Some boys are stupid. Some men too

Hi!
Assalam..


Boys are stupid. Some men too. Throw rocks at them.

Pots and pans too..


Aku setuju sangat-sangat dengan statement Todd Harris Goldman dan David & Goliath, Inc. Lelaki memang bodoh. Tak semua macam tu. Ayah, Along, Angah dan Adik syukurlah tak macam tu. Macam apa?

Macam tak sakitkan hati perempuan. Macam tak bagi harapan palsu. Macam tak someone yang caring tapi hakikatnya sympathy.Tak macam sampahlah. Beruntung Ibu, Kak Long dan Kak Ngah dapat dorang. But you all kat luar sana, kenapa macam S**L!!!??

Honestly, perempuan semua sukakan perhatian. Tipulah kalau aku pun tak macam tu. Aku suka perhatian. Walaupun kadang-kadang kongkongan Ayah, Along, Angah dan Adik agak tegas tapi jauh di sudut hati ini, aku rasa disayangi. Tapi aku bukan nak perhatian murahan. Perhatian yang nonsense dan melalaikan. Bukan belaian dan sentuhan yang aku maksudkan, yang sepatutnya dibuat selepas kahwin. 

Aku jadi benci. Benci pada lelaki. Bukan semua lelaki. Kepada lelaki yang suka memberi perhatian palsu, kata-kata manis palsu, kasih sayang palsu dan segala bagai palsu memalsu nie yang hakikatnya not end by marriage. Pada mereka yang suka "palsu-so called" nie, mereka menganggap perempuan adalah bahan hiburan. Terhibur sangat ke???

Jangan bagi harapan kalau rasa diri tak mampu. Tak mampu untuk segala-galanya. Jangan sampai perempuan menuntut janji. Beri jika mampu. Lakukan yang terbaik sekiranya benar-benar suka. Kau hangkut kesan kemari, kau tayang pada kawan kawan kau tapi hakikatnya tidak kearah perkahwinan.

Yang si perempuan pun satu, kalau dia benar-benar ikhlas suka pada kau, suruh dia datang rumah jumpa ibuayah. Yang kau pergi ikut keluar berduaan tanpa muhrim kenapakah?? Hargailah harga diri kita yang satu. Bukan sahaja menjaga kehormatan diri daripada penzinaan. Harga sebuah perempuan itu besar nilainya. Daripada direnung, ditatap, disentuh, dipeluk. Elakkanlah semahu-mahunya. Simpanlah semua itu untuk si suami yang halal. Bukankah itu lebih barakah?

Some girls are stupid. Some women too. Throw rocks at them. Pots and pans too
 Kalau korang nampak lelaki/ perempuan yang tak tahu menjaga kehormatan diri dan nama, lakukanlah seperti yang tertera diatas.

Buat mereka yang masih mengekalkan excellent rating, TAHNIAH saya ucapkan. Kekalkan prestasi anda semua. InshaAllah baiknya kita, baik juga pasangan kita. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau nak pasangan yang baik lagi beriman, kita yang tentukan sendiri. Kerana semuanya di tangan kita.




All the best girls. Boys too ^__^

Comments

Popular Posts