Saya seorang Miss Nisa' (bahagian 1)

Assalamualaikum..

Lama tak buat entry kat sini. Sihatkah anda? harapnya sihat sejahtera selalu ye

Jadual tidak kurang padatnya. Masuk punch card area 7.30 pagi. Terus menapak tangga ke tingkat 2 dan duduk untuk melihat planner. Planner? Hmm.. teringat kenangan di bank islam dulu. Planner dah jadi menu wajib setiap pagi. Checking for appointments with clients, or kalau ada meeting kat RO. Semua tu tersemat menjadi kenangan ^_^ 

Walaupun dah takde di Bank Islam, kami tetap keep in touch. Abang Fauzi yang rajin call tanya perkembangan terbaru. Tak kurang juga Bos Ismail yang bertanyakan selok-belok kerjaku dahulu memandangkan tempatku masih belum ber"tuan baru" lagi dan dia terpaksalah mengambil alih tugasku..

Permulaan disini agak kekok. Kerja based on schedule rather than berkhidmat dengan Bank Islam dulu. Disini 8 jam sehari. Dahulu aku lebih dari itu. Kadang-kadang, bila siapkan semua details untuk pengajaran, ada beberapa lecturer yang menegur "kepantasan" ku. Terima kasih kepada Bank Islam kerana dahulu aku diajar bertugas dengan efficient dan pantas kerana service menjadi keutamaan kami. 

Disini, tiada pemantau. Tiada deadline. Semuanya independent, yang penting end of semester, report must be submitted. Patutla awl semester, ramai lecturer lepak-lepak, borak-borak. Mungkin pada mereka masa masih awal. Dalam tempoh dua minggu, aku hampir menamatkan chapter satu setiap mata pelajaran yang diberi. Semuanya mengikut MCL yang Course Coordinator sediakan. Inshaallah kalau betul-betul ikut, takde apa-apa masalah.

Alhamdulillah semester ini aku mengajar subjek2 kegemaran semasa di UIA dulu. Business Statistics, Business Mathematics, Basic Mathematics 2 dan Statistical Methods. Jumlah pelajar sekitar 80 orang. Agak mengejutkan memandangkan aku masih baru disini. Inshaallah aku cuba yang terbaik demi pelajar-pelajar disini.

Beberapa pelajar datang berjumpa denganku. Berkongsi kisah dan cita-cita untuk menyambung ijazah di UIA. Aku menyokong niat baik mereka dan berkongsi beberapa tips untuk berjaya di UIA. Tidak mudah dan tidak susah. Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Aku selitkan juga hubungan baik dengan Allah antara kunci kejayaan seseorang pelajar cemerlang.

Disini aku kongsikan beberapa gambar Kolej Islam Antarabangsa, Gombak.. Kisah akan datang yang lebih lucu dan menguji kesabaran seorang pendidik akan aku kongsikan dalam entri yang akan datang. Apapun aku gembira sekali bergelar pensyarah disini, alhamdulillah ^_^

IIC dolu-dolu :) Dah jadi asrama untuk sister sekarang

Di sebelah sana itulah department saya, School of Management Level 2

Pintu utama IIC. Ada operator panggilan a.k.a Penyambut tetamu


Ruang makan! selesa sangat cuma yang tak selesanya "mata-mata" yang memandang tu.huhuh..

International Islamic College




Boleh Like jugak kat Facebook! :)

Comments

Popular Posts