Siapa dia sebenarnya?
Selamat pagi..
Assalamualaikum...semua
Aku kira sepanjang aku memblog, tiada siapa yang mengintai jendela H.A.R.A.P.A.N rupanya masih ada yang sudi membaca dan memberi sedikit komen berkenaan pengisian blog ini. Sungguh! Aku masih jahil dalam menerapkan ilmu disini. InshaAllah dari semasa ke semasa, aku akan pertingkatkan pengisian yang berfaedah untuk bacaan umum.
Sekadar meluahkan rasa disini.. Pada mereka yang tahu, berharap sangat maklumkan pada aku. aku tertanya-tanya, siapa dia n**x8*?
Saat mula-mula dia memperkenalkan aku pada Kapasitor.net sehingga ke saat ini, tiada jawapan yang aku temui. Dia alhamdulillah tidak pernah meng"apa-apa"kan aku dengan perkara yang bukan-bukan. Alhamdulillah juga dia masih menghormati aku. Cuma "lelaki" ini dia terlalu berahsia. Tak tahulah kalau-kalau dia sebenarnya perempuan, bimbangkan keselamatan diri dianiaya oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan (aku, inshallah tak)
Kehadirannya tiada yang istimewa cuma hairan..setiapa apa yang aku pernah khabarkan, dia masih ingat! Aku bukan jenis cepat melatah pada meraka yang tidak aku kenali di ruangan cyber. Terlalu ramai yang tewas dalam ruangan cyber. Memetik pada dada-dada akhbar, manusia kini bagaikan hilang waras dan pertimbangan dalam mempercayai seseorang yang baru dikenali. Terlalu mudah melafaz kata cinta.
Bukanlah disini aku ingin menolak jodoh yang ditentukan di ruangan cyber, tapi mungkin sebagai seorang wanita, kita harus berhati-hati. Jangan terlalu "expose" maklumat pada mereka yang tidak dikenali. Jika dia ikhlas, alhamdulillah tidak mengapa. Tetapi bagaimana dengan dia yang mungkin cuba mengeksploitasikan maklumat kita dengan mengganggu ketenteraman keluarga, peras ugut dan sebagainya (nauzubillah).
Alhamdulillah kawan-kawan cyber aku semuanya baik-baik belaka. malah kami sering berkongsi ilmu dan didatangi jemputan kahwin, cuma aku yang tidak berkesempatan :) Moga niat ikhlas n**x8* itu untuk bersahabat, aku terima dengan tangan terbuka... Sebagai manusia biasa, aku juga mahu tau siapa dia, dimana dia dan sedang buat apa? tetapi jika caranya untuk terus berahsia itu mungkin yang terbaik baginya, aku harus menghormati.. Untuk apa aku tahu segalanya sedang dia tidak merasa senang dengan persahabatan ini.
Aku kurang bersetuju dengan pendapat ini. Pada aku persahabatan itu boleh terjalin dengan mana-mana jantina asalkan kita masih mengikut landasan syariat yang sebenar. Ramai juga yang aku temui di kalangan kawan-kawanku, yang berpacaran dengan kawan baik, a.k.a lelaki. semua itu pendapat masing-masing. Ada yang kata lebih baik berkahwin dengan kawan baik, kerana mereka lebih memahami. Ada yang kata jangan kerana kawan baik tidak akan berubah statusnya. Pada aku pula, terpulanglah. Asalkan kita happy, dia happy dan Allah redhai :)
Siapa dia yang sebenarnya... aku tak tahu! Aku serah pada Allah s.w.t agar Dia sentiasa melindungi aku daripada sebarang bala dan malapetaka. Jika dia ikhlas, aku juga ikhlas, tetapi jika sebaliknya, perlindungan Allah yang aku dambakan.
Bersahabat dengan lelaki biarlah berpada-pada. Ikut lunas syariah. Jangan duduk berhimpun bergelak ketawa di kedai kopi, bertepuk tampar berlainan jantinan atas nama sahabat. Bersahabatlah kerana Allah. Ukhwah fillah ^_^
P/s: Tak sangka jumpa Cahatomic kat Kapasitor.net, rupanya abang kepada kakak senior. Kakak senior itu pernah menyelamatkan saya ketika dibuli senior zaman sekolah dulu ^_^ Isu baldi pecah...takkan lupa :P
Thanks Kak Nisa' jadi Wonder woman saya dulu...
Assalamualaikum...semua
Aku kira sepanjang aku memblog, tiada siapa yang mengintai jendela H.A.R.A.P.A.N rupanya masih ada yang sudi membaca dan memberi sedikit komen berkenaan pengisian blog ini. Sungguh! Aku masih jahil dalam menerapkan ilmu disini. InshaAllah dari semasa ke semasa, aku akan pertingkatkan pengisian yang berfaedah untuk bacaan umum.
Sekadar meluahkan rasa disini.. Pada mereka yang tahu, berharap sangat maklumkan pada aku. aku tertanya-tanya, siapa dia n**x8*?
Saat mula-mula dia memperkenalkan aku pada Kapasitor.net sehingga ke saat ini, tiada jawapan yang aku temui. Dia alhamdulillah tidak pernah meng"apa-apa"kan aku dengan perkara yang bukan-bukan. Alhamdulillah juga dia masih menghormati aku. Cuma "lelaki" ini dia terlalu berahsia. Tak tahulah kalau-kalau dia sebenarnya perempuan, bimbangkan keselamatan diri dianiaya oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan (aku, inshallah tak)
Apa yang aku hairankan, dia terlalu berahsia. Mungkin dia cuba berhati-hati.. namun, perlukah berbohong dengan memperkenalkan diri bekerja sebagai pekerja di kilang papan? Apa tidak perlukah rasa ikhlas itu dilontarkan pada mereka yang cuba ikhlas di ruangan Chatroom. Sungguh! aku gemar ber"chatting" tapi bukan chatting kosong. Aku suka memperluaskan kantung kenalan dan menyambung tali silaturrahim sesama muslim. Bukan perlu bersembang kosong. Pada aku ia terlalu membazir. yela membazir dari segi masa, tenaga mungkin juga wang (kalau perlu ke CC, bagi mereka yang obsess)
Kehadirannya tiada yang istimewa cuma hairan..setiapa apa yang aku pernah khabarkan, dia masih ingat! Aku bukan jenis cepat melatah pada meraka yang tidak aku kenali di ruangan cyber. Terlalu ramai yang tewas dalam ruangan cyber. Memetik pada dada-dada akhbar, manusia kini bagaikan hilang waras dan pertimbangan dalam mempercayai seseorang yang baru dikenali. Terlalu mudah melafaz kata cinta.
Bukanlah disini aku ingin menolak jodoh yang ditentukan di ruangan cyber, tapi mungkin sebagai seorang wanita, kita harus berhati-hati. Jangan terlalu "expose" maklumat pada mereka yang tidak dikenali. Jika dia ikhlas, alhamdulillah tidak mengapa. Tetapi bagaimana dengan dia yang mungkin cuba mengeksploitasikan maklumat kita dengan mengganggu ketenteraman keluarga, peras ugut dan sebagainya (nauzubillah).
Alhamdulillah kawan-kawan cyber aku semuanya baik-baik belaka. malah kami sering berkongsi ilmu dan didatangi jemputan kahwin, cuma aku yang tidak berkesempatan :) Moga niat ikhlas n**x8* itu untuk bersahabat, aku terima dengan tangan terbuka... Sebagai manusia biasa, aku juga mahu tau siapa dia, dimana dia dan sedang buat apa? tetapi jika caranya untuk terus berahsia itu mungkin yang terbaik baginya, aku harus menghormati.. Untuk apa aku tahu segalanya sedang dia tidak merasa senang dengan persahabatan ini.
Orang kata tidak mudah bersahabat dengan lelaki, pasti terjerumus ke dalam dunia percintaan
Aku kurang bersetuju dengan pendapat ini. Pada aku persahabatan itu boleh terjalin dengan mana-mana jantina asalkan kita masih mengikut landasan syariat yang sebenar. Ramai juga yang aku temui di kalangan kawan-kawanku, yang berpacaran dengan kawan baik, a.k.a lelaki. semua itu pendapat masing-masing. Ada yang kata lebih baik berkahwin dengan kawan baik, kerana mereka lebih memahami. Ada yang kata jangan kerana kawan baik tidak akan berubah statusnya. Pada aku pula, terpulanglah. Asalkan kita happy, dia happy dan Allah redhai :)
Kenangan bersama Kak Hani... Rindu akak :)
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu
P/s: Tak sangka jumpa Cahatomic kat Kapasitor.net, rupanya abang kepada kakak senior. Kakak senior itu pernah menyelamatkan saya ketika dibuli senior zaman sekolah dulu ^_^ Isu baldi pecah...takkan lupa :P
Thanks Kak Nisa' jadi Wonder woman saya dulu...
inilah baldi yang dikatakan dipecahkan oleh aku ketika tingkatan dua. Color pun sama :)
Comments
Post a Comment