Mari persiapkan diri
Assalamualaikum
Bismillah..
Sedang menyemak akaun email, Facebook dan Blog, aku terjumpa link Sebelum aku terima nikahnya. Membuatkan aku berpinar sekejap. Mana tidaknya, checklist tidak sepenuhnya complete!
Terlalu memikirkan soal fizikal dan luaran, hinggakan aku terlupa terlalu byk persiapan yg masih diambil mudah. Malunya aku kepada Allah kerana terlalu sibuk dengan persediaan luaran sedangkan rohani masih rapuh.
Membilang hari yang bakal tiba. Syukur diberi peringatan oleh si Dia agar diri ini terus menjadi lebih baik dari semasa ke semasa ^_^
———————————
1. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
2. Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
3. Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
4. Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
5. Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?
6. Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
7. Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
8. Adakah saya melazimi puasa isnin dan khamis?
_________________________________________________
Harap dapat diperbaiki mulai sekarang! Anda yang sedang membaca juga perlu. Lakukan kerana Allah, bkn kerana perkahwinan semata-mata dan ISTIQAMAHLAH!
Waallahua'lam...
Comments
Post a Comment