Tuesday, November 17, 2009

JAWATAN KOSONG

First Day ^__^

Assalamualaikum semua...

Hm... hari pertama utk blogku aku ingin berkongsi sedikit info berkaitan dgn sahabat. Sahabat kita ibarat cermin peribadi kita. Dialah yg memberitahu kita mana yg baik mana yg buruk. Sungguhpun begitu, kalau kita tersilap memilih sahabat, alamatnya kita akan nampaknya baik tetapi sebenarnya buruk belaka.

Alhamdulillah saya mempunyai sahabat yg baik dan inshaAllah baik selamanya hingga ke syurga. Dia adalah Fatimah Az-Zahra Abdul Syukor. terbayang kembali bagaimana dia berusaha mengubah diri saya yg khilaf dan ego kepada seorang yg pemaaf dan berlembut hati berbanding Khairunnisa' yg dulunya pendendam dan sukar menerima teguran orang. Terima kasih sahabtku kerana ketabahan dan keikhlasanmu, aku menjadi seperti erti namaku "Khairunnisa'" inshaAllah aku akan berusaha utk terus dlm keadaan "khairun", amiinn...

Sahabat yg baik bukan bersama kita di waktu sennag sahaja, tetapi sanggup bersama dan berusaha bersama-sama dlm keadaan getir dan menyukarkan. Semoga Allah meredhai persahabatan yg ikhlas krn Allah dan dipertemukan kembali di akhirat sana.

P/s: Sukarnya nanti hidupku tanpa DIA semester depan... Kuatkan aku Ya Rabbi

Menjaga hati

Hari nie, saya nak berkongsi cerita tentang "MENJAGA HATI"...

APA YG ANDA FAHAM TTG HATI@QALBUN?

Hati bukanlah buku
Yang dapat dibaca lembar demi lembar
Beranjak ke bab berikutnya
Dan dengan mudah kau ambil kesimpulan

Hati bukanlah cermin
Yang mampu mereflexikan semua rasa
Dapat terlihat jelas tanpa perlu disentuh
Dia dapat membiaskan rasa

Hati bukanlah velodrom
Jauhnya dapat terukur
Kau lintasi secepat inginmu
Dan tahu dimana akhirnya

Kenyataannya…..
Sering terjebak dalam ketidak mengertian
Mencoba mencerna tapi tak jua terasakan
Ah….aku masih saja bodoh untuk mengertimu !

Tapi…….
Semoga hatimu bukan batu
Yang keras menyimpan kecewa
Tak tertembus derasnya sesalku

(Sumber: http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20090114003111AATBoaE)

Berkaitan ttg hati dan perasaan, ia adalah sesuatu yg sgt susah nak dijaga..kerana ia memerlukan penjagaan yg rapi. tidak semestinya kita kena mandi dan berdandan di depan cermin sahaja, hati juga perlu didandan. Sebelum aku bagitau macamana cara utk "mendandan" hati, aku nak kongsi cerita...

Pada zaman dahulu kala...(chewah!)

Kisah pertama

Time aku sek rendah dlu, aku ada sorg kwn. Aku gelar kan dia "Miss N". dia baik, cantik dan pintar dlm kelas. semua cikgu2 bangga dgn kjayaan dia dlm pelajaran. dia juga aktif dlm pelbagai pertandingn dan menjawat jwtn yg tinggi di sekolah... tapi...ada satu sifat dia yg aku xgemar (NOBODY IS PERFECT, including me..) dia ada penyakit HATI iaitu hasad dengki. dia tak boleh tgk kwn2 dia lebih termasuk aku.. so paaham2 la kan org yg berperangai mcm ni biasanya tak ramai kwn.
Nak dijadikan cerita, kami berjumpa semula setelah 11tahun meninggal sekolah rendah. dia masih seperti dulu, kurg bertegur dan tetap cemerlang dlm pelajaran. kami bertukar no phone. selang bbrapa minggu dia sms aku n meluahkan perasaan yg terbuku selama ini. dia tidak ada kwn! takde kwn yg tahan dgn perangai dia.. itu pengakuan "Miss N".


Kisah kedua

Time aku sek men dulu, ada seorg hamba Allah perempuan, aku gelarkan dia "Miss S". dia mirip "Miss N", cemerlang dlm pelajaran, sgt aktif dlm ko-kurikulum dan disayangi guru2. tapi kekurangan dia adalah dia juga ada penyakit HATI. Aku ingt lg time tu form 1, kwn aku tumpahkan air terkena meja dia, so dia maki hamun kwn aku.. tak sanggup aku tgk muka kwn aku tue.
selepas PMR, "Miss S" dapat twaran ke SBP. dan kisahnya makin kurang didengari.. Tup3X kami jumpa kat Friendster, bertukar2 no dan bertanya khabar.. Selang beberapa bulan, dia sms aku n mengatakan kwn baik dia tinggalkan dia. kwn baik dia apply JPA n xajak dia coz... Tapi kata "Miss S", kwn dia selfish n lupa daratan. kwn baik dia dpt JPA n hidup bahagia tapi dia tetap sms aku n memburuk2kan kwn baik dia tue yg kononnya xsehebat dia. aku cuma mmpu memberi sedikit nasihat supaya dia mendoakan kwn baik dia, bkn mengumpat!
"Miss S" terus menjadi rapat dgn aku dari hari ke hari.. aku xkesah.. berkwn biar seribu kan? Dia pun buatlah pengakuan benar pada satu mlm yg sebenar2nya... dia pernah tinggalkan kwn baaik dia time kat UITM dulu. time tu ada taklimat utk budak tahun akhir, tapi "Miss S" tak bgtau pd kwn baik dia sbb xnak kwn dia grade n sama2 berjaya dgn dia. lastly, kwn baik dia realize yg "Miss S" cuba mengkhianati dia sbb dia g lmbat n nmpk "Miss S" duduk dpn... Sapa tak sakit hati kan?
Aku tergamam.. kenapa "Miss S" jadi seteruk nie.. dia minta pndapat aku, teruk sgt kah dia smpai takde org nak berkwn dgn dia..? and smpi skrg, "Miss S" masih terkilan dgn bdak yg "ter"tumaphkan air ke meja dia time sek men dlu sbb tak sempat nak minta maaf... Dia skrg sudah bekerja di Bank Negara tapi masih dlm dilema "TIADA KAWAN!"...


Kisah ketiga

Aku ada seorg kwn..bdak UKM. nama dia "Miss N". dia sgt cantik dan menjadi gilaan bdak2 sek men dlu.. kakak n adik2 dia mmg lawa2. taapi dia ada penyakit HATI iaitu tak boleh tgk kwn lebih cntik drpd dia.
Kawan aku Elmira pernah kena "sound direct" dgn dia sbb Elmira pakai baju baru time prep.. pelik kan? tapi nie la hakikatnya. Elmira tue kwn baik dia tapi dorg mcm xngam. Elmira saja yg bertahan dgn perangai "Miss N". Elmira pun cntik orgnya tapi dia xsesombong "Miss N".
Pernah sekali dia dtg ke meja kitorg (meja aku n Elmira rapat2) semata2 nak pinjam pemadam padahal nk tgk Elmira tgh borak dgn sorg putera (panggilan bdak lelaki kt SMKASL). Hm.... Sekarang dia dah grad n dah jadi cikgu and perangai lama dia ttp mcm dulu---> xle tgk org lebih dr dia. BUKti? dia tanya aku bila nak grad n napa lama sgt? "nasib baik aku xisi UIA, kalau tak, mesti aku xgrad lagi.. kesian ko nisa'"(dgn nada sinis dlm tepon).. sabar je la org dh kata kita mcm tu..
1 mlm aku di penang lepak umah kak ipar smbil menjaga Nabihah, dia call aku.. lama gak aku nak angkat.. taapi last2 aku angkat gk. dia mengadu, pakwe dia minta putusss....sbb pakwe dia xle tahan dgn perangai dia. but the question she asked me--> Nisa', teruk sgt ke aku? apa yg aku dah buat smpai dia tak tahan dgn perangai aku??"


Jgn risau Miss 3org nie, setiap penyakit, ada ubatnya..

Menurut kata Abu Nuha (http://abunuha.wordpress.com/2008/07/18/lima-penawar-hati/)

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash.

penawar hati itu ada 5 (CARA2 MEN"DANDAN" HATI):

) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.



Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

Semoga informasi nie dpt membantu diri kita ke arah yg lebih cemerlang dan beriman di samping disayangi org selalu :) Waallahua'laam..
SAMA-SAMA RENUNGKAN, DAN SELAMAT BERAMAL (Prof.Izi Hj.Ali)

Cinta dan pernikahan

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.

Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.


3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.


4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.


5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai

Source: http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://jejakjejaka.files.wordpress.com/2009/06/untitled.jpg&imgrefurl=http://jejakjejaka.wordpress.com/2009/06/08/cinta-sebelum-kahwin/&usg=__fwJfDkZVdSY9WQFP62NkwRiLTDA=&h=333&w=500&sz=30&hl=en&start=17&tbnid=YSM4yv7zrXILaM:&tbnh=87&tbnw=130&prev=/images%3Fq%3Dperkahwinan%2Bislam%26gbv%3D2%26hl%3Den%26sa%3DG

Ada apa dgn cinta??

Anak2 muda suka berbicara tentang cinta. Cinta adalah fitrah yg kurniakan oleh Allah. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta.

Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan. Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam. Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Tapi bagaimanakah kita pasti bahawa kita telah betul jatuh cinta? adakah sesuatu itu cinta monyet? Saya sendiri jatuh cinta hanya selepas kawen, walaupun masa bertunang saya ingatkan saya dah mula jatuh cinta dgn bakal suami saya. Tetapi percayalah, cinta selepas perkahwinan menimbulkan perasaan ketenangan. Seperti yang dijanjikan Allah di dalam Al Quran bahawa dia akan menanamkan rasa Mawaddah (cinta kasih) dan WaRahmah pada pasangan yg telah berkahwin. Nasihat saya pada adik2 sekarang ialah, jaga2 batas2 pergaulan lelaki perempuan. Simpan lah segala kecantikan, kemesraan kamu hanya utk pasangan kamu yg sah, supaya ianya menjadi hadiah perkahwinan kamu yg paling manis. Untuk supaya basis perkahwinan itu diberkati Allah, hendak lah dijagai dari mula. Teringat saya kata seorang kakak yg menasihati saya dahulu," sekiranya kita sudah biasa mengikut cakap syaitan sebelum berkahwin (i.e. telefon, contact, manja, merajuk dgn pakwe kita) sebelum kahwin, maka kita akan senang juga mengikut cakap syaitan selepas kawen (i.e. gaduh, masam muka etc dgn suami kita)"

Saya selalu tertarik dgn Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya. Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya. 12 tahun berlalu dan nabi Yusuf dilepaskan dari penjara dan menjadi menteri kewangan.

Semasa Zulaikha gila kerana terlalu merasa cinta kepada nabi Yusuf, Zulaikha merasa insaf dgn segala dosa2nya. Disini ada satu pengajaran utk panduan wanita2 solehah. Zulaikha berdoa kpd Allah yg berbunyi," Ya Allah sekiranya Engkau mentaqdirkan nabi Yusuf tida jodoh dgnku, maka tolong lah hilangkan rasa cinta ini di dalam hatiku, dan sekiranya Engkau mentaqdirkan jodohku dengannya, maka tolong lah aku."

Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin. "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu." (surah Al-Maida: 3) Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Malaikat yg memerhatikan peristiwa ini tertawa dan berkata, dahulu zulaikha menarik baju Yusuf, sekarang Yusuf pula menarik baju zulaikha. Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!! Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...



*Blog terbaik kegemaran saya~http://serikandiku.blogspot.com/2006/02/apa-ada-dengan-cinta.html*

Aurat : Apa Sudah Jadi ? (www.zaharuddin.net)

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID

Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :

"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"

Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.

Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?

"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini.

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

ANTARA LAWAK & HUKUM

Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kuala Lumpur

23 Muharram 1428H

11 Feb 2007

Mendidik anak-anak dari rebungnya


Source: http://serikandiku.blogspot.com/2009/03/nos-pousses-precieuses.html (love it!~)


وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ
بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya,
Dengan dosa apakah dia dibunuh? at Taqweer: 8&9
Banyak sungguh berita dari tanahair tentang bayi2 yg dibunuh, yg dibuang dalam longkang atau ditempat pembuangan sampah. Hinanya perbuatan orang tuanya. Bayangkan, anak yg tidak ada kudrat dan tidak mengerti apa2.. tangisannya meminta utk supaya dia mampu bernafas... tangisannya minta dilindungi, disayangi, dibelai, tapi alangkah malang nasib anak2 ini, diperlakukan lebih keji drp sampah. Banyak sungguh air mata ini tumpah mengenangkan nasib anak2 yg tidak berdosa itu, tetapi saya pujuk hati ini, tempat mereka di syurga..kehinaanlah kpd ibubapa mereka.

Bagaimana boleh hilang rasa kasih sayang kpd anak2? Sedang haiwan pun sayangkan anak.

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ
الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ
الْمَآبِ


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada
manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun,
dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan
binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali
yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Saya ada banyak menerima personal email dan beberapa message supaya menulis tentang tips penjagaan anak2. Firstly, saya nak minta maaf sebab saya bukanlah orang yg terbaik utk memberi ilmu tentang penjagaan anak ini, tetapi utk tidak menghampakan yg meminta, saya kongsikan sedikit sebanyak nasihat2 yg saya dapati, dan serba sedikit pengalaman yg ada utk kita bincangkan bersama.

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ
عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ


Dan ketahuilah bahawa harta benda
kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi
Allah jualah pahala yang besar. Al anfal:28


Sebagai amanah, anak2 bukan hanya dijaga tentang makan pakai, tetapi juga tentang didikan yg kita berikan. Anak2 boleh menyebakan ibubapa ke syurga atau ke neraka. Mereka juga investment kita bila kita ke kubur... so.. some of the points yg dtg straight k kepala saya.. not necessarily in right order;


1. Disiplin & ketegasan

Pada saya disiplin adalah perkara yg paling penting utk both ibubapa dan anak2. Sedari kecil biasakan anak2 dgn rutin. Contoh, saya seorang pelajar. Saya memerlukan supaya waktu malam khusus utk saya belajar tanpa diganggu anak2. So dgn anak2 saya tetapkan pukul 8 mlm supaya mereka masuk tidur, tidak kira kalau tak mengntuk pun takpe, tetapi sudah mesti masuk ke bilik tidur masing2. Dan saya consistent dalam hal itu kecuali waktu cuti sekolah di mana ada kelonggaran sedikit.Contoh satu lagi, semenjak kecil, sebelum tidur anak2 dibacakan doa2 khusus. So bila dah terbiasa, mereka dah dapat hafal sendiri doa2 tersebut dan tidak akan dapat tidur selagi doa tidak dibaca. Kalau kami terlalu marah dgn anak, jadikan ini sebagai threat, i.e. mlm ini bacalah doa sendiri! so dia akan menangis2 meminta ampun dan maaf kerana tidak daya menahan kesedihan kalau tidak didoakan, dan biasanya selepas menegur dan slow talk dgnnya menerangkan mengapa perbuatannya itu salah, maka doa bersama.

Saya ada perasan ada beberapa ibubapa yg lemah dgn kehendak anak2. Maksud saya, bila ditanya kenapa membiarkan anak2 buat sesuatu, jawab mereka,"sebab dia taknak!" Anak2 perlu difahamkan, kita yg boss, bukan mereka, i.e. diorang kena patuh cakap kita, bukan kita patuh cakap mereka. Dari kecil kena latih begitu, supaya tidak degil bila besar.
Satu lagi, perlu ada kata sepakat antara ibubapa dan penjaga. Jangan mak cakap lain, bapak cakap lain, anak2 akan cepat confused. dan satu lagi, jangan hari ini lain esok lain, be consistent.
2. Sabar dan kasih sayang

Sabar itu penting, bukan hanya sabar menahan marah dgn karenah, tetapi sabar dlm ertikata, berterusan (istiqamah) dalam mendidik. Sabar bila terpaksa bangun malam, sabar mengajar anak2.. sabar... Anak2 mesti sentiasa tahu yg kita sayangkan mereka. Jangan lokek dgn kata2 kasih sayang, jangan lokek dgn pelukan dan bermanja2 dgn anak2. Tetapi dalam kita memarahi mereka, kita mesti buat mereka tahu yg kita marahkan perbuatan nakal mereka, bukan kita tak sayang mereka. Kena kata, sebab sayanglah dia kena punish..kalau tak punish dia akan berterus-terusan jadi nakal dan akhirnya semua orang tak suka berkawan dgn dia, dan kena sentiasa beritahu, semua yg kita buat utk menjadikan mereka insan terbaik, dunia dan akhirat.3. Jangan melecehkan

Saya pernah menulis dalam salah satu post blog saya tentang, "jikalau tak mahu leceh2, jangan ajarkan anak2 perkara yg leceh2" Maksud saya, kalau kita takmo tiap2 kali anak tidur kena guna buaian, janganlah diajar menggunakan buaian semenjak kecil. Kita yg bentuk mereka.. bukan mereka bentuk kita. Dan perkara tidak melecehkan ini banyak juga datangnya drp ibubapa itu sendiri. Kalau makbapak dia jenis fikir.. lecehla nak jalan ada anak kecil... maka jadilah ia leceh. Kalau kami, dari anak2 kecil dah biasa travel jauh2, semua kelengkapan disediakan awal2.. nappy kat dalam kereta pun boleh tukar, mak bapak kena cekap dan pandai multitasking. Boleh bawak budak kecik pi umrah, boleh belaja sampai peringkat apa2 pun dgn ada anak kecik. Its all in your mind!

4. Merendah diri & mendengar
Bila saya kata, anak kena dengar cakap kita, bukan kita dengar cakap diorang, saya tidak bermaksud totally mendominasi. Belajarlah merendah diri dgn anak2. Afterall, kita both belajar. Pernah saya menegur Adam tentang satu tabiatnya yg saya tak suka. Tapi dia cakap.. but its hard not to do it. So saya cakap.. samalah dgn bubu, bubu sometimes ada temper, and I should teach myself not to loose my temper.. shall we do it together Adam? So, anak tahu, kita pun ada kelemahan, tapi kita tunjukkan kpd anak2 bagaimana kita nak train diri kita utk atasi kelemahan tersebut. And, paling penting, jangan malu meminta maaf drp anak2. Bagaimana kita nak ajarmereka merendah diri dan meminta maaf, sekiranya kita tak menunjukkan contoh kepada diorang? anak2 sebenranya bijak, dan mereka sentiasa menilai ibubapa mereka. Macam dlm contoh nih,lps saya janji pasal control my temper saya pernah termarah sgt2 dgn Adam, lepas tuh saya minta maaf dgn dia, saying, "Im sorry Adam, I shouldnt have done that.. Im sorry.."

Beri masa mendengar alasan2 yg diberikan oleh anak2 bila mereka dimarahi. Badrul elok sikit drp saya bab nih.. saya kalau nak marah.. cepat je menghukum tanpa mendengar alsan kenapa dia buat begitu. So, anak2 rasa kita ada fairness dlm menghukum.5. Tanggungjawab & jatidiri

Pernah juga saya tulis dalam blog ini tentang saya tak mengajar anak2 menipu. Sebabnya, kami sendiri tak pernah menipu kepada mereka. Tak pernah memberikan janji2 kosong. Apa2 yg kami janji kami akan tunaikan, apa2 yg kami rasa tokleh buat kami tak janji. Pernah nampak ada mak bapak yg berjanji kosong dgn anak2 supaya anak berbuat sesuatu utk mereka, tetapi janji tak ditunaikan. Akhirnya kepercayaan anak kpd mereka hilang. Pasal bohong ini juga, termasuk didalamnya adalah jawapan kepada soalan anak2. Jangan sekali2 menipu, bagi fakta yang betul mengikut tahap kefahaman mereka. Anak sebenarnya pandai.. do not underestimate them.Contoh, Adela pernah bertanya darimana datangnya baby. Saya beritahu, bila mummies and daddies got married, daddy gave mummy a seed inside her tummy, it is so small, you cant see it. Then the baby grow and grow until it becomes big, and the baby will come out of mummy's special hole. If like you Adela, you cannot come out of that special hole, then the doctor has to cut mummy's tummy to get you out. Adela tanya, does it hurt? saya cakap yes.. very much. Then Lala said, I love you bubu, because you were hurting to get me.

So, sebab tak pernah tipu diorang dlm apa2 hal... adam and lala selalu percaya dgn apa2 yg kami kata. It is important to earn their trusts with us.

Ajar anak2 apa2 yg kita nak diorang jadi semenjak kecik. Sekiranya kita nak diorang jadi berani.. then ajar diorang jadi berani sejak kecik. jangan takut2kan dgn hantu etc. Cakap kalau diorang selalu patuh pada Allah then Allah (and His angels) akan jaga diorang.. sentiasa. Masa nih tanamkan aqeedah yg kuat pada diorang, tentang Allah sentiasa nampak segala perbuatan diorang, tahu pergerakan hati. etc. Satu lagi.. bila nak ajar aqeedah, tak semestinya dalam keadaan belajar formal.. masa main2 pun boleh ajar. Contoh, Adam gila sangat dgn kereta, so katakan pada dia, dalam syurga apa saja jenis kereta kita nak boleh dapat.

last sekali... (hmm rasa macam ada je bebenda yg terlupa.. tapi apa ye?)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ
عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْخَاسِرُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada
mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang
melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (al Munafiqun: 9)

Cantiknya dia tapi.......



Topik yg ingin saya ketengahkan iaitu C.A.N.T.I.K. Biasa kita lihat dlm kehidupan seharian, benda2 yg cantik samada benda itu bernyawa atau tidak. Contohnya kita melihat kecantikan baju2 di kedai atau kita melihat kecantikan model2 di tv. Namun sejauh mana istilah cantik dalam Islam:-

Sumber: http://ainuamri.wordpress.com/2009/03/25/kriteria-calon-suami-ideal/

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.
Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.
Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Menurut penulis, jelaslah disini bahawasanya cantik itu:-

1) subjektif

2) naluri semulajadi (fitrah)

3) daya penarik

4) salah satu ciri2 dlm memilih jodoh (tapi bkn yg utama ye!)

Walau bagaimana pun, di zaman yg serba canggih ini, faktor kecantikan menjadi tiik tolak yg sgt utama. Sebagai contoh, dalam memilih kerjaya, kebanyakan majikan lebih berminat kpd pekerja2 yg cantik dan berpakaian seksi. Dalam memilih menantu (fokus kpd mertua) juga faktor kecantikan bakal menantu juga menjadi satu kemestian. Bukan apa, untuk memastikan keturunan dan generasi mewarisi kecantikan yg dimiliki katanya. Trend berkahwin dgn warga asing semakin hangat menjadi ikutan. semuanya kerana rupa dan kecantikan (jika ada yg bkn kerana rupa, alhamdulillah bagusla..:)) Jadinya ia mendatangkan mafsadah (harm) kepada masyarakat. Kenapa saya berkata demikian? Ok cuba kalian bayangkan semua org meneliti faktor kecantikan yg utama berbanding faktor agama, mereka hanya akan mendapatkan hasil yg org kata "serkap jarang" sahaja. Kita tanpa menilai agama dan budi bahasa, akan menyesal di akhir waktu kerana baru merasakan faktor cantik itu sekadar luaran sahaja. Tidak semua yg cantik itu baik dan tidak semua yg buruk itu rosak...

Bersyukurlah bagi mereka yg Allah kurniakan kecantikan dan gunalah dengan berhati2 dan cermat. Bagaimana menggunakan kecantikan dgn berhati2 dan cermat?

1) Tidak menayang rupa pd perkara yg tidak berfaedah seperti aktiviti modelling dan sepertinya

2) Tidak mengubah ciptaan Allah utk menjadi lebih cantik seperti memakai susuk@botox, membuat pembedahan plastik, facial yg berlebih2an dan sebagainya

3) Tidak lupa utk menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal

4) Mengamalkan doa lihat cermin

"Allahuma hassanta khalqi, fahassin khuluqi"

Ya Allah Kau perelokkanlah rupa parasku sepertimana Kau perelokkan akhlaq ku"

(sila semak semuala ejaan dan makna, maaf kalau silap)

5) Sentiasa bersyukur dgn kurniaan Allah

6) Berpada2 dlm penampilan


Akhir kata, Allah suka kpd kecantikan. puji-pujian kepada Allah adalah afdal kerana Dialah Pemilik Kecantikan Sebenar. Janganlah kita membangga diri kerana kita hanya PEMINJAM YG SEMENTARA yang akhirnya akan dikembalikan kpd PENCIPTANYA... Waallahua'lam..


P/s: Maaf jika ada kesilapan. Wassini...