Jamming

Assalamualaikum semua ^__^

Hm... sekarang nie mode exam menular kat IIC. Mode consulting, invigilate exam, marking paper, update carrymarks and etc semakin merebak di semua Schools. Alhamdulillah Basic Mathematics 2 sudah selesai marking dan finalize. Tunggu hari isnin ini untuk present depan Kak Akma dan announce kat web. 4 Dec students dah boleh cek result.

Bersempena final exam, Miss Nisa nak share kartun (Tapi Miss pun sama dengan je dengan kartun ni :)) Takde niat nak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, tapi lumrah students samaaaaa je ^_^




Hahahaa.... Just kidding! :)

Minggu ni minggu pertama aku habiskan hujung minggu di kota batu kaca nie. Lain rasanya tak jumpa ibu ayah. Rindu sangat. Lain rasanya. Masuk shopping mall takde rasa nak shopping. Apa segala macam offer tak tertarik pun. Mungkin sebab jalan sorang-sorang atau mungkin sebab shopping di KL. Biasa kat kampung jee. Hmm.... Tak sabar nak tunggu raya haji!

Bila cakap pasal duduk kampung, rindu plak nak jamming. Dulu geng-geng Along, Angah dan Adik kat bilik tidur utama yang sekarang dah jadi bilik pengantin Angah. Hehehe.. Jangan salah faham. Bukan jamming dengan guitar dan dram, tapi jamming dengan kompang, yenkie, piano, dan shaker. Barang-barang percussion Kumpulan Fauzan bawak balik rumah dan kami pun jamming lah dengan lagu-lagu UNIC, Rabbani dan Miwarna (sekarang dah jadi Mirwana). 

Bila tengok Izzat, Khairie dan Afif Imadduddin jamming kat IIC studio jumaat lepas, rasa macam nak join je ^_^ Rindunya nak jamming lagi. Bila Along, Angah dah kawen, tinggallah aku dan adik je. Apa lagi, no more jamming dah. Rindunyeee... Geng nasyid pun ramai dah kahwin. Adoooiiillaaa kalau la dapat gather macam dulu huhuhh... Kereta jela jadi medan aku "jamming" sorang-sorang.. hmmmm..denagn adik juga

Jamming oh jamming...:( 

Comments

Popular Posts