Salahkah aku menangis?

Akhirnya aku menangis... Lama aku menangis. Hati rasa berat sangat. Bila empangan air mata dah pecah, legalah sikit walaupun tak sepenuhnya rasa itu mengalir keluar.

Persoalannya: Salahkah aku menangis?



http://isanovanet.blogspot.com/2011/02/dahsyatnya-air-mata-wanita.html

Terlalu banyak yang dipendam dalam hati ini. Aku dihujani pelbagai soalan yang aku sendiri tak tau apa jawapannya. Kerana aku seorang perempuan. Aku tiada daya apa lagi.

Sebagai seorang ibu, aku memahami keinginan dan hajat beliau namun apa daya aku? Aku hanyalah seorang perempuan. Aku bukan along, angah dan adik. Mereka lelaki. 

Oleh yang demikian, janganlah ibu bertanya lagi. Jawapannya kakak tiada. Kerana kakak seorang perempuan. Apa daya seorang perempuan ibu? Aku tau ibu juga seorang perempuan. Zaman ibu dan kakak sangat berbeza ibu. Akak tak tahu nak terangkan macamana lagi..

Aku tak tahu nak terangkan bagaimana lagi. 11 Jun nanti, 25 September nanti.. tarikh yang bakal menghumban aku ke dalam dunia bisu tanpa suara. Aku yang cipta. Sebab kebisuan itu datangnya dariku. Aku hanya mampu melemparkan senyuman je.. Tanda aku tak mahu bicara soal itu. Bukan aku tak mahu. Tapi apa dayaku. Kerana aku seorang perempuan...

Maafkan aku. Aku dah berusaha dan akan terus berusaha. Cuma hasilnya belum kelihatan lagi. Aku mohon doa bukan kritikan. Aku mahu pendorong bukan pengongkong. 



Salahkah aku menangis?????

Comments

  1. Jangan bersedih awak,kerana mungkin itu yang terbaik untuk awak.pilihan mak slalu btul

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Ini salah faham. pilihan ibu supaya mendirikan masjid Encik Ahmad. Soalannya calon. saya menangis kerana dihujani pertanyaan "bilakah?"

    Ibu kata saya memilih.. ntahla. Cuma mencari yg tbaik dlm usaha juga saya mencuba pbaiki diri

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts