Hidup perlu fokus!

Assalamualaikum kepada kamu yang sentiasa menjenguk blog tak seberapa ini ^_^


Entry kali ini, hidup mesti fokus! F.O.K.U.S!

Fokus daripada "the so-called single"  kepada "the so-called couple" by the end of this year.

Informasi daripada majalah SOLUSI diringkaskan oleh seorang kawan (kerana tak sempat nak baca) :

Fokus untuk kearah perkahwinan bermula dari dalam hati. Niat dan set masa untuk berkahwin itu penting walaupun anda tiada calon. Bercakap soal bersedia atau tidak, kita akan senantiasa memberi alasan tidak bersedia samada dari segi kewangan mahupun komitmen. Dengan adanya fokus, kita akan meletakkan sasaran dan cuba capai sasaran tersebut dengan pelbagai usaha. Bukan hanya berdoa di tikar solat. Walaupun anda perempuan, anda tetap perlu berusaha dan bukan hanya duduk menanti lamaran datang bertandang

I've learnt something new! Sesuatu yang tak pernah terlintas. Target masa untuk berkahwin.

Usaha aku? Solat awal waktu dan berjemaah, Perkukuhkan kewangan, kekalkan prestasi kerja dan KPI, mantapkan skill memasak ^ ^, tak boleh tidur lepas subuh, basuh baju selalu, kemas bilik dan rumah selalu,penampilan muslimah perlu di"solehah"kan lagi :)




Baiklah, oleh yang demikian, aku target sebelum genap 25 tahun akan datang (ada masa lagi 8 bulan lagi), aku mahukan juga. Tergolong dalam golongan mereka yang menghampiri perkahwinan, inshaAllah ^__^


Mudah-mudahan Allah permudahkan. Tiada calon tetapi sasaran dilaksanakan. Semoga saat itu tiba dengan penuh keberkatan. Amiinnn....




P/s: Sepanjang 24 tahun 3 bulan makan minum di gerai saje. Teringin memasak dan menyiapkan keperluan keluarga pada waktu pagi selepas subuh ^__^ Baru betul dah masuk 25 tahun nanti




 ..::: 28 November 2011~Barakallahu lakuma:::...





Comments

Popular Posts