Biiznillah (Bahagian 2)
15 June 2011
Biiznillah
Assalam..
Sayu aku tengok wayar berselirat di badan ayah tadi. Alhamdulillah ayah dah sedar dari koma. Doktor mengesahkan sebelah buah pinggang ayah rosak dan perlu rawatan dialisis. Sementara tu, perut ayah mengalami pendarahan. Kesan daripada merokok.
Aku tengok tenang Ibu, Angah dan Adik tabah menerima berita ini. Ayah masih tak tahu. Tak tahulah kalau sudah diberitahu pagi tadi waktu aku takde kat sana. Yang hairannya, aku tak menangis pun bila tahu. Sepanjang perjalanan ke HTAR Klang, air mata menggila nampaknya. Bila sampai ke wad 4A katil 20, nampak je ibu, esak aku terus hilang. Aku kena kuat!
Ibu terus memeluk aku dengan erat. Katanya tak sanggup tengok keadaan ayah. Aku usap belakang ibu. Aku kata pada ibu semua nie biiznillah.. Dengan izin Allah. Kita takde kuasa pun, ibu. Tak lama lepas tu, ibu tenang walaupun dada ibu bergelombang turun naik menahan tangis. Ayah sekadar memandang sepi kearah aku.
"Kak, bila sampai?" ayah bertanya dalam suara tenggelam timbul.
"Baru sampai yah. Akak amik separuh hari je keje," lembut jawapan aku sambil mengusap rambut ayah. Tanda kasih sayang aku pada ayah yang tak berbelah bagi.
Selang beberapa minit, Mak Andak, Kak Anis dan Abg Shidee sampai. Bertanya khabar dan mohon undur diri. Sempat berbincang soal rombongan ke Melaka tapi nampaknya macam Keluarga Mak Andak tak ikut. Sebab due Kak Anis dan Kak Intan 3 hari sebelum majlis di Melaka.
Tak sabar nak tunggu hujung minggu ini. Untuk berkumpul di hospital dan melihat perkembangan ayah. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka. Sms adik tadi memberitahu ayah baru selesai dialisis untuk hari ke-2. Adik kata ayah tenang je, alhamdulillah ^__^
Sampai sahaja di rumah, aku mula onn lappy. Menyemak email-email di office dan menyiapkan kerja-kerja yang sempat aku sambar sebelum ke hospital tengahari tadi. MashaAllah, ujian datang lagi. Semuanya...biiznillah...
Aku dikejutkan dengan satu email dan REDHA wajib ada dalam diri aku sekarang. Email itu adalah seperti berikut:-
Allahu akhbar!
Allahu akhbar!
Allahu akhbar!
Semuanya biiznillah... Bukan rezeki aku nampaknya. Alhamdulillah sedaya upaya aku cuba bekerja atas nama Allah tapi nampaknya penghujungnya jelas sekali pada 17 July nanti. Apapun, semoga rezeki aku ada yang lebih baik daripada ini. Semoga aku kuat. Semoga aku tabah!
Tabah kerana kehidupan kita baru bermula disini ^__^
Kulli shaiin, illa biiznillah.. Setiap sesuatu itu tidak lain tidak bukan hanya dengan izin Allah.
Wallahulam..

Assalamualaikum
With reference to our offer for temporary employment, we wish to inform that you will be completing your contract with the Bank on 17 July 2011. Your last day of employment will therefore be on 16 July 2011.
For the meantime, please ensure to fully utilize your leave entitlement prior to the completion of your contract and kindly surrender all the Bank’s belongings to your Branch Manager prior to you leaving service.
On behalf of the Bank, we take this opportunity to place on record our sincere thanks for the services rendered and wishing you the best in your future undertakings.
Thank you
Allahu akhbar!
Allahu akhbar!
Allahu akhbar!
Semuanya biiznillah... Bukan rezeki aku nampaknya. Alhamdulillah sedaya upaya aku cuba bekerja atas nama Allah tapi nampaknya penghujungnya jelas sekali pada 17 July nanti. Apapun, semoga rezeki aku ada yang lebih baik daripada ini. Semoga aku kuat. Semoga aku tabah!
Tabah kerana kehidupan kita baru bermula disini ^__^
Kulli shaiin, illa biiznillah.. Setiap sesuatu itu tidak lain tidak bukan hanya dengan izin Allah.
Wallahulam..
-------------------------------------------------------------------------------------------
Memetik kepada post sebelum ni, dengan izin Allah, aku telah bersama International Islamic College hampir dua tahun. Subhanallah.......
Sesungguhnya perancangan Allah indah sangat. Dengan syarat sabar.
Tanpa sabar, kita marah
Tanpa sabar, kita pilih untuk mengurung diri
Tanpa sabar, kita pilih utk...
Bunuh diri.
Wanauzubillah..
Hahaha... teringat zaman kanak-kanak dulu, tiap kali kena buli dengan Along atau kena marah dengan ibu, aku pasti mohon Allah cabut nyawa. Jahilnya mashaAllah :)
Kerana mereka, Along, ibu, ayah, dan keluarga, aku bagai didorong untuk kehadapan. Dan ibu kata kalau boleh ibu nak kakak duduk baris hadapan sekali tak kira dalam acara/majlis apa pun.
Seronok kalau mengenangkan kejahilan dulu. Kelakar!
#Selalu kena buli dgn Along dan pernah berdendam untuk membalas pada anak-anak dia nanti tapi tak dapat. Sayang Nur Nabihah & Nurainul Mardhiah adala..
Sementara nk tunggu masa abg long ko ada ank, ko buli aku kaaannn..hahaha. takpe, aku steady jer(walaupun banyak kali aku nanges sbb ko buat..Hahaha.klakar!)
ReplyDeleteBuli ko takde kena mngena dgn along aku. Ko lain.. syokla buli ko :-)
Delete