Skip to main content
Warkah buat Bakal SuamiKu
**Tukar isteriku = bakal suamiku
Wahai bakal suamiku,saya sayang awak kerana Allah. Terima kasih kerana bersama dan
bersabar dalam perjuangan ini (perjuangan bersabar untuk dipertemukan nanti). Yang harganya ialah syurga. Harganya
redha Allah. Dunia ini bukan balasan atau gantinya.
Perjalanan hidup ini nikmat jika kita bawa Islam dan sunnah Nabi dalam hidup ini. Kerehatan dan bahagia sebenar dalam syurga.
Wahai bakal suamiku, jika saya pergi dulu atau syahid, jagalah agama ini.
Sediakan anak jadi Daie dan berjuang untuk Islam. Janganlah berpatah
balik dalam perjuangan ini. Andai seluruh dunia tidak merestui jalan
Nabi ini, teruskanlah kerana Allah bersama orang yang istiqamah atas
jalan Nabi saw.
Kitakan ada
Allah. Seluruh dunia ini dalam genggaman Allah. Orang yang tinggi hari
ini, esok dia boleh jadi orang yang dikeji. Orang yang diludah hari ini,
esok dia dijulang oleh manusia. ALLAH pemilik segalanya. Jadi usahlah
sedih atau runsing kerana dunia ini bukan bukti kejayaan atau
gagalnya kita.
Biarlah orang nak kata kita bodoh kerana
dakwah, orang kata kita songsang, apa sahaja. Orang keji kita.
Biarkanlah mereka....Kita tetap akan sayang, bersangka baik dan doakan
umat ini kerana itu yang Allah suka.
Jadilah manusia yang sanggup mati dari meninggalkan jalan Nabi dan buat yang haram.
Jaga solat awal waktu. Bangun malam menangis di depan Allah. Semua
orang yang disayangi Allah, teguh dalam menangis di waktu malam.
Bacalah Al Quran kerana melalui Quran kita dinasihati oleh
Allah..selawat atas Nabi saw paling kurang 100 kali pagi dan petang.
Kerana bukanlah umat Nabi saw yang tidak mengasihi Nabi saw. Selawat
sambil ingat korban Nabi demi kita semua
Jagalah aurat walau
apapun terjadi. Hidupkan ta'lim wa ta'lum dalam rumah sampai di akhirat
kita dapat duduk bersama Nabi saw dan keluarga baginda.
Di
akhir zaman ini, banyak manusia akan beri hukum dan pendapat mengikut
apa yang mereka inginkan. Bila mereka tinggalkan dakwah kebenaran,
mereka tidak akan faham lagi Islam dan Al-Quran walaupun mereka ada ilmu
yang tinggi.
Janji Allah itu pasti. Semoga Allah gunakan kita untuk agamanya sehingga seluruh dunia datang pada Islam.
Tinggalkanlah itu semua. Sibukkan diri dan anak-anak dengan memperbaiki umat mengikut jalan Nabi saw.
Kita tidak layak. Tapi hanya itulah jalan menuju kepada Allah tujuan hidup kita.
Amin Inshaallah
Ebit Lew
Wednesday 14/8/2013 8.11pm
Comments
Post a Comment