Lailatul Qadr.. Pertemukanlah kami
Seusai tiba di ofis, perkara pertama: Punch Card
Mula set-up laptop dan ligat mencari mana-mana assessment
students yang belum marked lagi. Jumpa! Proposal dan Post Budget Junior
Apprentice perlu disemak dan dipulang semula. Kesilapan perlu diambil iktibar
dan diperbetulkan semula.
Sambil menyemak inbox e-mail yang dah bersawang dengan
pelbagai iklan kerjaya kerajaan (Mudah-mudahan satu hari nanti dapat!), aku
terjumpa notification Facebook Ustaz kegemaranku, Ustaz Syed Abdul KadirAljoofre.
Beliau update status di Facebook:
"Saya ditanya di dalam program soal jawab kelmarin,
"Ustaz, kalau saya dah tarawih setiap malam, tapi tak nampak pun tanda Lailatulqadr, adakah bermakna saya dapat atau tidak Lailatul Qadr itu?"
Jawapan saya, "Mungkin dapat, mungkin tidak." hehe. Baik takyah jawab kalau gitu kan..
Begini, tanda ibarat papan tanda jalan. Mungkin anda boleh sampai ke destinasi tanpa papan tanda. Tentu dengan niat, ilmu dan jalan yg betul. Ada juga yg sesat apabila tiada papan tanda, walaupun sudah melalui jalan yg betul pada asalnya. Jadi nak dapat Lailatul Qadr, biarlah dengan niat, ilmu dan jalan yg betul. InsyaAllah kita memperolehinya.
Jangan tunggu pokok sujud baru kita nak sujud!"
Teringat aku pada sebuah drama di TV9. Ye aku tau nama pun drama. Drama lakonan pelakon kegemaranku, Adi Putra. (Semua kegemaran aku, mana yang aku tak suka eh? ^_^).
Bagaimana kecewanya seorang ayah yang memiliki anak yang cacat. Di malam Ramadhan, beliau berdoa agar sakit anaknya ditukarkan pada dirinya. Kerana tidak tahan melihat kesengsaraan anaknya yang masih kecil, doa seorang ayah yang penuh ikhlas dan fokus pada permohonannya dimakbulkan. Tak silap, malam ini drama itu dimainkan semula di TV9. Dibawah ini aku sertakan promo drama.
Lailatul Qadr di Skrin TV9
Oh Lailatul Qadar... Pertemukanlah kami sekali lagi tahun ini Ya Allah
Ameen...
Comments
Post a Comment