Site Visit yang menakutkan

Assalamualaikum..

Apa khabar kamu? Iye kamu yang sedang membaca tuu..

Hari ini ada site visit. House financing menghampiri proses disbursement, so kena lah pergi tengok stage of completion projek rumah client. Lokasi di Ukay Perdana. Hmm... first time jejakkan kaki kesana. High standard. Kebanyakan rumah super mega besarnya. namun orang-orangnya pun "super mega" juga. Aku bertanya tetang lokasi projek perumahan di Sri Hijauan tapi respons orang tempatan hambar sedikit. Lebih kepada fokus hal masing-masing.

Menurut kata abang pisang goreng (peniaga tepi jalan), projek Apartment Sri Hijauan terletak diatas bukit. Macam tu macam nie tapi rupanya salah. Tu projek perumahan lain. Panel developer pun bukan under Bank Islam. Aku dah mula cuak. Jam dah menunjukkan 5.25 p.m. Bayang projek perumahan yang dicari masih tak nampak lagi. Report nak kena submit. Gambar nak kena snap utk supporting details report.

Oleh kerana yakin dengan kata-kata abang goreng pisang tadi, dengan pak jaga cakap tak berapa faham kerana loghat indon, aku gagahkan juga ke tingkat 4. Sungguh menakutkan. Dah lewat petang. Aku pandang Shifaa. Dia pun cemas macam aku. Sampai sahaja ke tingkat 4, aku tengok parking lot je. Aku dah cuak! aku refer balik email daripada RO. Betul, rumah tingkat 4. tapi....

Aku nekad nak turun bawah balik jumpa Pak Jaga. Aku tekan button G. Sampai je level G, gelap je. Masih kat parking lot. Aku tekan button M, pun sama. Aku pandang Shifaa. Muka kami dah pucat. Adakah kami diganggu?? Tekan button level 1, pun sama! Aku berselawat keatas nabi.. Ya Allah selamatkan kami... Button 2, kami jumpa Pak Jaga tadi. Dia pun cuak tengok kami. At last, barulah tau bangunan tu bukan yang kami cari.

Aku tak pernah bayang kalau kami terus dalam lif tadi. Alhamdulillah berkat pertolongan akak yang tinggal berdekatan dengan Sri Kayangan, dia menunjukkan kami lokasi projek perumahan Sri Hijauan. Alhamdulillah gambar diambil walaupun kami tak dapat masuk ke dalam rumah. Office developer dah tutup. Sempat singgah gerai durian. Ambil bau jela. Baru minggu lepas makan durian dari JJ walaupun tak berapa enak.

Inilah site visit yang menakutkan sebab tempat tak familiar. Sebelum ni OK je. Pengalaman kan..


P/s: Nak appply house financing juga la nanti ^_^ 

Comments

Popular Posts