Thursday, August 23, 2012

Mari persiapkan diri


Assalamualaikum 
Bismillah..
Sedang menyemak akaun email, Facebook dan Blog, aku terjumpa link Sebelum aku terima nikahnya. Membuatkan aku berpinar sekejap. Mana tidaknya, checklist tidak sepenuhnya complete!
Terlalu memikirkan soal fizikal dan luaran, hinggakan aku terlupa terlalu byk persiapan yg masih diambil mudah. Malunya aku kepada Allah kerana terlalu sibuk dengan persediaan luaran sedangkan rohani masih rapuh. 
Membilang hari yang bakal tiba. Syukur diberi peringatan oleh si Dia agar diri ini terus menjadi lebih baik dari semasa ke semasa ^_^
———————————
1. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
2. Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
3.  Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
4.  Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
5.  Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?
6. Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
7.  Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
8. Adakah saya melazimi puasa isnin dan khamis?
_________________________________________________

Harap dapat diperbaiki mulai sekarang! Anda yang sedang membaca juga perlu. Lakukan kerana Allah, bkn kerana perkahwinan semata-mata dan ISTIQAMAHLAH!
Waallahua'lam...


Thursday, August 9, 2012

Lailatul Qadr.. Pertemukanlah kami


Seusai tiba di ofis, perkara pertama: Punch Card

Mula set-up laptop dan ligat mencari mana-mana assessment students yang belum marked lagi. Jumpa! Proposal dan Post Budget Junior Apprentice perlu disemak dan dipulang semula. Kesilapan perlu diambil iktibar dan diperbetulkan semula.

Sambil menyemak inbox e-mail yang dah bersawang dengan pelbagai iklan kerjaya kerajaan (Mudah-mudahan satu hari nanti dapat!), aku terjumpa notification Facebook Ustaz kegemaranku, Ustaz Syed Abdul KadirAljoofre.

Beliau  update status di Facebook:

"Saya ditanya di dalam program soal jawab kelmarin,
 "Ustaz, kalau saya dah tarawih setiap malam, tapi tak nampak pun tanda Lailatulqadr, adakah bermakna saya dapat atau tidak Lailatul Qadr itu?"
Jawapan saya, "Mungkin dapat, mungkin tidak." hehe. Baik takyah jawab kalau gitu kan..
Begini, tanda ibarat papan tanda jalan. Mungkin anda boleh sampai ke destinasi tanpa papan tanda. Tentu dengan niat, ilmu dan jalan yg betul. Ada juga yg sesat apabila tiada papan tanda, walaupun sudah melalui jalan yg betul pada asalnya. Jadi nak dapat Lailatul Qadr, biarlah dengan niat, ilmu dan jalan yg betul. InsyaAllah kita memperolehinya.
Jangan tunggu pokok sujud baru kita nak sujud!"




Ye, Ustaz berkisah tentang Lailatul Qadr. Takde siapa tahu bila Lailatul Qadr. Malam yang cemerlang menandingi 1000 bulan. Mohonlah apa sahaja, Insha-Allah akan dimakbulkan.

Teringat aku pada sebuah drama di TV9. Ye aku tau nama pun drama. Drama lakonan pelakon kegemaranku, Adi Putra. (Semua kegemaran aku, mana yang aku tak suka eh? ^_^). 


Bagaimana kecewanya seorang ayah yang memiliki anak yang cacat. Di malam Ramadhan, beliau berdoa agar sakit anaknya ditukarkan pada dirinya. Kerana tidak tahan melihat kesengsaraan anaknya yang masih kecil, doa seorang ayah yang penuh ikhlas dan fokus pada permohonannya dimakbulkan. Tak silap, malam ini drama itu dimainkan semula di TV9. Dibawah ini aku sertakan promo drama.


Lailatul Qadr di Skrin TV9


Oh Lailatul Qadar... Pertemukanlah kami sekali lagi tahun ini Ya Allah


Ameen...






Tuesday, August 7, 2012

Kuatkah aku?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah diam tak diam, kita semakin meninggalkan bulan Ramadhan. semakin mendekati syawal, sedikit rasa gembira atau rasa tak sabar (excited) utk menyambut kamu wahai Syawal. 

Aku faham syawal disediakan Allah sebagai lambang kejayaan kita memerangi pelbagai nafsu selama sebulan. Sungguhpun begitu, aku merasakan ujian sebulan itu bagai belum cukup untuk aku membersihkan diri yang terlalu kotor dengan segala macam pengaruh jahat outer and inner. Beberapa ustaz berpendapat ibadah itu bukan berakhir pada 30 Ramadhan, tetapi permulaan untuk meniti bulan-bulan berikut tanpa dia, Ramadhan Kareem.

Syukur tidak akan putus diucapkan setiap bangun pagi dan sebelum melelapkan mata tika malam diatas segala yang diberi-pinjam oleh Allah s.w.t. Nikmat ketenangan hati, keamanan negara serta kebahagiaan keluarga antara ribuan nikmat Allah tanpa sedikit rasa susah mahupun keluh kesah.

Aku yakin seyakin-yakinnya bahawa Allah memberikan yang terbaik untuk kita. Contoh paling mudah, keputusan semester lepas Masterku. Sangat mengagumkan berbanding degree level dahulu. Sedangkan semua sedia maklum Master level lebih mencabar berbanding zaman degree, ditambah lagi tempoh pengajian 3 jam straight 6ptg hingga 9 malam. Terlangkau dek waktu maghrib. Bayangkan Allah tidak memberikan waktu maghrib? Itupun satu nikmat juga, terima kasih yang tak terhingga ya Allah.

Subject Macroeconomics yang ku sangkakan boleh dapat sekurang-kurangnya A- namun B+ yang diperolehi. Itu yang terbaik yang Allah anugerahkan kepadaku agar aku terus berusaha lagi dan lagi pada semester akan datang. 

Dr. Sayyid Tahir kata:

"B+ adalah yang terbaik kerana selepas ini Allah nak beri yang lebih baik lagi. Bergantung pada usaha dan kesungguhan kamu. Kalau ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, segalanya akan dipermudahkan. Waallahua'lam".

Sepetang bersama Dr. Abdul Bari dan isteri, Dr. Amilah Awang, ex-client bank islam di Business Center UIA minggu lepas membuatkan aku tersenyum hingga ke hari ini.

"Anti dah bernikah?" ujar Dr. Bari dengan senyuman.

Membutang sekejap biji mata. Mungkin tak menyangka disoal berhadapan sebegitu lebih-lebih lagi dihadapan Ex-Fellow Hostel, Dr. Amilah.

"Complicated la Doktor. Mohon doa daripada Doktor ye." Dan selanjutnya satu per satu cerita yang pernah aku alami berkaitan dengan cinta ku luahkan pada mereka. Dua doktor terhebat di UIAM.

"Begini, Nisa. Soal jodoh memang complicated. Lumrah seorang gadis Nisa bila awak tak pasti dan belum meletakkan sepenuh kepercayaan pada seorang lelaki yang tak tahu sejauh mana tanggungjawab dia terhadap kamu. Nasihat saya, awak resetkan pilihan hati awk. Mulakan usaha dan langkah yang baru. Soal berbalik pada yang dulu-dulu, serah pada Allah. bila awak dah reset hidup awk lagi-lagi bersempena Ramadhan nie, takde lagi awk diburu seribu satu perasaan kesal, marah atau seumpama. Yakin pada Yang Satu. Dia lebih tau apa yg terbaik untuk awak. Untuk awak telah disediakan, namun sejauhmana awak berusaha kearah itu." 

Dan panjang lagi perbualan kami hingga memanjat ke waktu asar. Syukur dan berterima kasih kepada dipertemukan dengan kedua-dua doktor yang ku kira sudah menjadi sebahagian dalam dunia ukhwahku. 

Sempat Dr. Bari berseloroh kalau-kalau mahu menjadi calon menantunya. Aku hanya mampu ketawa dan membalas, Insha-Allah ^_^.




Apa yang boleh aku simpulkan, sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan jangan pernah berhenti berharap dan berdoa. Wallahua'lam...



Monday, July 30, 2012

YANG TERBAIK

Salam Ramadhan Kareem ^_^

Ramadhan untuk yang ke 26 kali

Friday, June 15, 2012

Kebahagiaan

Allahu rabbi... 

Jumaat yang menenangkan. Tahniah buat Kamu yang baru dikhabarkan berita gembira malam kelmarin. Sukar untuk aku melelapkan mata. Jantung bagai tak henti berdebar. Berombak menanti 2nd week of Syawal. Aku harap aku dapat datang dengan membawa seribu satu tahniah pada dia yang aku sayangi, sahabat terbaikku.

Untuk aku, tiada apa yang aku mahu katakan. Kegembiraan kamu, kebahagiaan aku! 

Kebahagiaan aku, inshaallah akan tiba juga nanti. Mudah-mudahan

Saturday, March 3, 2012

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir. 3 Mac 2012. 26 tahun.
Semoga perjalanan hidup sentiasa diredhai Allah. All the best!

Monday, February 27, 2012

Jaga mata

Menjaga pandangan daripada memandang yang haram bukan sekadar kerana mahu menjauhi dosa, tapi juga dengan dua mata ini jugalah kita akan memandang wajah Allah Yang Maha Mulia, kelak.



Apakah layak, sekiranya matamu banyak bermaksiat?

Credit to Inche Iqbal Syarie

Sunday, February 26, 2012

Pesanan Buat Adam

Pesanan ini khas buat kalian yang bergelar ADAM

Mungkin kalian rasa apa yang kalian buat hanya sekadar kawan..
"Takkan nak berkawan pun salah kan?"
Tapi ..

Kalian sedar tak, ada hati yang tersentuh?
Dengan setiap kata-kata
yang penuh dengan rasa ambil berat 
atau pun pemberian yang menyentuh hati..
terima kasih banyak-banyak

Namun,
Jauh di sudut hati kami, kaum Hawa
Kami tersentuh.
Hati kami terusik
Iman kami bagai bergoyah
Namun alhamdulillah
selagi namanya Muslim
Kami cuba bertahan

Wahai Adam,
Janganlah permainkan hati kami
Kalau tidak, katakan tidak
Tak perlu terus bermain tali
Bimbang tali kan kusut nanti


Aku tertarik untuk letakkan gambar di atas sebagai entry malam ni. Posted by Srikandi Bilal. Mudah-mudahan mana yang baik dijadikan iktibar. 

Buat kaum Adam, berhati-hati dengan setiap buah butir yang diberi pada kaum Hawa. 

Buat kaum Hawa, jgn mudah melatah!

Waallahua'lam..

Friday, February 24, 2012

NikmatNYA

Salam perjumpaan.

Lama takde entry disini. Kesibukan nampaknya menyekat kebebasanku yang selama ini berdamping dengan blog 24/7. Masa yang hanya 24 jam ini perlu dibahagikan sebaiknya. Komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran menuntut sepenuh tenaga. Siang bersama pelajar, manakala malam bersama pensyarah.

Syukur Alhamdulillah. NikmatNya luar biasa. Lebih luar biasa. Tak pernah ku rasa sepanjang pembelajaran ijazah 2 tahun yang lalu. Lebih menarik, lebih mengerti dan mudah untuk dijelaskan. Walaupun agak lewat berbanding sahabat baikku, namun tunjuk ajar beliau serta perbincangan dengan rakan-rakan sepertinya dipermudahkan. Alhamdulillah...

Moga apa yang telah ku harungi selama 2 tahun sebelum ini bisa diperbaiki dengan langkah baru yang baru aku orak sebulan yang lalu di bumi para ilmuan, dimana lahirnya Prof. Dr. Abdul Bari, Datuk Anwar Ibrahim, Dr. Zaharuddin, Dr. Asyraf Wajdi, Dr. Amilah Awang, Dr. Abdul Bahri, Dr. Zabeda, Prof Dr. Akhtarzaitie, dan bakal doktor, Dr. Zaitie Akma.

Mudah-mudahan ilmu mereka, usaha mereka dan ketekunan mereka menyerap masuk ke liang roma terus ke ruhiyyah aku yang bernama Khairun Nisaq Taslim, aminn inshaallah :D

Wallahua'lam...  v (^_^) v

Sunday, January 1, 2012

Tak perlu wish Happy New Year

 Assalam semua,

Saya ingin berkongsi entry daripada seorang akhi  Iqbal Syarie
Tak perlu wish happy new year pun dekat saya. Tak tambah, dan tak kurang. Tapi kalau ada orag wish dekat saya, "Bertaqwalah kepada Allah", maka baru saya akan tersentak.

Macam yang seorang saudara itu pernah ucapkan masa saya dan kawan-kawan mengusiknya di majlis pernikahannya. Biasalah. Dia kan pengantin, jadi kami 'cucuk-cucuk' dia.

"Akhi, bagilah nasihat untuk kitaorang yang masih bujang ni", kami sama-sama ketawa kecil.

Dia pada mulanya nampak keberatan juga tapi mungkin selepas dia kembali sedar yang wajib hukumnya memberi nasihat kepada yang meminta, akhirnya dia membuka mulut.

Kami kira dia akan kata, 'cepat-cepatlah nikah' atau 'carilah wanita solehah' tapi sebenarnya yang dia pesan, "Bertaqwalah kepada Allah"

Dan hingga kini, pesanan itu terngiang-ngiang di teliga saya.

"Bertaqwalah kepada Allah!"

Takde apa saya nak katakan untuk kalian. 

Bertaqwalah kepada Allah.

Ukhwah fillah :)

Sahabatku, Fatimah Az-Zahra Abdul Shukor,

2012 menandakan usia perkenalan dan persahabatan kita di usia 6 tahun. Aku bersyukur kepada Allah dikurniakan teman dan sahabat sejati. Walaupun kita terpisah dek ruang, jarak dan waktu, kita sentiasa dekat dihati dan di dalam doa.

Doaku agar kau sentiasa berbahagia dan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Maafkan segala kesilapan dan kesalahanku yang lalu. Teruslah menjadi sahabatku duniaku dan akhiratku dan mudah-mudahan pertemuan kita yang seterusnya di akhirat nanti, inshAllah.

Akhir kalam, kau sentiasa di hatiku dulu, kini dan selamanya. Ukhwah fillah abadan abada illal jannah ♥ Assalamualaikum ^_^