Semester 1 yang berlalu
Assalamualaikum kepada semua yang sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nie ^_^
Semester 1 yang berlalu...... hampir seminggu. Parking di sekitar IIC lengang tanpa kereta-kereta mewah students. Kenapa aku kata mewah? Memang mewah. Untuk ke kelas, mereka memandu CRV, Honda Civic dan BMW, sedang aku waktu mula-mula berkhidmat disini, hanya menaiki taxi dan RapidKL je. Hehehe.. Pernah sekali student aku bernama Fakeh menawarkan diri untuk menghantar aku pulang kerana terserempak ketika aku menunggu taxi ^_^
Sunyi jee IIC. Hanya kedengaran bunyi hentakan keyboard di pejabat pentadbiran dan deringan telefon di kaunter reception. Semester 1 yang berlalu meninggalkan seribu satu kenangan. Kenangan pertama yang aku kira perlu diperbaiki untuk semester akan datang. Strategi yang lebih mantap perlu diperkukuhkan untuk berhadapan dengan pelbagai ragam students.
Teringat aku kepada satu insiden yang mana seorang student yang mempertikaikan "kemudaan" aku mengajar dia dalam subjek Statistics. Katanya aku ni seperti sebayanya dan dia benar-benar tidak dapat menerima. Katanya seperti satu penghinaan. Penghinaan kerana rakan sebaya mengajarnya.
Soalannya sekarang, "siapa kawan kamu????"
Makanya dia terdiam dan akhirnya sedikit demi sedikit dia cuba "menelan" aku sebagai pensyarah "muda" nya walaupun tumpuan di kelas jarang-jarang diberikan dengan sepenuh perhatian ^_^. Selepas tamat exam Statistics hari khamis lepas, dia datang dan memohon maaf tapi matanya banyak tertumpu pada kasut Nikenya lusuh. Takpe, Miss tak kisah ^_^ tak marah pun. Tak kecil hati pun.
Semester 1 yang berlalu. Semester 2 yang bakal tiba 4 Disember nanti.
Tak sabar rasanya ^__^ V
bagusnya nisa'..sabar itu bagus kan sbb mengajar manusia lbh menghormati kita..mg berjaya dgn khdpn anda..ameen..
ReplyDelete