Saturday, May 14, 2011

Emo

Assalam..

Hujan kat luar bagai takkan berhenti. Tekak nie teringin nak makan megi dan kopi O panas. Makanya dah licin pun mangkuk Melloe Rose yang tadinya penuh dengan Meggi Extra Pedas dan telur ayam separuh masak.

Bila sorang-sorang kat rumah, teringat pada family di kampung. Apalah dibuatnya ye? Biasanya petang-petang, ibu akan buat cucur pisang bersama teh panas. Kalau ada jagung, ibu buat bubur jagung campur sagu bersama teh O panas.. Rindunya suasana rumah ^_^

Itu namanya emo ke? Tak kesahla nak kata emo ke overdose ke, tapi suasana rumah adalah suasana yang terbaik sekali dalam hidup aku. Mungkin ada diantara kita merasakan bercuti, shopping atau berkelah di tepi pantai tu scene yang memang terbaekk.. tapi bagi aku, stay kat rumah walaupun 1 jam adalah nikmat terbesar. Dan kalau boleh dibeli macam rate guna CC RM2.50 sejam, aku sanggup bayar dan lari tinggalkan ofis. hihihih *sigh*

Emo.. kena ada dalam diri kita. Bukan bermaksud hangin tak tentu pasal tetapi emo lebih kepada berperasaan. Jangan jadi hati kering. Ekspresi diri kita. Nikmatilah keseronokan bersama yang tersayang kalau tak intoxicated macam aku sekarang. Alahai overboard teringat kat rumah. This is what we called homesick.. wooooo~~~~ apa nak buat, anak perantau. Takla jauh mana pun tapi luar Selangorla jugak beberapa hasta ni. huhu~~

Untuk tidak terlalu terbawa-bawa dengan overdose rindu kat rumah, aku menapak ke Jusco mencari kasut. Try Crocodile, paid. Try Swiss Polo, paid. Try Scholl, letak balik kat rak. Mahal sangatlerr.. Try Allen Delon, baru perasan "eh dah ada dua kasut rupanya" hihihi perempuan..... emo ^_^

No comments:

Post a Comment