Jujur

Sampai ke hari ini, rasa kesal menebal dalam hati. Sampai mati aku akan ingat.
Mungkin aku terlalu jujur meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Kalau jujur pun bukan boleh kaya pun

Kalau tak jujur pun sapa pun tahu? 



Mungkinkah sahabatku dihimpit rasa sedih atas apa yang aku luahkan? Dia membaca pm aku di Facebook tapi aku yang menangis disini sambil menaip. Rasa sedih yang teramat. Rasa sedih yang aku tak tahu dari mana munculnya. Mungkinkah situasi kami yang berbeda membuatkan rasa kosong membawa kepada kesedihan?

Adikku. Si Bob tu. Aku takkan lupa kata-katanya saat aku menelefon di Jusco SS1,

"Yang hang gi teman buat apa? Sorang plak tu?? Bawak la kawan. kurang-kurang kau sunyi tak tau buat apa, ada org yang boleh rencanakan aktiviti tak bermanfaat untuk hiburan bersama. Haaa, aku ada taknak bawak?!"

Mana aku tahu kau boleh temanakan dik oiii.. Orang lelaki bukan tak suka teman orang pempuan shopping ka? 


Kalau bisa ku undur masa, dah lama aku pusing balik jam dan perbetulkan keadaan. Dengan tidak memberitahu apa-apa pada sahabatku yang satu ni. Agar hati dia lebih tenang melalui detik 25hb yang tinggal beberapa hari je lagi T___T

Terlajak FLX boleh try U-turn, terlajak cakap, memang mengadah jelaaaaaa....


Ya Allah, aku seakan membunuh "spirit" dia... Allahu rabbi


P/s: Tak jujur sama tak macam menipu? Kalau suka menipu, kitalah Pinocchio modern abad 21 :(
 

Comments

Popular Posts