Kasihan budak itu...
Salam semua..
2 hari lepas aku telah ke Klinik "free"--> faham2 je la untuk mendapatkan perkhidmatan yang "free" walaupun pelbagai cerita aku dengar perkhidmatan kat klinik tu tak bagus. Dengan harapan dapat MC sebab seharian terlantar di atas katil berselubung selimut untuk memanaskan badan.
Pukul 3 petang Angah balik solat jumaat. Aku masih terbaring. Tangan Angah mendemah ke dahiku. Panas!
"Kak, solat dulu. Lepas tu kita ke klinik ye?" Kata Angah sambil melipat kain pelekat berwarna hijau.
Dengan lemah, aku mengangguk kepala tanda setuju.
Tiba di klinik, ternyata sangkaan ku benar. Orang makin memenuhi ruang depan kaunter tetapi bayang nurse dan doktor tak kelihatan. Masing-masing masih dengan nombor giliran. Bermakna belum ada seorang pun lagi yang dipanggil untuk diberi nombor giliran kedua, IC dipulangkan dan not RM1 diserahkan kepada nurse yang belum membuka kaunter pendaftaran.
Menyesal pun ada. Angah dah buat muka. Memang salah aku. Dah dioffer "berbayar", aku pilih RM1 juga. Jimatla sedikit daripada RM40 yang dah tentu kena bayar. Pukul 3.30 petang keadaan masih begitu. Baru nampak kelibat nurse yang semakin resah pesakit semakin membanjiri dataran hadapan Klinik. Pelbagai jenis batuk memecah keheningan klinik yang memang hening dari mula aku datang walaupun sebenarnya ramai. Macam ramainya Up Town di Tonggak 10 sejak ia dibuka.
Tiba-tiba kerusi aku yang sebelum ini diduduki Angah sudah dipenuhi oleh seorang kakak bersama anak lelakinya. Comel! Kelibat Angah pula tidak ada. Bila aku check handphone, rupanya dia ke Billion.
Kak, aku ke Billion. Dah siap msej tau
Aku melihat kelincahan anak kakak itu sambil tersenyum. Comel sangat. Dia datang kearah aku. Aku hulur salam tapi dia terlompat-lompat sambil tersengih. Aku andaikan mungkin dia malu kot. Tiba-tiba kakak a.k.a mak dia menyambar lengan budak itu sambil mencubit leher dia hingga kemerahan. Terkejut aku. Apa dosa budak itu hingga di cubit sekuat itu? Kalau cubitan itu diberi pada orang dewasa, tentu sakit. Apatah lagi diberi kepada budak berusia 3 tahun.
Budak itu menangis. Tanpa suara. Baru aku perasan. Budak itu BISU! Mashaallah... Kakak tadi terus menatap ke skrin TV yang sedang menayangkan rancangan sinetron Hidayah di TV3. Budak itu terus berjalan meninggalkan maknya. Kakak itu buat tak tahu saja. Mata aku meliar mencari kelibat budak itu. Bimbang kalau-kalau dia berjalan ke jalanraya yang hampir dengan pintu keluar klinik ini.
Dari jauh aku lihat, beberapa orang lelaki mentertawakan budak itu. Aku kurang jelas apa yang budak itu lakukan. Tiba-tiba dia datang kearah aku. Aku tersenyum padanya. Dia masih tersengih-sengih. Tiba-tiba dia melurutkan seluar sambil menghulurkan *** nya. Aku terkejut! Mashaallah buat kali kedua.
Aku berlagak profesional walaupun puluhan mata melihat aku yang terpaksa berdepan dengan situasi ini.
"Dik, tak boleh macam ni. Malu tau. Pakai seluar balik, ye?" ujar aku lembut sambil menarik seluarnya keatas.
Budak itu terdiam sambil menatap mata aku. Aku segera menyarungkan seluarnya ke paras pinggang. Baru aku sedar, tangannya berpaut pada bahuku bimbang kalau terjatuh. Dia masih memandang kearahku sambil tersenyum. Terus dia mendapatkan kerusi kosong di sebelah ku lalu duduk sambil tangan menggenggam tangan kiri ku. Terpana aku dibuatnya. Puluhan mata masih menatap kearah kami. budak itu terus menatap TV, tidak lagi merayau-rayau seperti tadi.
Aku cuba memandang kearah kakak itu namun dia masih leka menatap TV tanpa menghiraukan anaknya. Kenapa begini, kak? Apa yang akak marahkan sebenarnya....? No.9 muncul di skrin merah atas pintu masuk. Rupanya giliran budak ini. Segera kakak itu bangun sambil menyambar lengan budak itu dengan rakus. Ikutkan hati aku mahu saja aku teriak pada dia: What happen to you, kak? You can't do this. Please treat him gently kak. Kasihan dia...
Tapi apa daya ku..
Aku lihat budak itu mengeringai kesakitan. Sambil berlalu, sempat dia tersenyum pada ku. Hati aku tersentuh melihat mesej yang dia cuba sampaikan melalui senyuman. Aku faham kenapa dia nakal dan tak duduk diam. Sebenarnya dia cuba memancing perhatian dari seorang perempuan bernama IBU. Rindu seorang anak kepada kelembutan belaian kasih sayang daripada seorang ibu. Budak 3 tahun sudah pandai mengerti erti belas kasihan.
Aku tak tahu apa yang terjadi pada budak itu selepas itu. Giliran aku yang ke-11 di bilik rawatan no.4 sedangkan kakak itu di bilik no.2. Apa yang aku boleh katakan, KASIHAN BUDAK ITU..
Semoga Allah merahmati kamu, dik
Comments
Post a Comment