Novel-a-maniac: Am I?

Assalam...


Lama tak buat entry kat sini :) Sihatkah awk disana? semoga semuanya baik-baik aje hendaknya. No story at all. Setakat buat entry citer tak puas hati dengan orang itu, orang ini, itu tak suka macam kita ni dah cukup baik, lebih baik kita STOP bercakap tentang orang!


Mulakan dengan cerita yang baik-baik..  Semoga pengakhiran hidup kita pun baik-baik inshAllah. hati kita nie penuh dengan sawang-sawang nafsu. Sentiasa rasa tak cukup. Bila kita ambil semua yang disekeliling kita sebagai cabaran, then take it as challenge. Biarkan mereka-mereka yang di sekeliling kita. Kita fokus ke depan. Mana yang baik jadikan panduan, mana yang lain macam cakapnya tu, tapis-tapis sket sebelum absorp ke memori. Kot-kot ada yang salah and jadikan sebagai sempadan ^_^


Sekarang aku dah jadi "novel-a-maniac"...? Itu gelaran yang aku dapat oleh student UIA yang sama2 naik lrt, rapidKL. Foreigner. Dia kata dia selalu perasan aku baca novel tiap kali naik bus or lrt. Hmmm... tak tau nak buat apa sebenarnya. nak melongo tengok orang takde pasal plak. kalau baca at least aku tak terasa bosan.


Novel yang baru tamat bacaan "Denyut Kasih Medik"adalah tulisan Dr. Farhan Hadi, suami kepada penulis Fatimah Syarha, penulis buku Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul. Penulis menceritakan tentang kehidupan seorang doktor "houseman" di hospital bertugas sambil menyelitkan info berkaitan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. semuanya lengkap! Credit to Dr.Farhan. Good story-teller ^_^


Yang buatkan aku terkejut dengan info dari novel yang dah tersenarai sebagai koleksi terbaik, ialah berkaitan solat jamak buat doktor yang tak sempat solat. Sebenarnya bukan khursus kepada doktor sahaja tetapi apa jua kerjaya. Contohnya watak Dr.Muslih diminta untuk membedah pesakit bermula pada pkul12 tengahari dan berkemungkinan berakhir pada pukul6ptg. bagaimana dengan solat zuhur dan asr? Oleh itu dibolehkan untuk solat jamak. Tapi awas, bukan qasar ye! menghimpunkan solat pada satu waktu berjumpa 8 rakaat.


Time dapat gaji bulan lepas, terus menjenguk MPH di  Jejeko. Sebenarnya Jaya Jusco. Aish Imran yang pelat suka menyebut Jejeko.


 "Yom nyite gi Jejeko, Ma?" ^_^


Mencari sebuah novel bertajuk aA+bB written by Hlovate. Terbaeekk jgk! berbaloi beli. Murah dan best. Sindrom membaca karya Hlovate telah menarik minat seorang foreigner perempuan di dalam lrt. Tasneem, KAED student menyewa kat luar. Kahwin maybe.


Dia perasan aku baca karya Hlovate selepas buku Tunas :P Pehh..tak sangka ada orang perasan. Apa pun, cuma menggunakan masa yang ada untuk menghiburkan hati dan fikiran. kalau balik umah pun TV pun tak jenguk. Masuk bilik. Mandi. Solat. Tido. Then that gurl panggil aku Novel-a-maniac! Adeeehhh.... mania tu dasyat kott. Takla mania pun cuma suka baca novel dan blog rather than tgk movie. 


Cakap pasal movie plak, sure ramai terkejut bila aku kata aku masuk TVG cinema the first and the last. Citer Bed Time stories. Diapit Angah dan Kak Ngah (eh,eh Ika dah dapat mandat Kak Ngah laa:)) Ngah punyala bengang. Citer budak-budak yang aku pilih. So bayangkan ramai bdak2 kecik berbanding dewasa. Ada pun parents la. Memang pecah panggung dengan lawak Adam Sandler yang sempoi dan bersahaja. 


Lepas tu, aku berazam takkan jejakkan kaki lagi ke cinema. Ada pun reserve untuk si Dia yang halal-tersayang :) Tu pun kalau apa option, pilih tgk kat flat screen led TV Toshiba je kot. lagi best boleh santai2 sket.


List novel karya Hlovate ada dalam list untuk bulan-bulan akan datang. Means, 1 bulan 1 novel. Hehehe..


1) Versus
2) Pelangi
3) Rooftop rant
4) Gurindam Jiwa
5) 5 tahun 5 bulan


Love Hlovate Hate: Unique! ^__^



Comments

Popular Posts