Ayah mesti kuat! Ibu mesti sabar! (bahagian-2)
Assalam..
Syukur kepada Allah diberikan kudrat untuk menjaga ayah yang uzur di Hospital Sabak Bernam. Walaupun penat baru tiba dari KL jumaat malam sabtu, pagi sabtu aku dah bergegas ke wad ayah menggantikan adik yang menemani ayah setengah hari. Sebelum kesana, aku persiapkan rumah agar tampak kemas dan selesa. Ibu tak boleh rumah sepah. Kasihan ibu.. Tak larat nak buat sorang katanya.
Sempat aku membasuh dan menyapu lantai dapur. Aku gagahkan juga ke ruang tamu atas mengemas mainan Bihah dan menyapu habuk-habuk yang aku kira tak pernah berganjak sejak ayah dimasukkan ke wad. Ibu terlalu menumpukan sepenuh penjagaan kepada ayah. Rumah pula tak berkemas. Nak harapkan adik dan angah? Apalah yang dorang tahu. Kerja perempuan kan..
Sedang aku bersiap nak ke hospital, Bihah berlari-lari mendapatkan aku di meja solek,
"Mak Lan (pelat sebutan Mak Lang), nak temana (pelat kemana)?" Sambil matanya memfokus kearah aku yang sedang membetulkan letak tudung.
"Mak Lang nak jumpa atuk,"jawab aku tanpa melihat reaksi Bihah.
"Bihah nak itot (pelat ikut)?" jawab Bihah sambil menarik hujung baju kurung kananku.
"Jomla. Cepat siap ye," jawab aku sambil tersenyum.
Tersenyumlah sebab kanak-kanak seawal 2 tahun lebih mengenali Mak Langnya yang hanya berjumpa hampir setahun sekali je. Aku satu-satunya yang diingati dengan panggilan lain NISA. Tidak pada Pak Ngah. Tidak pada Pak Su. Sebabnya Mak Lang best.!! Hahaha...
Nur Nabiihah memaut tanganku melangkah ke wad ayah. Ayah kelihatan ceria menyambut kedatangan cucu sulongnya walaupun bisa di kakinya bagai tak pernah surut.
Pandangan Bihah menala kearah akuarium ikan yang terletak berdekatan dengan Wad 2, bersebelahan dengan wad ayah, wad 3.
"Mak Lan (pelat Mak Lang), itu fish," jerit Bihah bagai tak percaya ada ikan dalam hospital.
Aduh! Gamat sekejap wad dengan becok Bihah yang mengomel tentang ikan. Bahasa percakapan ada yang aku faham, sebahagian lagi, dia cakap apa pun, dia sorang je yang faham. Aku iyekan saje la. Agak bising wad dengan suara dia menjerit-jerit kearah ikan. Oleh kerana seperti mengganggu pesakit, aku segera mendokong Bihah dan mendudukkan dia di atas katil ayah.
"Nak fish!! Nak fishhhhh...." Bihah menjerit-jerit mahu melihat ikan lagi.
Ayah, ibu, Ngah, Along, Kak Long dan adik ketawa saje melihat telatah Bihah. Ketawa ketawa juga. Aku sorang je yang handle. Aiseh.... Segera aku mendokong Bihah dan membawanya ke taman permainan yang terletak berhampiran dengan BILIK MAYAT! Fuhhh... seram tak seram, gagahkan juga menapak ruang hadapan bilik tersebut.
Elok pula kami berjalan disitu, Bihah nyanyi lagu Twinkle twinkle little star... Seram pun ada, huhuhu..
Sampai saja kat taman, Bihah bagai sakan menjerit, berlari dan aku membiarkan sahaja. Penat ^__^ Seronok tengok telatah Bihah. Comel sangat. Macam tak tau penat :)
"Mak Lan (pelat Mak Lang) Jom jom..." Bihah menarik tangan aku meminta aku meletakkannya diatas buaian.
Sepetang aku menemani Bihah di taman sampailah Kak Long panggil kami sebab dorang nak balik Penang. Sedihnya nak berpisah dengan Bihah. lepas ni nak jumpa samada aku ke Penang atau cuti raya nanti. huhuh... Bihah menyalami semua pak-pak sedaranya, atuk dan opah. Paling tak tahan, aku dapat salam dan pelukan dia. Bagai mengerti akan berpisah sementara. Segera aku dokong dia dan peluk erat-erat. Aku dapat rasa Bihah pun membalas pelukan aku dengan erat.
Ini kaki kiri ayah yang sudah sembuh bulan lepas. Penyakit yang sama menyerang kaki kanan pula

Inilah gambaran kaki kanan ayah sebelum sesi cuci tengahari tadi ... yewwww...~~~

Mak Lang sayang Nur Nabihah tau! ^_^
Ini kaki kiri ayah yang sudah sembuh bulan lepas. Penyakit yang sama menyerang kaki kanan pula
Ini ubat Dermacyn yang sangat mujarab untuk mencuci luka ayah. Dengan izin Allah juga..
Ini antibiotik dos kuat dimasukkan ke dalam badan ayah untuk mebunuh kuman dari dalam. Dr kata ayah ada infection pada kaki dan perlu dibersihkan kuman dalam badan. Notis pada kertas kuning memberitahu TOLONG JANGAN USIK ALIRAN DRIP INI, tapi aku usik je. Dah drip habis, aku cabutlah. Ayah nak tidur pun tak selesa. Nurse datang je tgk dah cabut. Pandai-pandai je aku ^..^
Nombor katil ayah
Doa akak tak ada yang lain melainkan kesihatan ibu dan ayah dalam keadaan baik dan terbaik untuk ke Makkah tahun ini, aminn...
Kepada kamu yang sudi membaca blogku, doakan ayahku, Taslim bin Marlan dan ibuku, Jamaliah binti Ahmad sihat sejahtera ye ^_^ Kalian doakan ibu dan ayahku, 1000 malaikat akan mendoakan kalian siang dan malam, waallahua'lam ^_^
Psssttt, ada nasihat!:
Jaga kesihatan ye kawan-kawan. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman V^_____^V
Comments
Post a Comment