Emosi yang gagal dikawal
(thecornerpoint.blogspot.com)
Assalam...
Aku tak pernah menangis hingga meraung. Kalau ada pun time kecil-kecil dulu sebab jatuh dari basikal atau kena sakat dengan along. Aku ingat bila dah 25 tahun nie, semakin sukarlah nak menangis. Rupanya lagi dasyat kott.
Masjid UTM sebelah bangunan Felda Holding menjadi saksi air mataku bercucuran. Raunganku tak siapa yang dengar kecuali Shifaa dan Allah taala. Tenggelam kerana deruan aingin kuat dan hujan lebat serta kilat yg menggerunkan. Ssekali pancaran cahayanya menyelinap masuk ke ruang solat jemaah lelaki.
Saat itu aku baru usai solat zuhur. Panggilan telefon yang aku terima ternyata membuatkan emosiku gagal dikawal. Akhirnya aku meraung.. Kuat sekali. Shifaa juga hampir menitiskan air mata. Melihatkan aku yang terlalu kecewa dgn si pemanggil. Tuduhan "Mungkir janji" oleh orang yang paling aku hormati terlalu berat untuk dipikul.
Aku tahu aku harus cepat belajar. Seusia zaman yang pantas mengharungi globalisasi seakan aku tak bisa mengejar sama. Tiada sokongan. Tiada panduan. Mahupun kata-kata semangat. Syukur ku pada Allah dipertemukan Shifaa, kawan yang baik dan memahami. Biarpun dia dilanda fitnah yang maha dasyat oleh rakan sepermainan, dia tetap tabah. Terima kasih Shifaa ^__^
Apapun itu cerita 24hb Februari. Biarkan berlalu. Biarkan air mata itu berlinangan.
Untuk berjaya, perlu hadapi kesusahan dahulu. Cabaran dalam bekerja ada macam-macam ragam. Bila dah berjaya nanti, kita akan lebih menghargai kepayahan dulu.
Kuatkan semangat! Jadikan air mata sebagai bayaran utk lebih berjaya. Hidup bermatlamat. Usaha sampai jaya ^__^
P/s: walaupun meraung, syukur sangat lega dah sekarang :)
(http://www.clivejames.com/gallery/painting/claerwen-james/pink)
Comments
Post a Comment