Thursday, May 12, 2011

Tepuk dada tanya siapa?

Assalamualaikum..

Lama sangat tak buat entry. Apa khabar kamu yang sudi melirik cursor ke laman blog tak seberapa nie ^__^
Perkembangan terbaru? BLR dah announced 6.6%.. Adoiii.. maknanya ada peningkatan dalam RM100-RM200 bayaran bulanan pembiayaan. Hmmm...

Kos sara hidup semakin meningkat. Buktinya bank negara kita sudah berani menaikkan kadar OPR (Overnight Policy Rate). Bukti juga menunjukkan ekonomi semakin kukuh. Matawang kita kukuh dalam nilai USD. Hmm.. (keluhan ke-2). Soalannya sekarang, dimanakah tahap kewangan kita? Mampukah kita berhadapan dengan perang sara hidup sehingga kadar BLR 10.75%.??

Angah inshaAllah akan mendirikan "masjid" tidak lama lagi. Aku tengok banyak perbelanjaan yang perlu diambil kira. Lagi-lagi "orang Melaka" tu mahukan pelamin yang serbaneka (wah, dah macam fun fair plak!) Bila tengok itu ini perlu diperlengkapkan, terfikir bagaimana dengan perbelanjaan yang lain? semuanya main sebut je. Yela, bila pergi kedai, tanya akak, 

"Bakul hantaran nie berapa?" tanya aku sambil membelek raga.
"RM28 satu," jawab akak kain merah menyala tanpa memandang raga yang aku pegang.

Main sebut jela....

Cari baju tema kami adik-beradik pula, tanya akak yang sibuk bercerita kat belakang kedai sambil menghirup air sirap selasih bungkuih,

"Semeter berapa kak? Cadangnya nak order 2 gulung," tanya aku sambil menjeling kearah adik yang nak kaler kain lain.hihihhihi...
"Tu ada tanda harga," jawab kakak tu (semua orang aku anggap kakak, aku je adik selamanya :) ) sambil menyambung perbualan ala-ala gosip dengan kawan sekerjanya.

Main sebut. Main tunjuk jee...

Apa yang aku boleh katakan kat sini, mampukah aku hari ini dan akan datang? Masih kekalkah aku dengan nama Khairunnisa' atau perlukah nama itu bertukar kepada yang lebih glamour untuk memastikan keperluan aku sentiasa dipenuhi? 

Tepuk dada, tanya iman. Wallahua'lam..














No comments:

Post a Comment