Ayah mesti kuat! Ibu mesti sabar!
Assalam ayah dan ibu,
Pertama sekali, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Puteh.. Mungkin bunyinya agak kelakar. Ucapan untuk seekor lembu berwarna putih. Bergenang air mata aku bila ibu menceritakan saat Puteh dibawa naik lori. Air mata ayah menitik. Air mata Puteh pun menitik. Hampir 7 bulan aku bersama Puteh.
Ibu kata lagi Puteh tak mahu makan sampai ayah kena datang menjenguk ke umah "tuan baru" dia, baru Puteh nak makan. Sebak rasanya bila mengenangkan rupanya kepulangan aku minggu lepas adalah saat terakhir bersama Puteh :( Ayah yang paling rapat dengan Puteh. Ayah yang paling terasa kehilangan Puteh.
Ayah terpaksa menjual Puteh. Ayah tak larat nak jaga dia sepenuh masa. Daripada menganiaya, lebih baik dijual kepada orang yang mahu membela. Kaki ayah membengkak. Sebelum ini sebelah kiri. Sekarang sebelah kanan. Degilnya ayah tak tahulah nak cakap macamana. Tak mahu berubat, tak mahu ke hospital, tak mahu segalanya. Syukur tang solat dan mandi dia mahu. Makan pun dah kurang. Susut badan ayah.
Minggu lepas aku banyak meluangkan masa dengan ayah. Aku tolak wheelchair sampai ke toilet, aku tukarkan pakaian yang lebih bersih, aku papah ayah setiap kali nak turun ke dapur. Dalam keadaan demam dan menahan sakit, sempat ayah berkata kepada aku, "Kak, kalau kau balik KL, sapalah nak layan ayah macam ni?" Aku diam menahan sebak. Suara aku tenggelam dek rasa terharu dan sayang kepada ayah.
Ayah kena kuatkan semangat! Jangan biarkan sakit tu membuatkan ayah hilang ceria dan tawa. Aku selalu membandingkan ayah dengan ibu dulu.
"Ayah, ibu dulu sakit seluruh anggota yah. Doktor kata 50-50. Tak boleh jalan, tak boleh menelan, segalanya perlukan bantuan. Ayah Allah uji kaki je. Ayah kena kuat! Ayah kan lelaki, takkan kalah dengan ibu kott", pujuk aku sambil mengenyit mata pada ibu.
Ayah hanya tersenyum sahaja.
"Bertuah ayah ada anak perempuan. Walaupun sorang, tapi pandai ambil hati", kata ayah dengan segaris senyuman. Tak seceria dulu. Rokok pun tak pernah lagi nampak sejak ayah keluar daripada Hospital Sabak Bernam bulan lepas.
"Ibu pun kena kuat. Bukan ayah sorang je bu. Ibu kena sabar melayan ayah. Orang sakit memang banyak ragam. Dia nakkan perhatian. Ayah dulu sabar je melayan ibu. Ibu kena macam tu jugak. Sekarang giliran ibu pula jaga ayah", ujar aku pada ibu. Balasan yang aku terima, pipi aku dicubit. Separa sakit tapi best! Manja pula dah tua-tua ni :)
Apa pun keadaan ibu dan ayah, akak tetap ada bu. Akak mencari suami yang sayang pada ibu ayah je. Bukan sayang akak sorang tapi family kita juga. Buat masa sekarang ini, belum ada yang betul-betul sayang ibu dan ayah lagi. Semuanya sekadar berbasi-basi je. Kalau akak sayang ibu dan ayah, macam tu juga la akak sayang pada ibu dan ayah mertua nanti, inshaAllah.
Semoga Allah sentiasa memelihara ibu dan ayah sewaktu kita berjauhan ye bu, ayah. Amiinnnn... ^_^

Comments
Post a Comment