Satu hari di hari Jumaat

Assalam,
Selamat malam ahad. Jumaat yang lepas bersamaan 3 Jun 2011 telah berlaku salah faham di pejabat. Semua bagai menunding jari padaku. Puncanya? 1 panggilan telefon. Ceritanya bermula begini...

Seawal 8.30 pagi, aku sudah memulakan tugas walaupun bank beroperasi pukul 9.30 pagi. Tepat jam 8.40 pagi, telefon pejabat berdering. Oleh kerana aku seorang je di pejabat, dengan rasa tanggungjawab, aku menjawab dengan sopan;

Aku: Hello assalamualaikum. Bank ************* Cawangan **************** boleh saya bantu?

Mak Pah: Waalaikumussalam. Saya Mak Pah. Boleh saya bercakap dengan Man?

Aku: Maaf puan. Man tak masuk ofis lagi. Boleh call semula 9.30 ye.

Mak Pah: Takpelah kalau Man takde. Boleh tak anak sampaikan pesan makcik pada semua staff. Makcik ada buat makan-makan pukul 12 tghari nanti. Jemputlah semua datang ke kedai Mak Pah ye

Aku: Yeke makcik? Terima kasih banyak-banyak. Inshaallah saya sampaikan pada semua.

Perbualan kami pun berakhir dengan ucapan salam. Aku apa lagi terus shoot email ke semua staff memaklumkan jemputan makcik yang menggelarkan dirinya Mak Pah. Sebelum ini, aku pernah dengar Shah cerita Mak Pah tu rapat dengan dia. Aku tak kenal Mak Pah. Jarang keluar lunch.

Makanya email pun dihantar dengan jayanya:

Assalam semua,


Sebentar tadi saya menerima panggilan daripada Mak Pah menjemput semua staff untuk makan free di gerainya pukul 12 tengahari. Terutama sekali Man :) Bersama-samalah kita memenuhi jemputan beliau.


Terima kasih.

Jam yang dinanti telah pun tiba. Aku masih di pejabat. Tak rasa nak ke gerai Mak Pah memandangkan kerja bertimbun. Ditambah lagi, aku tak suka simpan-simpan kerja. Teman-teman yang lain sudah mula meninggalkan meja masing-masing. Sempat aku mendengar ada yang nak makan puas-puasla, nak makan ayam 3 ketul la sebab ayam Mak Pah ayam berempah. Ntahla, aku tak pernah kesana. Aku hanya tersenyum. Kalau makan free memang semua berpusu-pusu. Free la katakan :)

Pukul 1 tengahari, sahabat baikku, Fatimah Az-Zahra call. Subhanallah dia datang area tempat aku bekerja. Apa lagi, aku tangguhkan kerja dan terus berjumpa dengannya di cafe HS. Di lobi, aku lihat teman-temanku ketawa riang. Budget aku mungkin seronok sebab makan free. Aku pun bergegas ke cafe HS bimbang Fatimah menunggu lama. Sempat mereka bercakap dengan aku dan meminta aku ke gerai Mak Pah. Aku beritahu ke HS Cafe sebab kawan datang. Dorang ketawa lagi. Lagi gamat daripada tadi. Aku bergegas ke cafe HS.

Jam 3.32 p.m, aku didatang email daripada seorang hamba Allah. Berkenaan makan free di gerai Mak pah. Berderau darah aku bila membaca email tu. Mereka bercerita tentang aku. Ini email yang tidak sengaja terlayang ke inbox aku:



Daripada: Cik A
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......

Nak story kat u all…
Today I and my frend dapat berita ada makan free…
So we all together gather gi makan kat kedai tue…. Tanpa berfikir panjang….:P
So I and my frend memang makan tak hinggat! La….. siap nak tapau lagi……
Ayam penyek, sambal udang, ikan pari, pegedil, ikan goreng….air sirap, teh o, teh ais… peeehhhhhh…….
Kenyang beb…..

At last kami dapat berita tue bukan makan free, makan di tempat free jerrrr…. Huahuahuahua
Yang lucu nye I and my frend rasa macam tak bersalah jer mase makan tue…. J

Sapelah yang bawak berita mase pagi tue….. org yang angkat fon tue….
Ape pun nikmat I makan hari nie memang rase lain dari lain coz I and my fred same2 terkono!

Hahahahahhahahaha………


Jumaat yang indah……


Saling balas membalas antara mereka, diikuti mesej ini:

Daripada: Puan Z
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE....... 
 
Any comments???

Daripada: Cik A
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE....... 
Hahahahhaha
Ape pun tak boleh!
Daripada: Man
Kepada: Staff cawangan (baru ada nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE....... 

Yang saya pulak ….yeyeeee je Tanya mak pah…



saya               :mak pah oiii hari ni belanje sempena ape yee..

Mak pah       :mane ada apa2 biasa jeee man....ambl la apa2 fresh oren ke barli ke..

Saya               :sy dh dgr ambl apa2 je,,confim free latuuuuuu..(mak pah diam jeeee sbb sy ckp dlm hati)

Mak pah       :xpe makan dulu nanti mak pah kira,,,

Saya               :dengar je camtu,,memang sah kena bayarrr,,hahhaaaa…padan muka kite..



Daripada: Cik A
Kepada: Staff cawangan (kecuali nama aku)
Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......

Hahahahhaha

Ape pun tak boleh!
 
Daripada: Encik F

Kepada: Staff cawangan


Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......


PERHHHHHHHH…..  YG  SAYA  NI  DAH  TUNJUK  LA  NASI  LAUK PAUK TU  KAT  MAK  PAH  DGN SI  IZIEY   ….PAS TU  SINDIR  KAK  AKAK  YG PEMBANTU DIA TU  CKP BELANJA  MAKAN





TP YG POLIK TP BONAR NI HAAA… TGK  MAK  PAH  MCM TULIS SEMACAM JER  KAT  BUKU…DLM HATI  AIKKKK   MAK  PAH  NI  NAK  BUAT  KENDURI  TP   TETAP NAK BUAT  BAJET  KER….





MASA MAKAN  DGN  IZIEY  TD…HEMM   HEMM….SEMPAT  DOK  SOSEK  SOSEK  DGN  IZIEY  PASAL  KES  NI…MCM  X  CAYE  LA  MAKAN PREE….





SO  SUME  ARI  NI  KENA TERTIPU  EKKKK….   KUANGG  KUANGG    KUANGGGG





Wakena      bebbbbbbb……




Daripada: Puan Z

Kepada: Staff cawangan


Subject: HEBATNYA MAKAN FREEEEE.......


Tertipu2 lah nak wat camner bender dah jadi kita maaf kan semua tu… huaaaaaaaaaaaaaaa

Apa perasan korang bila perkara seperti ini berlaku? Syukur pada Allah sekurang-kurangnya aku tahu perkara sebenar. Rupa-rupanya ketawa sakan di lobi tu merujuk pada aku. Email diatas pun merujuk kepada kononya kesilapan aku hingga mengakibatkan dorang rasa tertipu.

Sampai ke hari ini, aku tetap yakin, Mak Pah yang call dan menjemput. Siap mention nama Shah lagi. Entahlaa.. semua ini berlaku tanpa dirancang. Cepat-cepat aku reply email dorang dan shoot pada satu cawangan;
Assalam semua,

Disini saya mohon maaf sekiranya jemputan makan itu tidak benar. Apa yang saya dengar daripada jemputan Mak Pah, itu yang saya khabarkan pada semua terutama sekali Shah. Apapun selepas ini saya akan tapis dahulu sebelum memaklumkan pada semua. Saya mohon maaf sekali lagi.

Bos bertanya pada aku, aku hanya memandang dan mengangkat bahu tanda tak mahu bicara. Bos tak join makan sekali sebab ada meeting kat HQ. Selepas aku menghantar email tu, tiada responds daripada mereka. Tak tahulah kalau perbualan tu berterusan cuma tak tag nama aku je.

Sedih sangat sebenarnya. Kenapa tak bertanya dulu pada Mak Pah sebelum "menyerang"? Biasanya kita kalau ada jemputan makan, kita mesti malu-malu dan tanya betul ke tak ada makan free. Lepas tu nak baham had mana, biaq pi la!

Huh.. aku jadi malu sekarang. Malu yang takde makna. Seolah dituduh "mengenakan" kawan sepejabat. Cik A terus keluar pukul 4 ptg dan waktu nak balik petang tu pun, aku tak nampak batang hidung dia. Malu kot email dia terlepas kat aku jugak. Dialah pencetus isu nie.

Waallahua'lam.. Allah lebih tahu semua ini ^_^



Comments

Popular Posts