Sunday, January 31, 2010

Alahan oh alahan....



Salam buat kalian yang sudi membaca blog saya...

hmm...cuti seminggu dah berlalu. Sepanjang cuti tangan nie tak betah memegang buku, dalam erti kata lain, tak mau belajar. Seronok menghayati cuti bersama keluarga dan telatah Si Comel.

Beberapa hari sebelum cuti berakhir, ibu menyiapkan makan tengahari. Lauk ikan kembung goreng, nasi ayam, ayam masak merak, sambal belacan dan hirisan timun sebagai sayur. Semuanya bertambah rancak bila adik pulang dari library membawa 3bungkus air kelapa segar. Seleranya tak terkata. Al-maklumlah lama tak makan air tangan ibu. Ibu menggeleng sambil tersenyum apabila tangan ni pantas menambah nasi. hehehehee....

Malam itu...

aku mula rasa kurang selesa. ruam-ruam merah mula menjalar di lengan dan leher. aku anggap itu sekadar ruam sebab malam itu aku mandi lambat. tangan ni ligat menggaru waktu tidur

Esok pagi...

MashaAllah bertambah banyak. malah berbintat bagai digigit nyamuk. aku rasa kesan digigit nyamuk. aku memang tidur tanpa berselimut. Rupanya bukan jugak. malah rasa gatal tu memaksa aku kerap membersihkan badan.

Petang tue, Angah belikan Dettol,sabun dan cecair antiseptik kaler oren. Lega sket walaupun gatal tu masih ada tapi kuranglah sket.. Asal berpeluh je mula la rasa gatal datang.

Dan malam ni............ dia masih begitu!

Mungkin penangan ikan kembung...

Terpaksa esok pagi lepas kelas, gagahkan juga ke IIUM Clinic. tak larat rasanya nak tidur sekarang nie. Aku boleh bayangkan jarum injection esok....

Tolong..... Ya Allah~

Alahan oh...alahan....

Saturday, January 9, 2010

Janji Allah untukku

Aku seorang wanita. Masih mencari sinar-sinar celik sebagai tongkat untuk aku meneruskan perjalanan yang serasa jauh merentasi jarak dan masa. Sebagai manusia, aku sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidupku. Alhamdulillah doa dipanjatkan kepada Ilahi juga berkat usaha dan ikhtiarku, doa ibu dan ayah yang sentiasa tak putus untukku, aku berjaya hari ini. Disini. Saat ini.

Namun, semakin jauh aku melangkah, dari satu dunia persekolahan ke dunia pengajian universiti, hinggalah kini aku merasakan sesuatu. Sesuatu yang aneh. Aneh yang bersarang di dalam hati. Hati yang penuh dengan kata. Kata membawa makna kosong.

Ya.. aku yakin aku rasa kekosongan. Lain kata sama dengan sepi.


Sepi kerana aku sendiri. Tiada teman kah?


Teman-teman? Ramai disisi. Fatimah Az-Zahra, Nurul Faizah, Nurulhafizah, Insyirah Hazati, Aisyah Qistina juga buat kakak kesayangan, Khairunnisa'. Yang aku maksudkan bukan teman yang itu, tetapi teman hidupku.

Dimanakah dia?

Kelmarin? Masih tiada..

Semalam? Juga menyepi..

Hari ini? Entahlaa...


Pagi itu, aku usai solat. Merapati dua tangan memohon maghfirahMu agar benteng keimananku ditetapkan pada landasan yang sebenar. Permohonanku pada Allah tuhan yang Maha Agung agar godaan syaitan dapatlah dijauhi. Terhindar daripada segala dosa dan noda. Aminn, moga diperkenankan.

Lembaran Al-Quranul Karim dibuka. Penghayatan pada setiap kalimah, makhraj, tajwid juga pengertian ayat ku amati benar-benar. Sehinggalah mataku tertancap pada kalimah Rabbul Izzati yang bermaksud;

Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan (Yasin: 36)


Senyuman terlukis di bibir. Terjawablah sudah segala penantian dan persoalan ku selama ini. Aku yakin pada janjiNya. Janji Allah untukku dan kamu semua.

Moga yang terbaik untuk ku, aminn....




وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

And He it is who out of this [very] water has created man,and has endowed him with [the con­sciousness of] descent and marriage-tie: for thy Sustainer is ever infinite in His power. (25:54)