Aku diduga lagi...

Assalamualaikum.. buat kamu yang belum tidur. Aku disini masih segar. Maklumlah pekena mandi di waktu malam sebelum menunaikan ibadah isyak yang ku kira cukup lewat untuk ku laksanakan.


Buat kamu yang sedang membaca, kiranya belum solat, jengahkanlah diri dengan wudu' dan sejadah. Siapa kata solat itu memenatkan? Solat itu bukan saja satu kewajipan bahkan satu exercise menghilangkan tekanan kerja dan bebanan hidup. Rasa lebih lega. Kalah kerusi urut tau :)Lagi-lagi bila air wudu' menyentuh kulit wajah, rasa hilang segala masalah kat pejabat.

Pejabat... ada macam-macam hal. Gosip sana sini. Fitnah kiri kanan. Dugaan buat mereka yang ikhlas bekerja kerana Allah. Aku hanya mampu pekakkan telinga. Aku tak pernah terima bulat-bulat. Pada aku hanya Allah sahaja yang tau perkara sebenar. Biarpun apa yang manusia tu katakan, aku tetap merasakan siapa kita untuk mengadili kalau bukti tiada? Omong kosong sahaja.. Tahukah mereka perbuatan fitnah itu lebih berat daripada membunuh?

Allah juga telah menyeru kepada kita di dalam Kitabullah:

“Wal fitnatu asyaddu minal qotli….”

“Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. (Al-Baqarah:191)

Apapun sokongan keluarga dan sahabat terdekat membuatkan aku terus tabah untuk terus bekerja di dalam suasana yang Islam tetapi penuh "talam dua muka". Abaikan mereka semua. Teruskan bekerja. Mana yang termampu, selamatkanlah mereka. Mungkin mereka buta, berilah tongkat dan pimpinlah mereka agar kembali ke jalan yang benar.

InshaAllah mana yang ku termampu akan ku laksanakan. Membiarkan bermakna bala menanti. Semoga mereka berubah! Waallahua'lam..

Comments

  1. sabarlah duhai sahabatku,,,Mehnah itu ada kemanisannya pada yang soleh dan solehah...Allah sentiasa bersamamu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts