Ayah dan Ibu


Assalamualaikum...

Sihat ye semua? bagaimana dgn exam? ok ke? harapnya semuanya baik2 aja. Mana exam yg belum, masih sempat utk menelaah. Ingat masa itu emas!

Ahad yang lepas (bersamaan 28 Mac 2010) aku buat kali pertamanya balik ke kampung dgn KTM Komuter. ketika menunggu KTM tiba di KL Sentral (aku duduk di kerusi Hentian Rawang), aku didatangi oleh seorang "kakak" bersama suami dan 3 orang anak nya. Dia mula menegur aku, bertanyakan tentang keretapi ke rawang dan bersembang kosong bertanya perihal diri masing2. Aku terkejut dia sekeluarga mai dar kelantan. Aku juga turut hairan melihatkan anak bujangnya yang hampir sebaya dgn aku sedang leka membuai kaki di laluan keretapi duduk di garisan kuning tanpa menghiraukan keretapi yang datang dan pergi. Aku bingung. Kenapa ye?

Rupanya kakak tu bagitau anak dia "sakit". dan sekarang anak kedua pun menurun jugak. Patutla aku tengok semacam je. Kesian aku tgk kakak tu. Tabah nya kakak tu menjaga 2 anaknya yg "sakit" plus 5 org lagi menanti di kampung. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah memebesarkan anak seramai 7 orang dan sanggup datang ke rawang semata2 untuk berubat. Tapi yang aku kurang bersetuju dgn akak tu sebab dia bawak berubat dengan bomoh! Aku bagi cadangan berjumpa dengan ustaz2 di Darul Syifa'. Aku tengok akak tu macam baru tersedar yang selama bertahun2 ni dia banyak berharap pada bomoh saja. Wallahualam... sebelum aku keluar dari komuter, sempat aku menjeling pada anak kakak tu yang sedang menumbuk penumpang berbangsa cina yang sedang duduk di sebelahnya.



Tadi pkul 11.15, aku dalam perjalanan pulang ke UIA. aku ditegur oleh seorang "nenek". (Hmm..ramainya menegur aku. serius!!~) Dia mengadu sedih punya anak 7 orang tapi seorang pn tak dtg menjenguk. aku tengok air mata nya laju keluar tanpa segan silu. Mungkin dah tak tahan menangguung sakit dan sedih bila darah daging sendiri membuangnya kerana ikut kata isteri. Mashaallah...



Masih ada lagi Tanggang alaf baru.. cuma corak penyampaiannya berbeza dgn tanggang dulu. Sempat nenek tu berpesan pada aku, agar menyayangi ibu ayah dan jangan sekali2 menjadi anak derhaka. Aku peluk nenek tu dan mengusap-usap belakang dia. Konduktor bus Selangor pandang tak puas ati je dgn aku. Mesti dia ingat aku yang buat nenek ni nangis. Pulak! Sebelum nenek turun kat Ijok, sempat dia menunjukkan rumah batunya yang jadi rebutan anak-anaknya. Dia berharap aku dapat menyinggah bila-bila masa, inshaallah nenek ada rezeki saya datang :)

Moral:
Apa yang aku boleh simpulkan, kasih ibu dan ayah tiada tolok bandingnya seperti kisah kakak di KL sentral dan Nenek dari Ijok. Kenapa kita anak-anak menghukum mereka sedang mereka bergolok bergadai membesarkan kita sampai kita berjaya sekarang. Buat kawan-kawan yang selepas ini akan bekerja, atau berkahwin atau mungkin menjawat jawatan tinggi, janganlah kalian lupa asal usul kita. setinggi mana kita terbang, sejauh mana kita melangkah, ingatlah ibu dan ayah di kampung. Percayalah!!! mereka bukan mahukan wang ringgit kita tapi perhatian dan kasih sayang serta doa dari anak soleh

Waallahua'lam....

 

Comments

Popular Posts