Tuesday, May 17, 2011

Marathon KL-Sg.Besar

Assalam..

15 minit yang lalu, aku baru selamat sampai ke rumah sewa. Alhamdulillah.. Aku sekarang nak keluar rumah dah macam Tweety Bird takutkan Mr. Cat. Dah macam-macam kes sekarang nie. Simbah asidla, rompakla.. Yang terbaru gambar penjenayah kat KL Sentral tadi. Sekilas di pintu masuk, perempuan rupanya. Matanya ditutp demi menjaga nama baik perempuan tu. MashAllah.. Penjahat tak kira lelaki ke perempuan ye

Gila tak gila, aci tak aci, dalam masa kurang 24 jam, aku buat marathon ala Makcik Senah mengejar lembu yang terlepas tambat. Ahah..Marathon Kl- Sg.Besar, Sg.Besar-KL. Semuanya demi tension! Bukan tension kerja.. tapi bebanan di kepala. Migrain dah masuk skala petala ke-8. Elok-elok je masuk pekan Sekinchan petang semalam, sakit kepala kurang. Hebatnya penangan kampung halaman ^_^ *sigh*

Jangan kata ibu, ayah,Angah dan Adik terperanjat, aku pun sampai sekarang macam tak percaya. Sesaknya duduk KL membuatkan aku terus menyambar Touch n Go ke Pudu dan beli tiket bus balik kampung. Dalam bus, tak sudah-sudah aku menangis. Aku tak tahu apa yang aku sedihkan.Fasa nak jadi ke alam matang kah? aku pun tak pasti. Yang pasti, aku rasa release sangat. Alhamdulillah~~


Angah dapat banyak hadiah Hari Guru. Banyak peminat dikalangan murid2 rupanya. Malam tadi 1 family buka hadiah ala-ala pengantin baru gitu. Aku dapat satu Ngah bagi. hehehe.. Ngah kata untuk Ustaz kepada Ex-Cikgu..hihihii.. Seronok dapat bersama dgn keluarga. Takpelaa.. walaupun sekejap je kat rumah, senyum kat bibir nie tak lekang dari tadi. Dah macam keras kat situ je ^__^

My home is homey. My home is my wall-wonder ^____^

No comments:

Post a Comment