kedah. Terharu saya kerana Dr.memberikan ucapan hingga menitiskan air mata kerana bersedih akan berpisah dgn kami terutamanya kami-kami semester akhir. Sepanjang 4 tahun saya belajar di UIA Gombak, inilah pertama kali saya menghadiri majlis Closing bkn bertujuan untuk berhibur tetapi lebih kepada muhasabah diri. saya rasa kesal kerana saya kurang mengambil peluang yang baik. Yela kadang-kadang kurang memberi tumpuan di dalam kelas, presentation yg bersahaja dan bermacam-macam lagi. Saya kesal kerana saya bersikap sambil lewa dlm kelas SBM sedangkan Dr. bersungguh dalam pengajarannya hinggakan dia sanggup memanggil Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha untuk memberikan kata-kata motivasi kepada kami tanda kasih syg Dr. kepada kami. Terima kasih Dr.

Selepas jamuan, saya dan beberapa rakan mula melangkah pulang ke hostel. tiba-tiba mata saya terpaku pada seorang lelaki yg berpakaian serba putih, berjubah dan berserban. msya saya berjumpa buat kali ke-2 orang yang saya ingin jumpa iaitu Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha. dia sungguh ramah dan senyuman sentiasa meniti di bibirnya. Sempat kami bergambar dan berautograf buat kenag-kenangan. Sehingga saat ini, saya masih ingat kata-kata belian yang ditulis di buku saya "INGATLAH ALLAH SELALU"...

Saya rasa rindu pada Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha.. Terasa bertemu dgnnya memberikan ketenangan yg tak pernah saya rasa sebelum ini. Semoga Allah merahmati Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha dan anak-anak, aamiin Semoga Allah izinkan saya bertemu dgn beliau lagi ^_^