Wednesday, November 30, 2011

Suara Dunia

●●●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●●●
.: SUARA DUNIA :.

Hei kamu..
Kita dekat lagi dekat
Tiada laut
mahupun pantai
tiada tembok tiada sempadan

Namun kita tetap jauh
Jauh dek waktu dan pertemuan
Bagai masa terhenti
tatkala kita mampu
mengejar waktu

Kamu tahu?
Situasi itu tanpa rasa
Dimamah kebodohan lalu
Tanpa pengampunan
Kita terdera lagi

Kamu tahukan
Setiamu pembunuh
Ingkarmu penawar
Kau akur aturan dunia
Aku rebah mengaku kalah

Sakit tak terperi
Luka mengalir deras
parah tanpa berwarna
Tiada pengubat untuk
Parah menanti rebah

Hei kamu
Jeritan ini tak didengari
Tanpa suara ku meronta
Kembalikan suara duniaku
Aku benar tersiksa

Nukilan: Khairun Nisaq Taslim
1.17 pagi,
Georgetown, Pulau Pinang
30 November 2011
●●●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●●●


Kepada semua pembaca, tidak salah untuk meluahkan rasa.Sedih, marah atau gembira. Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah menitiskan air mata saat pemergian puteranya, Ibrahim. Namun begitu janganlah keterlaluan sehingga membelakangi syariat. Sentiasalah memohon petunjuk kepada Allah agar kita diberikan yang terbaik ^_^

Apa yang berlaku pada saya, tidaklah seberat dugaan yang Allah beri berbanding sahabat-sahabat saya di Palestin. Dalam mencari yang terbaik, atau yang lebih baik, kita pasti diduga. Dugaan yang pelbagai ini mengajar kita untuk lebih bijak membuat keputusan. Samada kita bertemu dengan orang/perkara yang salah atau, kitaberbuat salah dengan orang/perkara baik. Kedua-duanya adalah ilmu.

Dalam memilih keputusan, jadikan Allah pilihan utama. Gerakan hati mainan syaitan. Utuskan doa kepada Allah agar kesilapan lalu dijadikan ikhtibar dan kesilapan lalu tidak berulang dimasa akan datang. Jangan jadikan silap yang lalu sebagai alasan untuk menempa kesilapan yang akan datang.



"Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi…
Jangan hanya sujud ke “Sejadah” saat susah.
Jangan hanya mengenal “Telekung” & “Kopiah” saat sesak.
Jangan hanya memandang “Kiblat” saat payah.
Jangan hanya teringat “Wudhu” saat lemas.
Jangan hanya mengenal “Tasbih” saat hanyut.
Jangan hanya memandang “Alam” saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada Hati, letaknya Iman.
Carilah sayang yang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu.."

Sumber: Facebook

 


Tuesday, November 29, 2011

Penang, aku datang lagi!

Esok aku akan pulang. Rasanya singgah ke Taiping sekejap mencari durian. Craving for it! ^_^
Hantar ayah ke rumah, ibu stay kat rumah Along temankan Kak Long berpantang. Berehat sekejap untuk sambung perjalanan ke Sri Gombak. Seronok berada di Pulau Pinang. Seronok sebab dapat jumpa Nur Nabihah dan Nur Ainul Mardhiah.

Sebenarnya aku teringin sangat tapi aku tahu tak boleh. Islam pun tak menggalakkan. Kami dekat sangat; Georgetown- Gelugor tapi jauh kerana Allah. Cukuplah aku mendoakan kesejahteraan dia sekeluarga. Berkirim salam melalui doa. Cukuplah pengajaran yang Allah berikan. Semoga dia berbahagia walaupun aku bukan sebahagian daripada kebahagiaannya (Memetik kata-kata sahabatku)

Aku perlu kembali ke KL. Khamis dan jumaat traning untuk sesi ke-3 dan 4.

Malam tadi, 4 minit sebelum angka 29hb November 2011, sempat Hatifi Azim menghantar mesej hari lahir. Usiaku genap 25 tahun  alhamdulillah...^_^



حاتيفي عظيم: Selamat Harijadi


                 Moga dirahmati Allah


                 haha, seronok sambut harijadi di Pulau Pinang?


                 xlama lg, bolehlah jadi mami :P





Aizinoni Ahmad: waaahhhhh ..hepi besday Nisaq...:)


Fatimah Az-Zahra Abdul Shukor: selamat hari lahir, nisaq...smg b'bhgia hingga ke syurga


Faizah Hussin: Selamat Hari Lahir kpd kembarku, Khairun Nisaq. May Allah bless U...
                            Moga dimurahkan rezeki, dilimpahkan kerahmatan & kebahagiaan.......dan.....
                            Moga cepat2 bertemu JODOH.heeeeheheee =))



Inshaallah Penang, aku datang lagi! ^_^

Saturday, November 26, 2011

Seronoknya Penang!

Unbelieveable!

Itulah perkataan yang berputar di minda aku saat tiba di Kampung Rawa petang tadi. Hingga ke saat ini, aku bagai tak percaya aku berada di Georgetown sekarang. Dalam keadaan tak tahu jalan, plus jenguk-jenguk google map gitu-gitu je, aku redah laluan Taiping-Pantai Remis terusss ke Georgetown.

Percaya atau tidak, tanpa GPS, hanya berbekalkan Googlemap, keberanian dan doa,
 aku disini ^_^

Mungkin anda-anda semua anggap perkara sebegini mudah sangat tapi ianya suatu cabaran yang mendebarkan. Inilah destinasi pertama yang paling jauh yang pernah aku redah dengan kereta yang baru berusia 2 bulan, dengan kadar servis pertama. Cukup baru bagi aku, dengan pengalaman pertama dalam hidup dan ianya yang terindah sekali. 

Hingga ke pintu rumah Along, aku tidak menghubungi beliau dan sedaya upaya mencari jalan. Hati aku terasa lapang bila menyusuri jambatan mercu kebanggaan pulau mutiara ini. Namun gemuruh bersambung bila mencari kelibat Tesco Penang sebelum menyusuri Jalan Sungai Pinang untuk ke Kampung Rawa.

Apa yang boleh aku katakan, aku sangat berpuas hati... tapi yang tak puas hatinya, bila nak balik ke KL, ayah tak bagi drive sorang. Ibu dan ayah mungkin stay lama disini tapi cutiku sampai rabu je. Conclusion, balik KL dengan Transnasional...
 ohoooo tidakkkk....... :(

Malas nak fikir cerita hari rabu, mood di pulau mutiara ini jangan dirosakkan.
Upcoming event, kenduri kahwin di Balik Pulau dan jalan-jalan cari seafood esok.
Craving for durian pun ada... ^_^


Tuesday, November 22, 2011

^_^ Selamat Datang Ainul Mardhiah

18 November 2011 pukul 7.15 malam

Lahirlah seorang baby girl yang diberi nama Ainul Mardhiah binti Mohd Razif Hafiz


Alhamdulillah Kak Long selamat bersalin normal 2.8kg di Hospital Besar Pulau Pinang. Untuk anak-anak buah Mak Lang, tunggu Mak Lang sabtu ni ye ^_^



P/s: Tersentap bila Nur Nabihah cakap "Pak Ngah dengan Mak Ngah, Mak Lang takdeee Pak Lang ye".. adusss nak kena budak nii :)





Semester 1 yang berlalu

Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nie ^_^

Semester 1 yang berlalu...... hampir seminggu. Parking di sekitar IIC lengang tanpa kereta-kereta mewah students. Kenapa aku kata mewah? Memang mewah. Untuk ke kelas, mereka memandu CRV, Honda Civic dan BMW, sedang aku waktu mula-mula berkhidmat disini, hanya menaiki taxi dan RapidKL je. Hehehe.. Pernah sekali student aku bernama Fakeh menawarkan diri untuk menghantar aku pulang kerana terserempak ketika aku menunggu taxi ^_^

Sunyi jee IIC. Hanya kedengaran bunyi hentakan keyboard di pejabat pentadbiran dan deringan telefon di kaunter reception. Semester 1 yang berlalu meninggalkan seribu satu kenangan. Kenangan pertama yang aku kira perlu diperbaiki untuk semester akan datang. Strategi yang lebih mantap perlu diperkukuhkan untuk berhadapan dengan pelbagai ragam students.

Teringat aku kepada satu insiden yang mana seorang student yang mempertikaikan "kemudaan" aku mengajar dia dalam subjek Statistics. Katanya aku ni seperti sebayanya dan dia benar-benar tidak dapat menerima. Katanya seperti satu penghinaan. Penghinaan kerana rakan sebaya mengajarnya. 

Soalannya sekarang, "siapa kawan kamu????"

Makanya dia terdiam dan akhirnya sedikit demi sedikit dia cuba "menelan" aku sebagai pensyarah "muda" nya walaupun tumpuan di kelas jarang-jarang diberikan dengan sepenuh perhatian ^_^. Selepas tamat exam Statistics hari khamis lepas, dia datang dan memohon maaf tapi matanya banyak tertumpu pada kasut Nikenya lusuh. Takpe, Miss tak kisah ^_^ tak marah pun. Tak kecil hati pun. 

Semester 1 yang berlalu. Semester 2 yang bakal tiba 4 Disember nanti. 
Tak sabar rasanya ^__^ V