Apa sudah jadi?

Okay. kali ini aku nak minta pendapat anda semua.

Perlu ke menilai pasangan melalui negeri yang diduduki?

Kisah #1

Mereka bercinta selama 8 tahun. Bahagia. Tiada masalah apapun. sampailah ke masa pertunangan, si ibu merasa cultural shock dengan penerimaan keluarga si perempuan Kelate. Perasaan berlarutan hingga mohon anak memutuskan pertunangan. Putus tunang hanya kerana dia seorang gadis Kelantan.

Dan segala cerita macam cerita tak suka mula keluar dari bibit arjuna yang selama ini Okay je bro! Awat ketegaq tetiba?

Kisah #2

mereka berkenalan dalam program suaikenal di tempat kerja. Rasa serasi. Bahagia sangat. Trademark si arjuna kasih a.k.a AK selalu ckp "Bulibubalakau". Berdating. Tiap kali event apa saje, pasti si gadis manis ada. Hinggalah si arjuna membawa si gadis utk diperkenalkan oleh keluarga. Ternyata nenek tidak menyukai gadis Sarawak. Makanya seperti kisah diatas, gadis ditinggalkan hanya kerana dia seorang gadis Sarawak.

Persoalannya: Awatlah hang bg harapan??

Komen anda bagaimana ye? @__@

Comments

Popular Posts