Moga terus tabah

Assalamualaikum..

Lama tak buat entri. Tiada apa yang hendak dikongsi cuma sangat-sangat berasa bersyukur kepada Allah kerana dengan kepelbagaian dugaan yang diberikan, aku masih berdiri saat ini. Dari dugaan di tempat kerja, si dia, "rumah", kewangan... semuanya masih lagi di bawah tahap normal. Belum sampai petala ke lapan lagi.. hehehe Alhamdulillah..

Sahabatku, terima kasih kerana hingga ke saat ini, walaupun kita dah berjauhan, tetapi semangat dan nasihat kau sentiasa meniti di bibir. Ini juga rezeki daripada Allah dipertemukan orang yang baik-baik sebagai penyokong dan pendokong aku.

Alhamdulillahi rabbil alamin... suasana kerja di tempat baru lebih baik daripada yang dulu. Mungkin juga environment. Mungkin juga Allah masih menjodohkan aku dengan UIAM. Percaya atau tak, aku masih lagi bersama dengan suasana UIAM.Walaupun usaha untuk menjadi sebahagian daripada keluarga UIAM tu belum tercapai (inshaAllah akan datang, usaha lagi Nisa'!!) tetapi ofis bersebelahan masjid UIAM sudah cukup membuatkan hati aku tenang. Terutamanya azan maghrib tatkala OT sebab kerja masih melambak.

Berjumpa dengan lecturers tidak mungkin aku lupakan. Manis sekali. Walaupun namaku tidak lagi diingati, tetapi raut wajahku masih tersemat kukuh di memori mereka. Madam Asiah, Prof. Akhtarzaitie, Dato' Ustaz Hamidon..... paling tak sangka sekali, saat bertentang mata dgn Dr.AKram. MashaAllah dia ingat aku lagi. Budak paling "aktif" di kelas Internet Application :)

Rindunya pada UIAM hari-hari terubat.Sememangnya ini yang aku impikan. Lecturer, department, dress code, matric card, Pak guard, makanan arab dan Mahallah Safiyyah sentiasa mendampingi aku. Semoga kebahagiaan ini sentiasa membaluti hati ini.. Namun sekiranya ada yang lebih baik, aku redha. Allah lebih tau.

Buat kamu yang sedang membaca, terima kasih. Doakan yang terbaik untukku kerana aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu.

PEACE, NO WAR!

Comments

Popular Posts