Kerana Cinta… Aku ke Portugal

Assalamualaikum

Tujuan post dalam blog ini hanya sekadar mengisi kekosongan hati di bumi Lisbon yang baru aku diami tak sampai sebulan lagi. Aku sunyi! Kebiasaannya aku akan keluar bersama students, tak pun berjumpa teman-teman rapat ke, atau pulang ke kampung melawat ibu atau selalunya melawat dia di kampus Subang Jaya.

Disini aku sendirian. Menghabiskan masa bersama laptop, mengulangkaji pelajaran, memulakan perjalanan ke kampus di Rua de Quelhas seawal 2 petang selesai zuhur dan tiba di kampus sekitar waktu 5 peang. Solat asar dulu di tangga baru masuk kelas. Kelas setiap Isnin - Khamis pukul 6 - 8 malam kecuali khamis sampai 11 malam.

Hari ini juga pertama kali aku hidup atas tujuan diri aku sendiri. Aku telah mengambil keputusan yang sangat drastik dan nekad untuk meninggalkan hubungan kami yang hampir setahun termeterai. Atas sebab apa? salah aku juga. Aku akui. Bila Hafizah tau aku sentiasa menyalahkan diri sendiri berbanding orang lain, dia pasti marah dan kata aku ni orang bodoh. Marah betul dia.

Aku akui aku sayang dengan perhubungan kami. Dia banyak mendidik aku erti masa depan.Dan aku akui aku disini juga sebab dia. Aku sanggup selagi mana aku mampu. Ternyata bila aku nekad dengan keputusan ini, sakitnya tak terkata. Rupa-rupanya aku tak pernah fikir untuk diri sendiri. Sepenuhnya masa aku berfikir untuk dia. Apa dia buat? Sihat kah? yang sebenarnya tak perlu pun...Aku tak pernah beri hak yang sewajarnya pada diri aku sendiri. aku takde pegangan hidup sendiri. Hanya jadi lembu cucuk hidung. Ikut dan percaya je apa yang dia sampaikan. Sebenarnya apa yang dia katakan tu benar cuma bila aku terlalu ikutkan, aku takde bahagian untuk hati dan kehendak aku sendiri. Hanya buat untuk orang lain. Sekarang? Takkan nak stop? Aku kena teruskan juga....tapi sakittt sangat.

Aku rindukan diri aku yang dulu. Outspoken, selamber, sound direct... tapi dengan dia aku lemah sangat. Cinta buat aku jadi hamba, bukan permaisuri..

"Every Experience, Good or Bad, is a Priceless Collector's Items " -Isaac Marion-

Aku tak tahu nak mulakan apa hari ini.. aku jadi bodoh sekejap. Rutin harian aku dan dia tu dah takde. Koyak habis la... hahahaha... Menangis keluar air mata darah pun tak guna.
Apa yang membuat aku minta break up? Okay aku ceritakan untuk pengajaran semua orang. Janjilah dengan aku jangan jadi bodoh macam aku.

Dia datang jumpa family aku. Kami plan nak bernikah dulu sebelum aku fly ke Portugal
tiba-tiba dia letak syarat... disinilah mimpi ngeri bermula:

1) Lose weight at least 20 kg to ideal weight. Selagi tak ideal, selagi tu tak boleh kahwin. Sebab? Lepas kahwin nanti surely aku takkan jaga badan. Camane nak pregnant? Lagi teruk nanti nak bawa badan 2x ganda. Nanti dah ada anak, camane nak main dengan anak atas lantai? Ini apa yang dia nampak pasal aku. Dan aku pun jaga pemakanan, exercise juga dan makan nasi seminggu je sekali

2) Complete PhD program dulu sebab NO baby PhD. Dia taknak PhD aku terganggu sebab anak

3) Be ready for POLYGAMY!

Makanya semalam aku nekad untuk hentikan kebab*an ini sebab aku rasa aku dah penat kot. Aku boleh follow 1 dan 2 kerana itu aku di Portugal sekarang. Masuk bab no.3, aku surrendered!

Wallahi aku tak menolak polygamy. Ini antara mesej terakhir aku beri pada dia:

Allah put this verse as the 3rd ayyat in Surah AnNisaa which is highlighted as the main point about marrying woman.  Wallahi i'm not against polygamy. It's one of sunnah by our prophet. There are thousands of sunnah from our prophet by his sayings, his attitudes as well as his practices. Have you followed the rest? Performing jemaah 5x a day? Fasting every monday n thursday? Qiamulail every night until cant stand up properly? Hv you touch any orphanage's head wisely? Have you perform rawatib? And much more.. I just worry if you do injustice among your wives. Another one of your feet is surely in the Hell 😭 To fulfill one wife also is the toughest things to do, what about 3 wives at the same time? Just because other people do, I have to do same thing? Which sources mentioned that if others do, I hv do so? I love you unconditionally eternally, dont care abt other things except you, spending my time with you every week but it's totally priceless. A woman dont care about putting herself over your head like Majesty. We just want attention, care, love, loyal and security. This is what we called marriage. It is so hard for me to stay at Portugal because it brings me everything about you. Totally insane! Thanks for everything. I have to move on. Life must go on even you are not belongs to me.. Good luck for building up wives institution. Stay justice. Dont make them sad. Love them equally. Allah is underwrite whatever you do


Kesimpulan daripada cerita aku, jangan jadi bodoh kerana cinta. Cintalah seadanya. Jangan jadi submissive macam aku. Walaupun semua ini berlaku pada aku, aku tetap rasa rindu dengan semua ini. Sayang itu takkan hilang.Aku tinggalkan dia bukan sebab benci atau marah. Bila relationship goal kami berbeza, apa daya aku lagi. Angkat kaki la

Sungguh aku macam tak percaya aku mampu untuk sehari tanpa dia. Moga hari-hari mendatang aku lebih kuat untuk mengharungi cabaran perjalanan PhD yang penuh onak dan duri. 

Sakit yaAllah.. bila solat dan berdoa, aku pasti lemah dan air mata ni memang berhamburan. Allah sahaja yang bersama aku saat kami berkenalan, bertemu, berkasih sayang hingga kami berpisah. Bermacam perancangan kami buat untuk mulakan hidup bersama. Nampaknya jadi kenangan terindah jela..

Disini aku sertakan gambar-gambar aku sepanjang di Portugal. Satu-satu pelajar Malaysia melayu Islam di kampus ISEG Universidade de Lisboa, Lisbon, Portugal. 




Sekitar KLIA malam berlepas ke Lisbon. KL - Heathrow - Lisbon 



Sekitar Lisbon Airport sambil menunggu Dwi, rakan Indonesia disini yang menetap hampir 2 tahun



Vila Franca de Xira Train Station


Bangunan Assembleia de Republica. Bangunan ala Parlimen di Lisbon


Muka bosan tnggu flight 11 malam 6 Oktober yang lalu


Sekitar Heathrow Airport. Transit disini 2 jam sementara menunggu flight British Airways ke Lisbon







Masjid tertua di Lisbon, Mosque Central Lisbon


Access Card ke Library kampus


Antara menu tengahari di hujung minggu


Sekitar Santa Apolonia train station






ISEG Universidade de Lisboa


Ruang bilik sewa


Sementara menunggu lecturer sampai






Sampai bertemu lagi. Doakan aku mampu menghabiskan PhD disini ye. Tu je doa aku minta dari semua. aminn...



Comments

Popular Posts