Saturday, November 26, 2011

Seronoknya Penang!

Unbelieveable!

Itulah perkataan yang berputar di minda aku saat tiba di Kampung Rawa petang tadi. Hingga ke saat ini, aku bagai tak percaya aku berada di Georgetown sekarang. Dalam keadaan tak tahu jalan, plus jenguk-jenguk google map gitu-gitu je, aku redah laluan Taiping-Pantai Remis terusss ke Georgetown.

Percaya atau tidak, tanpa GPS, hanya berbekalkan Googlemap, keberanian dan doa,
 aku disini ^_^

Mungkin anda-anda semua anggap perkara sebegini mudah sangat tapi ianya suatu cabaran yang mendebarkan. Inilah destinasi pertama yang paling jauh yang pernah aku redah dengan kereta yang baru berusia 2 bulan, dengan kadar servis pertama. Cukup baru bagi aku, dengan pengalaman pertama dalam hidup dan ianya yang terindah sekali. 

Hingga ke pintu rumah Along, aku tidak menghubungi beliau dan sedaya upaya mencari jalan. Hati aku terasa lapang bila menyusuri jambatan mercu kebanggaan pulau mutiara ini. Namun gemuruh bersambung bila mencari kelibat Tesco Penang sebelum menyusuri Jalan Sungai Pinang untuk ke Kampung Rawa.

Apa yang boleh aku katakan, aku sangat berpuas hati... tapi yang tak puas hatinya, bila nak balik ke KL, ayah tak bagi drive sorang. Ibu dan ayah mungkin stay lama disini tapi cutiku sampai rabu je. Conclusion, balik KL dengan Transnasional...
 ohoooo tidakkkk....... :(

Malas nak fikir cerita hari rabu, mood di pulau mutiara ini jangan dirosakkan.
Upcoming event, kenduri kahwin di Balik Pulau dan jalan-jalan cari seafood esok.
Craving for durian pun ada... ^_^


No comments:

Post a Comment