Perasaan yang tak terungkap

Assalam semua... 


Minggu yang sangat-sangat sibuk hinggakan selagi tak malam, selagi itulah aku di office. Marking paper budak-budak, update MCL, carrymark lagi dan beberapa consultation dengan budak-budak usaha terakhir before final exam katanya.


Alhamdulillah Business Statistics, Basic Mathematics 2 dan Statistical Methods dah siap dikemaskini. Tak tahulah subject Business Mathematics liat sket nak siap. Penat tak terkata. Tido tak cecah bantal, jalan pun tak cecah jalan.. huhuhuuu... inilah namanya tanggungjawab. Bukan semata-mata makan gaji tetapi servis yang terbaik untuk rezeki yang lebih diberkati.


Aku tak tahu KAMU masih mengikuti blog ini atau tak. Selepas insiden yang aku kira, memang silap aku, aku rasa macam-macam. Sedih, muram, suram, pudar, rasa nak nangis (walaupun kadang-kadang air mata tue keluar juga lagi2 jalan jammed). Dosa mana yang kita lakukan hingga tak terampun melainkan menyekutuiNya  tapi aku faham perasaan KAMU.. KAMU patut cari kawan yang lebih baik daripada aku. Aku seorang yang sangat ego.. Sentiasa nak menang, tak pernah nak mengalah dan hanya nampak salah orang lain.


Dulu aku pun begitu sehinggalah aku bertemu dengan sahabat baikku, Fatimah Az-Zahra Abdul Shukor ^_^. Kesemua benteng keegoan telah berjaya dirobohkan dengan jayanya, bukan dengan mana2 mesin tapi cukuplah membawa aku ke alam persahabatan sebenar, yang mana aku tak pernah rasa daripada mana-mana kawan sebelum ini. Ajakan untuk berjemaah, kata-kata yang penuh lembut dengan teguran dan nasihat yang berhemah. Serius, tak pernah sedikit pun aku terasa kerana pendekatan sahabatku tak menyentuh mana-mana sensitiviti pun.


Allah uji persahabatan kami dengan jarak. Walaupun Putrajaya dengan Gombak takla berapa jauh, tuntutan masa memisahkan kami sedikit. Tapi kami still contact. Tak sabar nak tengok dia berkahwin sebab dia cukup membahagiakan aku sebagai sahabat. Teringin nak tengok dia membahagiakan suami dan anak-anak. Dia cukup menghormati pilihan aku walaupun kami sangat-sangat bertentangan. Daripada selera makan, muzik, pilihan rona warna hinggala pilihan cerita/movie tapi kami tetap boleh Ngammm ... <3


Hmm.. okaylah nak sambung kerja lagi. Macam biasa la selagi belum pukul 10, selagi tu aku tak berganjak daripada IIC. Ibu kat kampung bising dah aku asyik balik malam.. Inshaallah Ibu, akak takde apa-apa :)




P/s: Saya rindu KAMU! Saya tak cipta tapi datang sendiri :( Maafffff.....

Comments

Popular Posts