Bila Cinta

Liriknya benar-benar menyentuh hati sesiapa yg mendengar. Saya mengagumi nukilan lirik komposer ditambah kelunakan suara penyanyi Gio yang berasal dari Indonesia. Bukanlah disini saya mengkhabarkan sesuatu yg lagha cuma mengagumi idea yang diilhamkan Allah kepada pencipta lagu ini.








Apa yang saya faham selepas mendengar lagu ini ialah bercinta itu naluri manusia biasa namun untuk melaksanakannya itu bukanlah tuntutan kerana dalam Islam itu tiada istilah bercinta antara Adam dan Hawa. 


                                            Yang ada itu pernikahan SAHAJA.

Jadinya pasti ramai yang bertanya, jadi Islam ini kasar kah hingga tidak membenarkan umatnya mencintai antara satu sama lain? Islam itu syumul. Islam itu indah. Kerana Islam itu arif bahawa hati manusia itu sentiasa berubah-ubah dan selera juga pelbagai, oleh itu matikanlah rasa berbolak-balik itu dengan pernikahan. InshaAllah apabila seseorang itu melangkah ke arah perkahwinan, hatinya lebih fokus kepada yang satu iaitu isteri. 



Mungkin ada yang mampu bercinta dan berkahwin dengan orang yang sama tetapi terlalu ramai yang bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Mungkin ada yang kata, "takde jodoh, nak buat macamana?" namun harus kita ingat, jodoh, rezeki dan maut itu ketentuan Allah atas usaha hamba-hambaNya sendiri. 

Jika tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). 
Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga : 
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, 
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, 

dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Rasulullah SAW memperkatakan ciri-ciri orang yang bercinta pada 1400 tahun yang lalu itu telah berlaku sekarang. Lihatlah betapa Islam itu memandang jauh di masa hadapan. Betapa Islam itu sudah memandang baik dan buruk sesuatu sebelum melaksanakan hukum-hukum Shar'ie. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain. 
Cintailah yang Maha Mencintai


P/s: Bila bercinta,semuanya indah belaka. Yang menjadi milik bakal sudah diterokai oleh kekasih. Adakah ini dinamakan CINTA?

Comments

Popular Posts