Semoga gembira selalu
Assalamualaikum...
Lama sungguh tak berceloteh disini. Untuk kesekian kali, genaplah aku bekerja di sebuah kilang pembuatan makanan selama hampir 1 bulan. Macam tak percaya. Pejam celik dah dapat pun 1st paycheck. Tiga minit saje dari rumah. Cepat dan mudah. Namun aku masih mahu lagi pekerjaan yang lebih selesa dan islamic environment.
Hidup dikelilingi lelaki membuatkan aku sukar untuk bernafas.
Saban hari yang dilalui disini bagai tidak memberi peluang untuk aku terbang dalam nikmat menikmati warna-warni pelangi. Bukan kerana beban kerja, tetapi merentasi lautan manusia yang bergelar lelaki.
Saban hari yang dilalui disini bagai tidak memberi peluang untuk aku terbang dalam nikmat menikmati warna-warni pelangi. Bukan kerana beban kerja, tetapi merentasi lautan manusia yang bergelar lelaki.
Kerjaya sebagai Quality Controller memang jelas sekali bertentangan dengan ijazah yang aku miliki di universiti islam terkemuka di Malaysia. Namun apakan daya, tawaran demi tawaran yang datang dan pergi belum dapat mencuit minatku untuk mencuba nasib. Sepertinya sukar di zaman ini mencari persekitaran yang berunsurkan keislaman. Semuanya parasit! Penuh dengan tipu daya manusia, godaan demi godaan sentiasa di ceruk denau kota metropolitan bernama Kuala Lumpur.
Siapa kuat, dia menang. Kuat bukan bermakna kau Badang tetapi kuat bagai Khalifah Umar Al-Khattab. Tangkas menentang musuh tatkala iman membara di sanubari.
Siapa kuat, dia menang. Kuat bukan bermakna kau Badang tetapi kuat bagai Khalifah Umar Al-Khattab. Tangkas menentang musuh tatkala iman membara di sanubari.
Jangan kata Umar, Mariatul Qibtiah juga aku tak mampu teladani. Aku belum cukup kuat untuk meredah arus kota itu. Lalu demi pengalaman yang tak pernah ku lalui, jawatan ini aku terima meskipun ianya bertentangan sama sekali. Saat Madam bertanyakan apakah benar keputusan aku untuk bekerja sebagai QC? aku jawab dengan penuh yakin,
Yes Madam..
Yes Madam..
Bukan juga disini aku menidakkan kewujudan manusia bernama lelaki, tetapi aku rimas melihat gelagat mereka yang mengambil kesempatan pada perempuan. Merujuk apa yang dikatakan oleh Storekeeper, Siew Ping, gangguan seksual yang dia alami membuatkan dia menjadi fobia. Fobia kepada lelaki...
Banyak lagi yang aku ingin kongsikan disini. Jam pun sudah menunjukkan 12 malam. Esok kerja lagi.Pengalaman bertambah lagi. Semua ini dengan lafaz Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana disaat kadar pengangguran meningkat, aku masih punya ruang untuk mencari rezeki..
Selamatkan aku ya Allah dari mereka yang berbuat kerosakan dan kejahatan di muka bumiMu ini.. ameen
Comments
Post a Comment