Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan
…..الحمدلله
Syukur kepada Allah dengan izin dan inayahNya, kita dipertemukan dengan hari yang penuh dengan barakah; Ramadhan Al-Mubaraq. Pejam celik tak sangka kita dipertemukan lagi..
الحمدلله رب العالمين
Sudah 24 tahun aku dihidupkan Allah di muka bumi ini tanpa sebarang cacat cela. Sentiasa kejayaan, kesenangan, kasih saying daripada keluarga tak pernah kurang, rezeki bertambah..Cuma terkadang rasa sedih dan amarah muncul di dalam hati bila sedikit ujian dilempar kepadaku. Maafkan aku Ya Allah. Aku ini manusia biasa, punya perasaan cumanya Ya Allah, janganlah kau biarkan aku terlalu mengikut perasaan hingga menjadi hamba yang kufur pada nikmat, nauzubillah
Mudah-mudahan Ramadhan ini menjanjikan 1001 rahmat, kebahagiaan dan detik untuk aku mengubah diri ini kepada yang lebih baik. Mem”puasa”kan diri selama sebulan daripada segala macam perasaan mazmumah, ameenn…
Ingatlah kawan-kawan, Ramadhan bukanlah bulan untuk mempersiapkan diri menghadapi Syawal tetapi satu-satunya bulan dalam setahun yang Allah kurniakan untuk kita semua memperbaiki diri dan persekitaran menjadi lebih baik dan baik lagi dan dikekalkan “Good Mode” itu untuk bulan-bulan yang akan datang, bukan di bulan ini sahaja.
Mungkin ada sebahagian daripada kita sudah mula menempah baju raya, kuih raya, langsir baru dan ada juga yang mula membeli kad-kad raya untuk dilayangkan kepada yang tersayang. Sungguhpun begitu, janganlah terlalu diikutkan perasaan “beraya” hingga lupa kepada tarawih dan Lailatul Qadr.
Marilah kita bersama-sama mencari rahmat Allah di minggu pertama Ramadhan…
Takbir!!!! Allahu akhbar ^_^
Comments
Post a Comment