Aku Budak Kudus (ADUS)
cinta pada ALLAH tidak akan hilang...
percayalah...
bila kita sudah mula mencintai ALLAH, kita akan yakin dgn cinta dan apabila kita temui seseorang yang kita cintai kita sudah tidak ragu-ragu untuk mencintainya krn kita tahu ALLAH sudah temukan cinta itu
Kata-kata ini Aina ambil daripada facebook Adus. Simple but interesting. Macam orangnya juga. Sikap dia yang caring, lembut dalam berbicara membuatkan hati seorang wanita biasa ini terpaut. Namun apakan daya, Aina Estrina hanyalah perempuan. Lebih enak ditelan daripada mati diluah.
Mungkin terlalu awal untuk Aina bercerita tentang Adus. Yang menarik sekali tentang Adus ialah sifat semulajadi periang dan sentiasa membuat orang senang. Ketiadaan dia membuatkan hati terasa kosong. Adakah ini yang dinamakan cinta?
Adus ternyata lebih muda dari Aina. 2 tahun barangkali. Tetapi bila berbicara dgnnya, Aina seakan lupa perbezaan umur mereka. Yang jelas, Aina senang sekali bila bersama dengan dia.
Moga-moga ada jalan jodoh buat mereka sekiranya dialah yang terbaik untuk ddiri gadis bernama Aina Estrina Mohd. Tahir.
Buat dirimu ADUS (Aku Budak Kudus), terima kasih kerana mewarnai hari-hariku :)Maaf kerana perasaan ini menampakkan wajahnya terlalu awal.
Aina Estrina Mohd. Tahir
OCBC Berhad
6.45p.m
P/s: Hmmmm........ (Berfikir dan memilih)
Comments
Post a Comment