Friday, July 29, 2011

Seronok tau!

Assalam

Hi! Semalam ada friendly-match netball students vs lecturers. Aku pun tak tau kuasa apa pergi daftar nama dan main. Seronok sangat-sangat sebab 5 tahun lepas, inilah sport kegemaran aku. Tapi at the ned, pancit! hahahaha ^_^ Takde warm-up, takde latihan pun..

Semuanya bersempena Majlis Konvokesyen International Islamic College yang ke-10. Macam2 program semalam seperti sepak takraw, treasure hunt, netball, paintball, DJ's corner. Hari nie aku tengok kat dataran, ramai students dengan berpakaian traditional melayu berkumpul untuk Nyanyian 1 Malaysia.

Ramai students aku join. Aktif jgak dorang ni tapi yang herannya awat kat kelas hangpa semua pakat senyap? aisehhhh... ^___^ Apa yang boleh aku katakan, alhamdulillah aku seronok. Seronok sebab dapat bersama-sama warga IIC untuk celebrate penubuhan IIC yang ke-10. Rabu lepas, upacara memotong pulut kuning dan nyanyian marhaban untuk Malaysian's Book of Records. Seronoklah!

Semoga suasana gembira ini terus berkekalan selamanya, aminnn ^_^

1 comment:

  1. kalau dengan aku jangan cakap pasal net ball ke hape ke sebab kalau menatang yang kena dibaling keatas dan dimasukkan kedalam jaring memang aku tak boleh bukan sebab apa , pendek ! hahahhahaha

    SEBAB KENAPA AKU MALAS MAKAN SEKALI HARUNG RAMAI-RAMAI

    ReplyDelete