Thursday, July 29, 2010

Tomorrow is ours

Tomorrow is a day
The day we're waited together
There will be fulled
Of love and joy
Between me and you

Tomorrow will be the day
Which will united us
with full of barakah
Together with zikr and do'a
Hoping forever together

You're my special gift
Given by The Creator
I've never met before
Coz you're the only one
Created for me.. Alhamdulillah

I don't want anything, Abang
Enough if you just
Teach me with Quran
Treat me with Sunnah
Practice with Islam
Bless me with Ikhsan

My beloved Abang
May our love
Last forever

Barakallahu lakuma wa barakaa'laikuma
Wa jammaa'a baina kuma fi khair

* Dedicated to all new Muslim brides <3

Monday, July 26, 2010

Jom tingkatkan iman dan amal

Mengikut perkiraan takwim Islam, malam ini sudah merangkak hari nisfu Syaaban. Eloklah semua mengamalkan bacaan Yasin 3 kali bersama doa Nisfu syaaban. 



Erti Doa Nisfu Syaaban:

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin 



Semoga kita lebih bersedia untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem yang akan tiba tidak lama lagi... <3

Sunday, July 18, 2010

Kasihan budak itu...

Salam semua..

2 hari lepas aku telah ke Klinik "free"--> faham2 je la untuk mendapatkan perkhidmatan yang "free" walaupun pelbagai cerita aku dengar perkhidmatan kat klinik tu tak bagus. Dengan harapan dapat MC sebab seharian terlantar di atas katil berselubung selimut untuk memanaskan badan. 

Pukul 3 petang Angah balik solat jumaat. Aku masih terbaring. Tangan Angah mendemah ke dahiku. Panas! 

"Kak, solat dulu. Lepas tu kita ke klinik ye?" Kata Angah sambil melipat kain pelekat berwarna hijau.

Dengan lemah, aku mengangguk kepala tanda setuju.

Tiba di klinik, ternyata sangkaan ku benar. Orang makin memenuhi ruang depan kaunter tetapi bayang nurse dan doktor tak kelihatan. Masing-masing masih dengan nombor giliran. Bermakna belum ada seorang pun lagi yang dipanggil untuk diberi nombor giliran kedua, IC dipulangkan dan not RM1 diserahkan kepada nurse yang belum membuka kaunter pendaftaran.

Menyesal pun ada. Angah dah buat muka. Memang salah aku. Dah dioffer "berbayar", aku pilih RM1 juga. Jimatla sedikit daripada RM40 yang dah tentu kena bayar. Pukul 3.30 petang keadaan masih begitu. Baru nampak kelibat nurse yang semakin resah pesakit semakin membanjiri dataran hadapan Klinik. Pelbagai jenis batuk memecah keheningan klinik yang memang hening dari mula aku datang walaupun sebenarnya ramai. Macam ramainya Up Town di Tonggak 10 sejak ia dibuka.

Tiba-tiba kerusi aku yang sebelum ini diduduki Angah sudah dipenuhi oleh seorang kakak bersama anak lelakinya. Comel! Kelibat Angah pula tidak ada. Bila aku check handphone, rupanya dia ke Billion.

Kak, aku ke Billion. Dah siap msej tau

Aku melihat kelincahan anak kakak itu sambil tersenyum. Comel sangat. Dia datang kearah aku. Aku hulur salam tapi dia terlompat-lompat sambil tersengih. Aku andaikan mungkin dia malu kot. Tiba-tiba kakak a.k.a mak dia menyambar lengan budak itu sambil mencubit leher dia hingga kemerahan. Terkejut aku. Apa dosa budak itu hingga di cubit sekuat itu? Kalau cubitan itu diberi pada orang dewasa, tentu sakit. Apatah lagi diberi kepada budak berusia 3 tahun.

Budak itu menangis. Tanpa suara. Baru aku perasan. Budak itu BISU! Mashaallah... Kakak tadi terus menatap ke skrin TV yang sedang menayangkan rancangan sinetron Hidayah di TV3. Budak itu terus berjalan meninggalkan maknya. Kakak itu buat tak tahu saja. Mata aku meliar mencari kelibat budak itu. Bimbang kalau-kalau dia berjalan ke jalanraya yang hampir dengan pintu keluar klinik ini.

Dari jauh aku lihat, beberapa orang lelaki mentertawakan budak itu. Aku kurang jelas apa yang budak itu lakukan. Tiba-tiba dia datang kearah aku. Aku tersenyum padanya. Dia masih tersengih-sengih. Tiba-tiba dia melurutkan seluar sambil menghulurkan *** nya. Aku terkejut! Mashaallah buat kali kedua.

Aku berlagak profesional walaupun puluhan mata melihat aku yang terpaksa berdepan dengan situasi ini. 

"Dik, tak boleh macam ni. Malu tau. Pakai seluar balik, ye?" ujar aku lembut sambil menarik seluarnya keatas.

Budak itu terdiam sambil menatap mata aku. Aku segera menyarungkan seluarnya ke paras pinggang. Baru aku sedar, tangannya berpaut pada bahuku bimbang kalau terjatuh. Dia masih memandang kearahku sambil tersenyum. Terus dia mendapatkan kerusi kosong di sebelah ku lalu duduk sambil tangan menggenggam tangan kiri ku. Terpana aku dibuatnya. Puluhan mata masih menatap kearah kami. budak itu terus menatap TV, tidak lagi merayau-rayau seperti tadi.

Aku cuba memandang kearah kakak itu namun dia masih leka menatap TV tanpa menghiraukan anaknya. Kenapa begini, kak? Apa yang akak marahkan sebenarnya....? No.9 muncul di skrin merah atas pintu masuk. Rupanya giliran budak ini. Segera kakak itu bangun sambil menyambar lengan budak itu dengan rakus. Ikutkan hati aku mahu saja aku teriak pada dia: What happen to you, kak? You can't do this. Please treat him gently kak. Kasihan dia...

Tapi apa daya ku..
Aku lihat budak itu mengeringai kesakitan. Sambil berlalu, sempat dia tersenyum pada ku. Hati aku tersentuh melihat mesej yang dia cuba sampaikan melalui senyuman. Aku faham kenapa dia nakal dan tak duduk diam. Sebenarnya dia cuba memancing perhatian dari seorang perempuan bernama IBU. Rindu seorang anak kepada kelembutan belaian kasih sayang daripada seorang ibu. Budak 3 tahun sudah pandai mengerti erti belas kasihan.

Aku tak tahu apa yang terjadi pada budak itu selepas itu. Giliran aku yang ke-11 di bilik rawatan no.4 sedangkan kakak itu di bilik no.2. Apa yang aku boleh katakan, KASIHAN BUDAK ITU..
 Semoga Allah merahmati kamu, dik





Saturday, July 17, 2010

Ketika Cinta Berlabuh






 Episod 1



Allahu akhbar Allahu akhbar.....  

Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang memecah kesunyian Taman Seri Desa Damansara. Sesusuk tubuh mula mengeliat. Terpisat-pisat matanya memerangkap samar-samar lampu tidur dibilliknya. Rasa penat membaluti dirinya memandangkan lena baru merangkak jam ketiga. Proposal yg diamanahkan oleh Tuan Haji Bakri perlu dilaksanakan dalam masa seminggu lagi. Singkatnya masa yg diberikan tetapi bila mengenangkan tender yg bakal Putra Holding raih juga harapan Tuan Haji yg terlalu tinggi padanya membuatkan dia tekad untuk stay up sehingga tak sedar malam mula beranjak pulang.

Nur Jannnah mengucapkan rasa syukur kepada Allah diatas penghidupannya setelah dia dimatikan walaupun hanya beberapa jam terlena. Juga doa dipanjatkan kerana solatnya tidak terlepas akibat lewat tidur. Segera Nur Jannah menuju ke bilik air membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Saat air dingin membasahi anggota wudu’ nya, rasa khusyuk menjalar di hatinya. Bacaan doa meniti dibibirnya. Jelas dia masih ingat pada amalan yang diajar oleh ibunya.

Ashhadu al Lailaha illah wa ashhadu anna Muhammadu a’bduhu wa rasuluh..
Allahumaja’lni minnat tawwabiin wa jaa’lni minnal mutthohhirin wa jaa’lni min i’ibadikassolihiin

Setiap rukuk dan sujudnya penuh dengan tertib dan toma’ninah melambangkan dia benar-benar mengerti kewajipannya sebagai seorang muslimah.
                Seusai salam akhir, Nur Jannah kekal bersimpuh sambil membaca zikir dan beristighfar tanpa dia juga tidak tahu entah yang keberapa kali namun yang jelas, hatinya tenang. Lebih tenang dari semalam. Lebih tenang dari enam bulan lepas.Ya! enam bulan lepas yang telah meragut kelincahan dan kecerian gadis bernama Nur Jannahز

Dalam kalimah perenggan terakhir doanya, dia tidak pernah lupa untuk mendoakan seseorang. Insan yang dia cintai. Cintanya enam bulan yang lalu. Tiada lagi selepas ini. Mungkin.

Ya Allah, Kau rahmatilah roh Shahrul Ariffin. Tempatkanlah dia di sisi mereka yang beriman, amin..

Tangan diraup ke muka yang sembap. Tubir mata gadis itu tidak pernah kemarau dengan air mata. Sukar baginya untuk melupakan lelaki itu. Segera Nur Jannah beristighfar saat perasaan rindunya mulai menggigit hatinya yang kosong.
Astaghfirullah al azim.. Astaghfirullah al azim.. Astaghfirullah al azim..
         Telekung pemberian Opah dicium. Rindu Opah..Segera telekung dilipat rapi dan digantung pada penyangkut. Sudah 2 tahun Opah meninggal dunia akibat radang paru-paru. Nur Jannah termangu di birai katil. Lemah benar dia untuk menyambung proposal yg tinggal beberapa helai lagi untuk dihantar. Jam Quartz berdenting menandakan tepat tujuh pagi. Nur Jannah menghala pandangan ke luar. Masih gelap dan suram.
         Laptop HP dibuka. Sudah terlalu lama dia tidak menjenguk bakul masuk e-mail nya. Begitu juga dengan Yahoo Messenger. Sibuk menyiapkan tender proposal membuatkan ruangan IRC itu semakin kurang dikunjungi. Rindunya dia pada sahabat karibnya, Fatimah Az-Zahra di Cairo membuak-buak. Beberapa jemputan kahwin dari rakan sekolah rendah dan ucapan takziah daripada kenalan rapat memenuhi bakul masuk e-mail. Hasrat untuk membaca kiriman mesej yang lain segera dihentikan. Rasa kesal mula bersarang di dada gadis itu. Rindunya pada arwah hanya Allah sahaja yang tahu. Biarpun diluahkan pada seisi alam, pasti tiada siapa yang faham kerana dia yang seorang sahaja yang menanggungnya
                Tumpuannya beralih pada Yahoo! Messenger. Jari runcingnya mula menaip ID dan kata laluan akaun Yahoo!


Login ID: nur_2001
Password: **********

Contact online:
# abdullah_5399
# ana_HaSSanah (offline)    
# krel_magnificient (offline)
# fatimahazzahra_595
# syadila_rocks

# nasx86  
# zakila7889 (offline)





Alhamdulillah sahabatku online, getus Nur Jannah sambil melirik senyuman. Persis sahabatnya berada di depan mata.
nur_2001: Assalamualaikum sahabatku :)

fatimahazzahra_595: Waalaikumussalam sahabatku. Lama  tak online. Lupa member nampak
J

nur_2001: Busy la Fatimah. Nie pun mengantuk lagi tau.

fatimahazzahra_595: Awatnya? tidur lambat jangan diamalkan Nur. Nanti kau sakit siapa yang susah? kalau aku dekat boleh juga dijenguk.
nur_2001: Proposal tak siap lagi. Due next monday. Ada seminggu lagi. Kau sihat Fatimah?

fatimahazzahra_595: Kerje,kerje jugak. Kesihatan tetap no.1 Nur. Aku alhamdulillah sihat. Sekarang nie busy sikitla buat thesis pasal Islamic Banking. Alhamdulillah 1st draft Prof.Eskander suka sangat. Banyakla kena turun naik library. Kebanyakannya buku dalam bahasa arab. So, kena translate dulu baru boleh check mana point yang relevant dengan thesis aku. Take time la jugak. Hari-hari kena pujuk hati suruh bersabar.


               Panjang lebar Fatimah menceritakan pengalaman ber"thesis" buat pertama kali di bumi Cairo. Suasana baru memang jangkal. Alah bisa, tegal biasa orang kata.

nur_2001: Sahabat aku nie kan hebat. Tak hairanla kalau Prof sayang kau. Tengok sajela pencapaian kau kat UIA dulu. Siapa yg tak kenal Fatimah Az-Zahra, the best debator IIUM. heheheheh....
J
Saat itu Nur Jannah merindukan raut wajah Fatimah, teman paling akrab saat bersama-sama menuntut di UIA dua tahun yang lalu. Seingatnya, jaket Maaruf Club tidak pernah lepas dari badannya. Al-maklumlah jawatankuasa tertinggi Maaruf Club la katakan. Sudah gemukkah dia? Selera sahabatnya memang sentiasa terbuka untuk masakan Arab. Setiap kali habis kuliah, langkah kakinya terpaksa mengikut haluan sahabatnya, pengunjung setia Babush Cafe bersebelahan Central-Mart dan ruang solat lelaki Masjid SHAS Universiti Islam Antarabangsa Gombak di tingkat bawah. Mungkin kerana itu jugalah, Fatimah memilih Cairo untuk menyambung pengajian Sarjana Ekonomi Islam. Barang kali juga...

fatimahazzahra_595: Mula la kau tu... Nie yang malas nak cerita. Asyik melambung2 aku je. Kau tu apa kurangnya. Muda lagi dah dapat pegang Business Development Executive lagi

nur_2001: Kerje swasta kau faham2 la. Gaji besar kerja pn banyak. Syukurlah aku enjoy. Kalau tak stress jugak. Fatimah, dah 6 bulan Ariffin tinggalkan aku ye....

fatimahazzahra_595: Nur.... redhala dengan pemergian dia. Aku faham perasaan kau tapi kalau kau terus macamni, macam mana kau nak teruskan hidup? Tak kan kau nak hidup dengan bayang2 Ariffin je?

nur_2001: Entahlah Fatimah. Tak sangka pendek sangat jodoh kami. Susahla nak lupakan. Bukan tak cuba

fatimahazzahra_595: Kalau kau fikir susah, susahla jadiny. Aku tau kau sayang dia tapi kau jangan lupa Allah lebih sayangkan dia. Kita ni siapa Nur. Semua kat dunia ni hanya pinjaman. Kalau Ariffin tengok keadaan kau macamni, dia pun sedih tau

Last messaged update 12/3/2007 7:10 a.m

fatimahazzahra_595: Nur.......

          Air mata Nur Jannah tidak pernah letih untuk lelaki itu.Sukar baginya menerima lelaki lain dalam hidupnya selepas ini. Terlalu banyak impian yang mereka angankan. Segera Nur Jannah menyeka kelopak matanya yg mula sembam dan membengkak.

nur_2001: Sorry Fatimah. Toilet tadi.

         Helahnya bukan untuk menyakitkan sahabatnya. Bimbang kalau luahan hatinya mengganggu tumpuan sahabatnya yang berjuang dalam pengajian sarjana. Nur jannah tak mahu Fatimah tahu situasinya. Fatimah juga banyak perkara lain yg harus difikirkan. Bukan diri aku saja, getus Nur Jannah di dalam hati.

fatimahazzahra_595: Nur, dah 8 tahun aku kenal kau. Aku tau kau menangis tapi Nur, aku nak kau tahu tangisan kau tetap tak mengubah apa-apa. Walau air mata darah sekali pun, Ariffin takkan kembali Nur..

nur_2001: Sorry fatimah.. Aku OK. Don’t worry aku akan cuba memperbaiki diri aku. But it takes time. Maybe a lot. Thanks for your understanding
J

fatimahazzahra_595: Apa kata lepas siap proposal tu, kau datag Cairo nak? Kau rehat2 kat sini. Mungkn lepas kau ambil cuti, kau lagi OK? dulu lagi aku suruh kau amik cuti kan?

nur_2001: Nanti aku fikirkan ye. Aku kena minta izin ibu ayah dulu

fatimahazzahra_595: Yela Nur. Kalau nak datang sini bercuti,rehat2, aku boleh bawak pergi jalan2. jadi tour guider :)

nur_2001: Insha-Allah fatimah. Apa-apa aku inform ye

sarah_imani: Nur, jangan lupa amalkan solat hajat. Qiamullail tu kalau free buat jugak. Insha-Allah hati kau tenang. Lagi 1, jangan selalu sorang2.  Sibukkan diri. Kalau sorang2 nanti perasaan tu datang. Syaitan suka kalau kita berkhayal.

nur_2001: Thank you my dear. Kau tak jemu2 nasihatkan aku :) nie yang buat aku makin sayang kat kau
J

fatimahazzahra_595: Aku pun sayang kau jugak. Jangan sedih2 lagi ye? Promise?
Nur_2001: Promise, insha-Allah J

          Nur Jannah tersenyum puas. Walaupun beban masih membelenggu benaknya, tapi sekurang-kurangnya hati dia lega sedikit. Syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana dipertemukan sahabat baik seperti Fatimah.Semulia namanya juga, Fatimah Az-Zahra. Puteri Rasulullah. Berhati waja dan tabah. Ketabahan Fatimah sejak di Universiti Islam Antarabangsa sentiasa mengagumkan dirinya. Walau apa yg berlaku, sahabatnya itu tidak pernah lekang dgn senyuman. Itulah sahabatku, duniaku dan akhiratku. Mudah-mudahan.

nur_2001: Fatimah, GTG. nak breakfast. Karang lambat pulak ke ofis. Tak gerak awal karang jam plak. Tak pasal-pasal kena bambu dengan Tuan Haji. Mana nak letak muka yang comel ni,hehehe...
J

fatimahazzahra_595: Comel? Tak secomel aku. Haha.. Ok2. take care ye. Fikir2kan cadangan aku tadi. Aku & Cairo sedia menanti kedatangan kau tau
J

nur_2001: Insha-Allah. kalau dah jodoh aku dan Cairo, bertemula kita nanti
J Assalamualaikum

fatimahazzahra_595: InshaAllah aminnn... Waalaikumussalam

          Jam sudah menunjukkan jam 7.40 pagi! Lewat pula hari ini. Leka berborak dgn sahabatnya sehingga terlupa pagi ini giliran dia menyediakan sarapan. Alahai macamana boleh lupa ni, rungut Nur Jannah di dalam hati sambil tangannya ligat mengemas laptop dan briefcast. Cadar katil berrona pink putih abstrak segera ditarik kiri dan kanan dan diselit di bawah tilam. Tangannya menyapu permukaan katil memastikan cadar katil tetap kemas dan tegang. Kata ibu, anak dara pemalas kalau tidak mengemas katil selepas bangun tidur.
Baju kurung berwarna pic lembut, dengan kotak kain seakan songket segera disarung. Pakaiannya siap tersedia. Seperti pagi-pagi yang sudah. Memang tabiat Nur Jannah menyiapkan pakaian kerjanya malam sebelumnya. Takut kalau-kalau pagi baru disiapkan, bekalan letrik pula tiada. Beringat sebelum kena!

        Sedang Nur Jannah meratakan pelembap bibir, tiba-tiba telefon bimbit Sony Ericsson K530i hadiah harijadi pemberian abah memainkan
Selawat Burdah menandakan ada panggilan. Berlari-lari anak Nur Jannah mendapatkan telefon yang terletak di atas katil yang beberapa depa dari meja solek. Menyembur darah ke muka Nur Jannah. Berkali-kali dipejam matanya kerana bimbang kalau-kalau tersilap pandang. Namun akal fikiran warasnya bersetuju dengan apa yang dipapar oleh bebola matanya kerana yang tertera di skrin telefonnya adalah nama ARIFFIN SAYANG!


****************************************

 Episod 2




“Hitamm…..!!!!!”
Hitam mengangkat kepala tatkala terdengar namanya dipanggil. Bagaikan mengerti namanya Hitam. Siapa kata haiwan tak punya akal , getus Pak Taslim sambil bibirnya mengulum senyuman.Leka orang tua itu melihat lembunya meragut rumput yang ditebas sekejap tadi. Hitam yang menjadi tumpuannya berbanding lembu-lembunya yang lain disebabkan warna kulitnya yang kehitaman. Sinaran mentari petang itu menampakkan kilat kehitaman di badan Si Hitam.
“Hitamm….sini!!!,” tempik suara Pak Taslim yang serak-serak basah itu. Kali ini lebih kuat daripada sebelumnya.  Hitam , lembu kesayangannya yang dibeli dari Mutusamantha itu berhenti mengunyah lalu memandang kearah tuannya. Lama benar dia memandang Pak Taslim. Ada sesuatu yang menarik perhati lembu itu. Dia benar-benar mahu mendapatkan apa yang dijulang di tangan kiri orang tua yang hampir melangkau separuh abad itu.
Hitam mula mengorak langkah. Semakin lama semakin laju pergerakan kakinya menghampiri Pak Taslim. Sesekali dia menguak minta diusap tengkuknya. Manja betul dia dengan Pak Taslim. Segera Pak Taslim menyua pisang masak ke mulut Hitam. Itulah makanan kegemarannya. Hampir setiap hari, pasti selera Si Hitam dapat dipenuhi dengan hidangan pisang masak. Terhibur sedikit hati Pak Taslim melihat kerenah lembu kesayangannya walaupun walang di hati masih bertakhta mengenangkan nasib anak perempuannya yang kehilangan orang yang dicintai.
Isterinya, Mak Jamaliah yang leka mengutip lada jintan yang rancak berbuah sempat menoleh kearah suaminya yang sibuk menggosok belakang badan Hitam dengan kain kesat. Sekejap-sekejap Hitam menguak bagaikan menyatakan pada tuannya dia suka dimanja begini. Setelah penat bermain dengan Hitam, Pak Taslim segera berbaring di pangkin buruk buatan sendiri yang terletak di bawah rumah bersebelahan dengan buaian. Teringat Pak Taslim akan buaian itu yang paling digemari oleh Nur Jannah. Sekarang, ia menjadi kegemaran cucunya pula, Nur Nabihah.
Angin petang itu bertiup perlahan bagai gemersik membisik ke cuping telinganya. Suasana di Kampung Sungai Haji Mustapha begitu permai dan damai. Sesekali kedengaran kicauan beburung berterbangan di sekeliling sawah yang terletak beberapa kilometer daripada rumah usang itu. Lesu badan orang tua itu. Semenjak bersara daripada jawatan guru, Pak Taslim mengusahakan sawah padinya sendiri. Kalau dahulu, memang benar, dia menyewakan pada Haji Mutalib, ketua kampung disitu. Namun sekarang dia lebih suka melihat padinya berbuah dan dituai depan matanya sendiri. Sayang benar dia pada peninggalan arwah ayahnya itu sepertimana sayangnya arwah pada sawah itu.
Abang, jemput minum kopi ni. Kang sejuk tak sedap,” sapa Mak Jamaliah mengejutkan suaminya dari lena. Dia tahu suaminya penat. Dia faham suaminya sudah tidak larat lagi. Sawah seluas 3 hektar itu terlalu jenuh untuk diuruskan walaupun beberapa budak muda di kampung itu turut sama bekerja dengannya. Berkali-kali Mak Jamaliah menasihatkan supaya berehat sahaja di rumah tetapi Pak Taslim tak betah begitu. Pada orang tua itu, kalau sehari tidak keluar peluh, sakit-sakit badan pula katanya.
“Yela, terima kasih,” bingkas Pak Taslim bangun lalu bersila di hadapan kopi O kegemarannya  sejak zaman muda-muda lagi. Asap dari cawan seramik putih berlapik pemberian menantu sulungnya, Kamaliah berkepul-kepul apabila ditiup. Selera orang tua itu benar-benar terbuka. Disisipkan biskut mayat ke mulutnya yang agak kusam kesan daripada tabiat gemar merokok lalu dicelup ke dalam cawan yang berisi air kopi itu.
“Abang..,” isterinya memulakan perbualan.“Hmm…,”dehemnya menandakan dia sedang mendengar. Seketika Pak Taslim mencapai cerut buatannya daripada beg kain. Cerut lebih sedap daripada rokok beli, itu yang selalu dijawab apabila orang-orang kampung bertanya perihal rokok classic nya. “Saya kasihan pada Jannah tu, bang. Ariffin dah tiada lagi. Pendek benar jodoh mereka. Entah mana silapnya dia bang hingga diduga begini?,” luah isterinya sambil melemparkan pandangannya jauh ke Banjaran Titiwangsa yang kelihatan di hujung kampung itu. Ada sendu di hujung kata seorang ibu. Ibu yang mengandungkan anak 9 bulan 10 hari.
“ Istighfar, Yah. Ini semua di bawah perancangan Allah s.w.t. Awak tak boleh salahkan takdir. Kufur namanya,” laung Pak Taslim sambil memandang mencerlung ke mata isterinya yang mula tampak kedutan di kelompang matanya. Segera Mak Jamaliah beristighfar memohon keampunan pada Yang Maha Berkuasa atas keterlanjuran katanya. Air mata segera diseka pada hujung lengan baju kurung kedah yang sudah lusuh. Air kopi yang sedari tadi terhidang dipandang hujung mata sahaja. Mati seleranya bila mengenangkan anak perempuannya. Bolehkah hidup di Kuala Lumpur? Minta menyimpang dari segala bala, ya Allah.
“Kita sebagai ibu ayahnya, kita kena lebih kuat lagi. Kalau kita lemah, lemah jugalah budak tu. Dia perlukan sokongan kita semua, Yah,” tambah Pak Taslim sambil menyambung gulungan cerut di tangannya. Dia juga kalau diikutkan hati, mahu sahaja menangis. Namun rasa sedih itu sudah lama disimpan dalam-dalam. Apa yang penting baginya, doa dan sokongan daripada ahli keluarga. Dalam masa yang sama, dia juga berjumpa dengan ustaz-ustaz di Darul Syifa’ sebagai langkah usaha untuk merawat kembali semangat anaknya yang hilang.
Mak Jamaliah menganggukkan kepalanya tanda faham dan bersetuju. Suasana menjadi suram seketika. Masing-masing  membisu dan terus tenggelam dalam perasaan masing-masing.

****************************************

Episod 3
Lama Nur Jannah merenung telefon bimbitnya. Bermacam-macam perkara bermain di benak nya. "Ya Allah apa semua ini...." getur Nur di dalam hati sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad moga hati dan fikiran kembali tenang. Alunan nada dering akhirnya terhenti. Nur masih kebingungan. satu tepukan di bahu mematikan lamunan Nur.

        "Nur, banyak kali aku panggil,senyap je. Aku ingat kau tidur lagi," membebel Syarifah Hafizah sambil memuncungkan mulutnya. Nur masih terkedu. Tanpa jawapan kepada pertanyaan Hafizah.  "Nur... oit, kenapa ni? Macam nampak hantu je," ujar Hafizah kerisauan melihat teman serumahnya diam seribu bahasa. Suasana sepi. Diam. "Kua demam ni, badan panas tau,muka pucat pula tu. Nur, kita pergi klinik ye. Kau tak payah pergi keje ye?" sambung Hafizah sambil menekap belakang tangan kanannya ke dahi Nur Jannah.

       "Hafizah, tadi Ariffin call aku," Nur akhirnya bersuara lemah. Air matanya merembes keluar tanda dia benar-benar kalah dalam perjuangan untuk melupakan tunangnya.  "Nur, kau jangan buat lawak.  Ariffin dah meninggal, Nur. Dia dah tak ada," sampuk Hafizah tersedu-sedan melihatkan kedhaifan kawannya yg kehilangan orang yang dicintai. Perkenalan mereka menganjak ke usia dua tahun ketika mereka sama-sama menghadiri temuduga di Syarikat Putra Holding. Perkenalan itu yang membuatkan mereka bersetuju untuk tinggal serumah bersama. Syarifah Hafizah bagaikan cukup kenal dengan sikap Nur Jannah yang peramah dan suka mengambil berat perihal dirinya. Dia juga turut sama bersedih dengan pemergian Ariffin tetapi sebagai hamba yang lemah, dia harus redha menerima segala ketetapan Qada' dan Qadar walaupun pahit untuk ditelan.

          Mereka saling berpelukan menenangkan Nur Jannah yang semakin parah dengan kalimat kehilangan dalam hidupnya. Syarifah Hafizah segera melihat skrin di telefon bimbit Nur tapi ternyata bukan nama Ariffin tunangnya tetapi Ariffin office boy di pejabat mereka. Segera didail semula nombor telefon Ariffin tersebut.

           "Assalamualaikum Ipin, ni Kak Fizah. ada apa call Kak Jannah?",sapa Hafizah sesudah membaringkan Nur Jannah di atas katil. "Waalaikumussalam Kak Fizah, saya nak memaklumkan kepada Kak Jannah yang confirmation letter tentang Projek Usahasama dengan Syarikat Maju Jaya dihantar melalui e-mail syarikat. Kak Jannah minta saya cari surat itu sebab tidak ada dalam tray MASUK dia. Anyway, Kak Jannah mana? Kenapa akak berdua tak sampai office lagi. Biasanya dah terconggok awal pagi lagi," ujar Ariffin sambil melirik senyuman.

        "Oh.. akak masuk office lambat sikit. Kak Jannah tak berapa sihat. Kalau Tuan Haji dah masuk, awak inform pada dia boleh? Lepas hantar Kak Jannah ke klinik, akak masuk office ye?",sambung Hafizah sambil tangan kanannya ligat memicit kepala Nur Jannah.

       "Kak Jannah MC? Ala..tak meriahlah office hari ini. Takde sapa saya nak sakat. Kirim salam pada Kak Jannah ye kak", ujar Ariffin sambil menamatkan perbualan. "Nur, Ipin kirim salam. Ariffin budak office yg call la. Kau penat ni Nur. Malam tadi aku tengok lampu bilik kau masih on lagi. Kau amik cuti ye hari ni? Aku temankan kau pergi klinik ye?," nada Hafizah dalam kebimbangan.

         "Maafkan aku hafizah sebab dah susahkan ko. Aku betul-betul terkejut bila nama Ariffin tertera kat handphone. I'm speechless," tambah Nur. Masih dalam sedu. "Jom gi klinik ye. Lepas tu kau makan ubat and tidur. Lunch hour nanti aku balik bawak makanan ok?", tambah Hafizah sambil membantu Nur Jannah yang terasa payah untuk berdiri.

        "Hafizah, aku OK. Tak payahlah kau nak balik rumah semata-mata nak hantar makanan kat aku. Dapur ada, nanti aku masak. Apa kata Tuan Haji nanti. Kau nanti masuk office lambat lagi", Nur Jannah menolak pertolongan Hafizah dengan lembut. Terlalu banyak Hafizah membantu. Rumah yang mereka diami itu milik keluarga Hafizah. Hafizah menolak untuk menerima duit sewa bulanan daripada Nur Jannah atas alasan dia juga turut tinggal di rumah tersebut. Lama juga Nur Jannnah memujuk Hafizah dan akhirnya dia bersetuju dengan syarat Nur Jannah hanya perlu melunaskan semua bil elektrik sahaja.

        "Jangan degil boleh tak Nur? Aku boleh nak tolong kau. Sekarang waktu susah kau, waktu susah aku, tak tau lagi bila. Dah-dah, kalau kau sayang aku, cepat siap. Karang sakit tu melarat lagi teruk nanti," Hafizal mula membebel. Nur Jannah tersenyum melihat Hafizah yang terlalu baik dengannya. Kadang kala Hafizah menelefon ibu dan ayah Nur Jannah untuk bertanya khabar mereka di kampung. Katanya dia senang dengan Pakcik Taslim dan Makcik Jamaliah. Lagipun mama Hafizah sudah lama meninggal dunia akibat barah usus beberapa tahun lalu. Kepada ibu Nurlah tempat Hafizah bermanja. Nur Jannah tidak kisah semua itu. Hafizah gembira, dia juga turut bersenang hati.

        "Terima kasih Hafizah. Kau banyak tolong aku. Tak taulah aku nak membalas jasa kau macamana", ujar Nur kelesuan. "Nur, kau tu aku dah anggap macam adik-beradik aku sendiri. tak payah lah nak membalas-balas", tambah Hafizah sambil tersenyum. Segera Syarifah Hafizah memaut tangan Nur Jannah menuju ke Satria Gti miliknya. Pagar rumah segera ditutup. Nur Jannah merendahkan kerusi hadapan kereta sambil berselawat moga-moga semuanya dalam keadaan baik.

        Tidak lama kemudian, sebelum sempat enjin kereta Hafizah dihidupkan, telefon bimbit Nokia Express Music memainkan lagu Taiyou no Namida nyanyian kumpulan Jepun ternama, NEWS.
"Assalamulaikum abang”,ujar Hafizah.
Nur Jannah termangu mendengar nama "abang".  Abang? Hafizah ada kakak je, getus Nur dalam hati.

"Sebentar ye bang" Segera telefon beralih tangan.

"Siapa Fizah?', tanya Nur ingin tahu.

"Adalah.." ujar Hafizah sambil mengenyitkan mata. Sempat dia bergurau.

"Hello, assalamualaikum", sapa Nur Jannah perlahan.
"Waalaikumussalam, Jannah", ujar lelaki itu.
Hmm..? Macam kenal suara nie, getus Nur dalam hati.
"Angah ke?," teka Nur Jannah seketika walaupun dalam hatinya kurang pasti.
"Lain kali beritahulah kalau tidak sihat. Jangan senyap-senyap saje. Syukur Fizah beritahu Angah,"ujar Angah dengan nada kebimbangan.
Walaupun Nur Jannah masih termangu-mangu, dia segera menyambung perbualan abang. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Sejak bila Hafizah rapat dengan Angah? getus hati kecilnya. Hafizah yang sedari tadi menumpukan pemanduannya direnung. Lama. Sekilas pandangan mereka bertaup, senyuman Hafizah berbunga sedang Nur Jannah mengambil keputusan mencuka. Kau kenakan aku ye fizah, siap kau!, getus hati Nur Jannah nakal. Hafizah membutangkan mata. Mungkin tidak menyangka senyuman yang diberi, cuka yang dibalas. Silap aku jugak. Nak usik tak bertempat, kesal Hafizah dalam hati.
"Ibu tu risaukan Jannah. Ada apa-apa call je Angah. Kita bukan duduk jauh sangat Jannah," bebelan Angah seperti selalu namun Nur Jannah berasa senang sekali.  
Sikap Angah yang suka mengambil berat membuatkan Nur senang untuk berkongsi segala hal. Teman-teman di sekolah dahulu selalu memuji betapa bertuahnya Nur Jannag memiliki abang seperti Angah. Malahan abang mereka cukup benci apabila mendapat tahu adiknya bersekolah di sekolah yang sama dengannya. Kononnya tidak boleh buat jahat sebab nanti berita kejahatan mereka di sekolah akan sampai ke telinga ayah mereka. Nur Jannah tersenyum bangga apabila teman-temannya meluahkan perasaan ingin memiliki abang seperti Angahku.
Syukur Ya Allah kerana aku dikurniakan abang-abang yang menyayangi aku walaupun .Suara hati Nur terhenti disitu. Ada sedu dihujung kata hati. Walaupun hubungan aku dengan Along agak renggang sejak kecil lagi, keluh Nur Jannah di dalam hati. Tangannya ligat memintal bucu tudungnya yang putih berrona pic lembut. Padanan yang tepat untuk baju kurung yang dipakai. Senyuman dibibir Nur semakin pudar. Kenangan di sekolah bersama abang-abangnya bermain di mindanya hinggakan  Nur Jannah terlupa Angah masih di talian, bercakap tentang apa sepatah pun tak masuk ke telinganya.
"Jannah dengar tak apa Angah cakap nie?," luah Angah. Mungkin Angah baru perasan dia seorang sahaja yang bercakap sedangkan orang disana menyepi tanpa kata.
"Jannah.. Jannah..??" suara Angah seakan berteriak terus bergema di corong telefon bimbit milik Hafizah. Namun jawapannya tetap sepi. Hanya kedengaran desah nafas Nur Jannah yang seakan hilang rentaknya.

****************************************

 Episod 4
Tik..tik......
Jam ELBA di dinding Bilik Badan Disiplin menunjukkan pukul 07:15 pagi. Bebola matanya melirik ke senarai nama yang bertugas menjaga pintu masuk sekolah. Hari Rabu. Giliran aku bertugas hari ini, getus Hidayat. Bola pen Faber Castell berdakwat biru segera dikepil bersama buku log berwarna merah tertera REKOD PELAJAR 2005. Bimbang kalau-kalau pen kesayangannya tercicir nanti.
Pintu bilik disiplin segera ditutup. Langkar mula diatur menyusuri tangga menuruni tingkat dua. Destinasinya? Pintu utama sekolah. Lima belas minit lagi. Nafas dihela. Ada getar disitu. Getar seorang lelaki. Getar pada tanggungjawab yang digalas. Tanggungjawab sebgai pengawas.
Pagi itu nyaman sekali. Permai. Betapa Hidayat mensyukuri penciptaan Allah s.w.t yang cukup indah dengan langit yang tampak cerah dengan awan yang seakan kepul-kepul asap yang keluar daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM) seperti yang pernah dilihat dalam buku Sejarah tingkatan 5 setahun yang lalu. Pepohon yang tumbuh disekeliling sekolah kemas dan tersusun hasil kerja tangan dan berkat penjagaan yang Hidayat kira cukup peka daripada Pakcik Amran, teman boraknya setiap kali Hidayat bertugas sementara menanti loceng pertama sekolah berdering. Merangkak ke usia tahun tiga dia menyandang jawatan itu. Jawatan Ketua Pengawas yang mengundang bencana. Namanya antara yang teratas dalam senarai yang dibenci pelajar-pelajar nakal di sekolah ini.
Kicauan burung bagai turut sama memuji keindahan pagi itu. Hidayat tersenyum lagi.
Subhanallah...
Para pelajar mula memenuhi perkarangan pintu masuk sekolah. Kebanyakan para pelajar di sekolah mendiami asrama yang disediakan. Namun pada tahun ini, berikutan terlalu ramai ambilan pelajar-pelajar tingkatan satu dan empat, arahan dikeluarkan daripada pihak Pusat Pendidikan Daerah yang meminta para pelajar yang tinggal berhampiran berulang-alik ke sekolah sementara menanti bangunan ASPURA dan ASPURI siap dibina.
Dari jauh Hidayat membalas lambaian rakan setugasnya, Qayyum yang mula menghampiri tempat letak kenderaan pelajar. Qayyum ditugaskan disitu untuk memastikan kenderaan dalam keadaan tersusun rapi. Senyuman mereka bertaup. Jam dikilas di tangan kanan. 7.28 minit pagi. Dua minit lagi..
Semakin galak pelajar-pelajar mengambil tempat di tempat letak motosikal untuk menempatkan motosikal mereka. Tidak kurang juga beberapa para pelajar yang berebut tiang untuk menambat basikal mereka walaupun berkali-kali pihak pengawas melarang perbuatan tersebut kerana susunan basikal menjadi hiruk-pikuk. Akibatnya dia yang akan dipanggil kerana gagal melaksanakan tugasan yang diberi.
Pernah berlaku ketika Hidayat ditugaskan di tempat letak kenderaan, beberapa basikal ditambat ke tiang. Hidayat terlepas pandang. Apa lagi, dia diseret ke bilik guru disiplin kerana kecuaiannya memastikan basikal dan motosikal dalam keadaan tersusun dan selamat. Siapa yang tidak gerun dengan Ustaz Rahim yang memang terkenal dengan penampar kalau silap gaya. “Bukankah saya sudah mengingatkan kamu tugasan sebagai pengawas di bahagian tempat parking?, suara Ustaz Rahim mula meninggi. Tampak bengis di sebalik ketayap putihnya yang tidak pernah lekang di kepalanya. Bila dikenangkan, memang menyeramkan.
Matanya tidak lepas tertancap pada setiap kocek kiri kemeja pelajar lelaki yang melewatinya. Tanda nama perlu ada. Bukti identiti pelajar-pelajar SMK.Agama Simpang Lima.
RRRRIIINNGGGGGG!!!!........
Loceng pertama berbunyi menandakan para pelajar wajib berada di dalam kawasan sekolah. Lewat memasuki perkarangan sekolah bermakna mereka  bakal menempa nama di buku log merah itu. Buku di tangan kanan Hidayat. Dari jauh Hidayat lihat masih ada beberapa pelajar yang baru tiba ke sekolah. Tangannya mula ligat menanggalkan penutup pen Faber Castell. Buku log mula diselak. Angka ke tiga mula dicatat.

Tarikh: 12 Mac 2005
Hari: Rabu
Pengawas Bertugas: Khairul Hidayat
                                          Abdul Qayyum
  
                             Nama                              Kelas                                         Kesalahan
1)     Mohd. Aliff Azmi                 2 Maa’wa                            Tiada tanda nama
2)     Abdul Moin Suparman    3 Naim                                 Datang lewat (7.35)
3)     .................

“Siapa nama kamu? Sudahlah datang lewat, tanda nama pun tak ada,” Hidayat bertanya seperti mereka-mereka yang lewat sebelum itu. Tegas. Suasana menjadi sepi. Tiada respond. Pelajar perempuan itu hanya memandang wajah Hidayat sekejap. Seketika dia membetulkan bakul basikal 7-Up nya yang mula menyenget. Bunyi besi karat bergesel kedengaran perlahan.
“Perlu ke saya ulang soalan saya?,” Hidayat mula menekan suara. Kredibilitinya sebagai pengawas sejak tingkatan empat mula tercabar. Tanpa memandang wajah Hidayat, basikal tuanya mula disorong menuju ke tempat letak kenderaan berdekatan pokok buluh meninggalkan Hidayat yang mencerlung kearahnya.
“Tolong beri kerjasama ye Makcik,” balas Hidayat sambil mengerdipkan matanya. Kesabarannya bagai melebur. Sabar Hidayat sabar, pujuk Hidayat pada dirinya. “Aku bukan Makcik kau, OK?,” tengking pelajar itu sambil menjeling mata seraya menyorong basikalnya ke tempat letak kenderaan.  Dengan pantas Hidayat menghalang basikal tua milik pelajar itu hingga kedudukan bakul basikal itu sudah tidak dapat dikawal lagi lalu..
DUSH! Bertaburan bakul dan seisinya ke perkarangan sekolah itu. Kelihatan bekal makanan milik pelajar perempuan itu sedikit terbuka dan mendedahkan isi makanan yang disembunyikan. Nasi putih, telur asin dan ikan bilis goreng. Riak wajah pelajar itu tetap bersahaja. Dia tunduk mengutip barang-barangnya dan memasukkannya kembali ke bakul basikal. Namun..
DUSH! Buat kali kedua. Bukaan mata Hidayat mulai membesar. Rasa bersalah mula beraja. Bekal makanan itu tidak mampu lagi menampung isi perutnya lalu memuntahkannya di atas jalan buatan konkrit berwarna hitam. Sorotan mata liar pelajar perempuan itu jatuh ke wajah Hidayat.
Qayyum yang sedari tadi melihat babak “kureng” itu mula mendekati Hidayat. Dia perlu bantu Hidayat. Manalah tahu, kalau-kalau pelajar perempuan itu mengapa-apakan Hidayat pula. Perempuan zaman sekarang dah pandai bersilat bertaekwondo. Silap-silap tali pinggang hitam juga kot, rengus Qayyum memberi pandangan. Qayyum yakin kawan sekelasnya itu tidak akan mengapa-apakan pelajar tersebut kerana seingatnya, Hidayat tidak pernah naik tangan walaupun dia memiliki tali pinggang hitam Tae Kwon Do yang diperolehi sewaktu Tae Kwon Do Open Tournament 2001 di Dewan Sri Bijaya, Sungai Pelong, Selangor. Ketika itu Persatuan Tae Kwon Do mengadakan acara lompat tali pinggang pada sesiapa yang dapat melepasi ujian yang ditetapkan. Hidayat berjaya melepasi ujian itu sekali gus menaikkan tali pinggangnya daripada tali pinggang biru kepada warna hitam.
Hidayat juga  pernah terlantar di hospital akibat dibelasah beramai-ramai oleh pelajar-pelajar tingkatan lima sewaktu dia hampir menduduki percubaan SPM tahun lalu akibat daripada kejayaan Hidayat membongkar sindeket seludup rokok di sekolah.
“Bodoh, ganti balik makanan aku!,” jerkah pelajar perempuan separuh gila. Nafasnya turun naik. Dadanya dilanda ombak. Bagai taufan Katrina. Betapa tidak beradabnya pelajar itu di hadapan Hidayat sedangkan dia lebih muda. Dua tahun lebih muda.
“Sarah Imani, kenapa awk bersikap kurang ajar dengan Abang Hidayat? Awak jangan ingat saya tak kenal awak. Bukan sekali dua awak datang lewat,” sampuk Qayyum sambil menepuk bahu Hidayat. Hanya kedengaran dehem daripada Hidayat. Tanda kurang selesa dengan suasana yang semakin tegang dirasakan.
“Nama kamu apa tadi..?,” ujar Hidayat sambil merenung ke anak mata Sarah Imani. Sarah membungkam. Benci dengan suasana sebegini. Dia tahu dan yakin kakinya akan menapak ke bilik “Ustaz Misai” yang digelar oleh rakan-rakannya untuk Ustaz Rahim yang terkenal dengan ketegasan dan garangnya.
“Sarah apa tadi, Yum?? Sarah Imani ke?,” berulang kali Hidayat menyebut nama pelajar dihadapannya. Senyuman nakal segera dileret dibibir. Sarah menjuihkan bibir sambil menjeling mata ke atas. Menyampah dengan senyuman Hidayat yang berlaku tiba-tiba. Macam ustaz Misai. Kejap garang, kejap sengeh pulak, rungut Sarah di dalam hati. Perlu ke ada  perkataan je? soal Sarah sendiri.
“Hmmm..,” jawab Sarah sambil mengangguk sekali tanpa memandang ke wajah dua pengawas yang dikagumi di sekolah itu. Matanya terus menatap longgokan nasi yang menjadi santapan jalan buatan konkrit itu. Sayu hatinya. Beras bukannya murah macam beli Wrigley’s Chewing Gum.
Beberapa saat, hilai tawa Hidayat melepasi kerongkongnya. Qayyum dan Sarah sama-sama berpandangan. Hairan benar mereka dengan kerenah Hidayat yang tak semena-mena ketawa. Takde yang lawak pun, getus Qayyum pelik. Kesian budak ni. Tak makan la rehat nanti jawabnya.
“Sorrylah, Qayyum. Aku ingat nama dia Siti Nurhaliza tadi. Payah sangat nak beritahu aku tadi. Sarah je. Takde lah glamour mana pun,” jawab Hidayat selepas beberapa saat tawanya reda. Hidayat pun tidak tahu bagaimana  dia boleh ketawa sekuat itu. Dia juga hairan. Kenapa ye?Merah padam wajah Sarah Imani yang putih gebu dek kacukan darah Indonesia-Cina yang diwarisi daripada abah dan emaknya. Segera disorong basikal tuanya ke tempat basikal. Langkah kakinya dipercepatkan. Hatinya panas dek usikan Hidayat tadi. Panas yang luar biasa. Bagai menggelegak rasanya.
“Sarah, tunggu!,” jeritan Hidayat sia-sia. Sarah sudah hilang menyusup masuk ke ruangan kantin yang menyambungkan Dewan Utama Dua dengan kelas tingkatan empat. Kesal bermukim di hatinya kerana menyebabkan bakul basikal gadis itu rosak dan bekal makanan untuk rehat juga tumpah, semuanya kerana dia.
Hidayat menghabiskan rekod pada buku log itu.

Tarikh: 12 Mac 2005
Hari: Rabu
Pengawas Bertugas: Khairul Hidayat
                      Abdul Qayyum
  
          Nama                           Kelas                                    Kesalahan
1)     Mohd. Aliff Azmi             2 Maa’wa                           Tiada tanda nama
2)     Abdul Moin Suparman        3 Naim                              Datang lewat (7.35)
3)      

Segera buku log diletak di atas rak. Hidayat dan Qayyum mula melangkah ke kelas. Perasaan bersalah mula menjalar di dalam hati Hidayat. Apa yang aku dah buat  ini?.... Qayyum hanya mampu menggeleng dengan apa yang berlaku hari ini.

Dari sudut bangunan berhampiran kantin sekolah......
Siaplah kau, Hidayat. Kau belum kenal siapa aku, bisik seseorang dalam Kelas 4 Naim sambil membetulkan kedudukan tudungnya yang mula dirasakan kurang selesa akibat jalan lajunya tadi di hadapan kantin. Nyaris-nyaris dia terjatuh ke longkang besar yang banyak memakan kaki pelajar-pelajar di sekolah. Genggaman penumbuk masih dikepal walaupun sesi mata pelajaran pertama pagi itu sudah bermula 30 minit yang lalu.
“Sarah!!!,” laung Teacher Sheeren memecah ruang kelas 4 Naim. Darah menyerbu ke muka Sarah. Panik mula meningkat ke paras tiga menandakan dirinya bakal dimalukan sekali lagi hari ini. Seperti yang berlaku di hadapan kantin sebentar tadi.
Gulp!~

****************************************
 Episod 5

“Nur..”
                Sapa suara itu. Suara garau. Mungkin pemiliknya lelaki. Entah dari mana datangnya, Nur kurang pasti. Yang pastinya dia dalam kebimbangan. Tiada sumber cahaya disekeliling. Gelap. Sepi. Nur Jannah sukar untuk bernafas. Dia takut pada kegelapan. Ya Allah, selamatkan aku.... pinta Nur perlahan. Getar suaranya cukup membuatkan dia benar-benar dalam ketakutan. Bagaikan dirinya tersepit dalam bongkah skrin moniter yang sudah dimatikan. Gelap. Tiada berwarna.



 “Nur...” Untuk kedua kali.



Suara itu terus menyapanya. Perlahan lagi gemersik. Nur Jannah memberanikan diri menjawab. Dia tekad. Dia harus keluar dari tempat asing itu. “Siapa itu?” Sepi. Suram tapi gelap. Hanya kabus yang memenuhi ruang asing itu tatkala suara Nur menerjah keluar dari salur kerongkongnya.

 “Nur...”. Kali ketiga.


                Suara itu semakin mendekati Nur Jannah. Kali ini Nur dapat merasakan desah nafasnya di cuping telinga kanannya. Nur buntu. Jari-jemarinya segera menutup salur pendengarannya. Dia tidak mahu tahu pemilik suara itu. Matanya dipejam kuat.

“Pergi!!! Jangan ganggu aku,” teriak Nur Jannah sambil mendepakan tangannya  seraya menepis kiri dan kanannya kalau-kalau ada orang yang cuba mengapa-apakannya.
Beberapa minit kemudian..
                “Cepat!! Berikan saya 1 milimeter ubat penenang tu,” ujar satu suara. Suara wanita pula!. Keadaan bagai terkocoh-kocoh. Nur Jannah terus meraung. “Pergi!!! Jangan ganggu aku,” teriak Nur lebih kuat. Hayunan tangannya sudah berkali-kali mengena kepala nurse-nurse yang cuba menenangkannya. Beberapa minit, Nur Jannah kembali tenang. Dengkuran kecil mula kedengaran.

Syarifah Hafizah mengetap bibir sambil tangannya tidak henti-henti mengusap ubun-ubun Nur Jannah yang kembali lelap di atas katil yang berhampiran dengan tingkap Hospital Perubatan Khadijah. Panorama bandaraya Kuala Lumpur jelas dilihat dari situ, terutamanya mercu kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas. Wad 12 kelas kedua itu menempatkan empat orang pesakit. Hafizah tidak tahu apa sakit mereka. Dia tidak mahu tahu semua itu. Yang penting Nur Jannah selamat dan sihat. Rindu benar pada tawa Nur Jannah yang lepas. Bibirnya diketap sambil matanya dihala ke arah Nur Jannah yang tenang dalam dengkuran kecil.
Nur didapati pengsan ketika menjawab panggilan abangnya, Faiz Fairuz. Hafizah fikir Nur Jannah cuba bergurau dengannya. Sangkaannya meleset. Nur Jannah didapati tidak sedarkan diri setelah berkali-kali dipanggil oleh Hafizah. Tanpa berfikir panjang, Hafizah memecut Satria Gtinya pada kelajuan 120 km/j. Nur Jannah harus segera dibawa ke hospital. Tanpa Syarifah Hafizah sedari, kelajuannya menarik minat Abang Polis Trafik untuk mengekorinya. Silap Hafizah kerana dia terlalu cemas hingga terlupa menekan punat kecemasan pada keretanya.
Setibanya di Hospital Perubatan Khadijah, Hafizah segera mendapatkan nurse yang bertugas di ruangan hadapan dan Nur segera dibawa ke Unit Kecemasan. Dalam masa yang sama, Hafizah juga dibawa ke “unit kecemasan” bahagian tempat duduk berhadapan kaunter pendaftaran hospital berkenaan untuk sesi taaruf suai kenal dengan Polis Trafik yang mengekorinya beberapa  minit yang lalu.
Apabila urusan pendaftaran Nur Jannah usai selepas setengah jam bergelumang dengan pelbagai soalan dari pihak trafik Polis DiRaja Malaysia, Hafizah segera mendail punat telefon bimbitnya. Panggilan masih belum berjawab. Kali kedua dicuba masih tiada jaawapan. Ketiga juga begitu. Hafizah resah. Pada siapa harus diberitahu. Yes, Tuan Haji.... getus Hafizah dalam hati. 

“Assalamualaikum, Tuan Haji,” sapa Hafizah perlahan. Dia perlu bertenang. 


“Waalaikumussalam,” suara Tuan Haji Bakri kedengaran di hujung talian. Hafizah berasa lega kerana akhirnya dapat juga dia memaklumkan kepada majikannya. “Tuan Haji, saya Syarifah Hafizah,” Hafizah memperkenalkan diri kalau-kalau majikannya tidak mengenali pemanggil di talian itu.


“Ye Hafizah. Awak kat mana sekarang ni? Jannah ada bersama awak ke? Saya tak nampak kelibat dia dari pagi tadi,” ujar Tuan Haji dalam nada kebimbangan.


“Saya nak maklumkan pada Tuan Haji, saya tak dapat masuk ke office hari ini. Saya juga nak beritahu Tuan yang Jannah berada di hospital sekarang. Dia tak berapa sihat, Tuan,” bingkas Hafizah memberitahu perkara sebenar agar Tuan Haji tahu ketidakhadirannya ke pejabat hari ini. Tuan Haji Bakri perlu tahu. Dia seorang yang sangat particular  tentang kehadiran pekerja bawahannya. Dia cukup pantang kalau ada mana-mana pekerja yang mencuri tulang.


“MashaAllah, Jannah masuk hospital? Bagaimana keadaan dia??,”ujar Tuan Haji Bakri separuh teriak. Lelaki dalam lingkungan umur 50-an itu benar-benar terpempan dengan berita itu. Jannah...bisik Haji Bakri sendirian.



Nur Jannah bagaikan anaknya sendiri. Masakan dia boleh tenang mendengar perkara ini. Bibirnya yang semakin tidak kelihatan dengan kehadiran janggut yang tidak dirapi bergerak-gerak seperti ingin menyatakan sesuatu.

“Dia ditempatkan di wad sekarang. Tuan, saya tak boleh lama. Apa-apa nanti saya maklumkan pada tuan,” balas Hafizah sambil matanya meliar memandang pintu bilik yang tertera perkataan Wad 12A-2.



Panggilan segera dimatikan. Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan SMS.

 2 messages received
Haji Bakri
Abang Faiz

 Haji Bakri
12 March 2007 9:30 am


Hafizah, Jannah di hospital mana?


 Bingkas Hafizah membalas mesej Tuan Haji Bakri. Terselit rasa bangga di hati Syarifah Hafizah kerana memiliki majikan yang mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya.


 Abang Faiz
12 March 2007 9:19 am

Hafizah, abang meeting td. Jannah mcmana?

Segera punat call ditekan. Abang perlu tahu, getus Hafizah dalam hati.


**************************

 “Cik, sila duduk,” ujar Doktor Hairani mempersilakan Hafizah duduk di kerusi merah di hadapannya.“Bagaimana keadaan Nur, doktor?,” luah Hafizah sambil matanya tertancap pada tanda nama berwarna hitam yang terselit pada poket baju doktor dihadapannya. Doktor Hairani.
“Nur Jannah mengalami tekanan darah tinggi, bukan pada paras normal. 175/110. Keputusan ujian MRI dan CT Scan akan diketahui minggu hadapan. Jadi saya boleh bagi kesimpulan apabila keputusan semua sudah siap. Dia perlu banyakkan berehat. Emosinya terganggu. Emm, boleh saya tahu apa yang berlaku kepada dia dan siapa Ariffin? Berkali-kali dia memanggil nama itu,” ujar Doktor Hairani kepada Hafizah sambil membetulkan kedudukan cermin mata di hidungnya yang mancung. Sebagai seorang doktor, dia punya hak untuk tahu keadaan pesakitnya dari awal.
“Sebenarnya Nur Jannah baru kehilangan tunangnya enam bulan yang lalu akibat kemalangan jalanraya. Selepas insiden itu, Nur Jannah seperti hilang selera makan dan banyak menyendiri, doktor. Dia juga kerap mengadu sakit kepala dan pitam”, jelas Hafizah sambil memandang tepat kearah mata doktor yang berwarna hazel. Sempat Hafizah memuji dalam hati. Cantik!
                “Oh, begitu rupanya. Buat masa sekarang, kami tidak boleh menjelaskan jenis penyakit lagi. Masih terlalu awal. Pesakit akan kami tahan untuk rawatan susulan. Saya harap cik dapat bersabar. Saya akan cuba yang terbaik untuk merawat dia. Sama-sama kita berdoa agar Nur Jannah selamat ye,” ujar Doktor Hairani lembut sambil mengusap tangan Hafizah yang sedari tadi berada berhampiran dengan mejanya.

Berikanlah kekuatan kepada Nur Jannah, ya Allah, bisik Hafizah tatkala keluar dari bilik doktor itu. Hafizah tidak tahu mana laluan keluar dari bilik doktor itu kerana penglihatannya dikaburi dek air mata.


****************************************
P/s: Lamanya tak update citer ni kat sini.. Dekat setengah tahun.. huhuh. Enjoy^^ Any comment, pls drop here.. ^_^