Jumpa Mr.Bobby la...

Assalam..

I met Mr.Bobby! MashaAllah.. selepas 8 tahun.. MashaAllah tak sangka facebook temukan aku kepada orang aku segani selama ini. Diam tak diam, dia sedang menamatkan PHD di UIAM. Dekat je kami tapi jauh sebab selama ni tak tau.

Mr. Bobby... tak banyak cakap. Senyum sentiasa meniti di bibir ^_^

Ingat lagi kata-kata dia 8 tahun lepas, nak masuk UIA kena strong English. Dialah orang luar pertama yang tau English aku kantoi time trial. MashaAllah malu tak terkata ^_^ tapi dia tetap tersenyum. Tak taulah senyum perli atau ikhlas.

Kalau sekarang deodorant Axe yang membunuh perempuan-perempuan kat TV. 8 tahun lepas minyak wangi jenama apa tah Mr. Bobby guna sampai seminggu bilik Along semerbak. Haru satu rumah :)

Betapa kekoknya dia datang ke kampung (maklumlah orang bandar) sebab tak pernah merasa suasana kampung. Along bawa pergi menjala. Tak silap aku dapat banyak ikan sepat. Ibu masak sedap-sedap. Berkali-kali aku tengok dia kesat peluh kat dahi tak tahan pedas tapi nasi bertambah dekat 3 kali.

Waktu dia nak balik UIA, ingat lagi Mr. Bobby bagi aku bear "I love Australia" yang dia beli dari Australia. Itulah souvenir pertama aku dari luar negara. Selama ni aku dapat ciplak kat Petaling Street je. Setiap kitorang ahli keluarga dapat sorang. Masing-masing letak kat kunci buat kenangan. Kenangan daripada Mr. Bobby yang terbang dari Australia terus ke Sg. Besar. Siapa yang terharu?  Along lah! Dia cukup liat nak bagi kawan datang.

Mr. Bobby kata dia kena jugak datang tak bagitau Along kalau tak sampai kesudah tak jejak kaki ke Sg. Besar. Along insaf sekejap time tu.. hihihih ^_^ Bila ahad, dia nak balik KL, ibu buat lagu syahdu. Sedih Mr. Bobby nak balik. Apa lagi ibu bekalkan segala bagai kerepek macam bekalan makanan untuk 8 tahun. Peh, menggeleng Mr. Bobby sambil tersenyum macam selalu ^_^


Sampai kat UIA, Mr. Bobby apa lagi, menyebarkan ke"best"an datang ke rumah kami. Along kata "dia" menjeling! Jealous kott :P

Apapun Mr. Bobby, all the best for your presentation esok. Semoga Allah permudahkan lisanmu ^_^







P/s: Teringat cerita family Goa vs Malaysia hingga hampir melibatkan pertumpahan darah di mahkamah...hanya kerana Goa convert to Islam and stay in Malaysia. Fuhh.. takkan lupa walaupun dah 8 tahun

Comments

Popular Posts