Allah punya jawapan itu..

Salam sejahtera buat hari selasa yang mula menganjak ke jam sebelas.

Aku sedang memahamkan subjek Small Business Management Chapter 6: Planning, Organizing & Managing a Small Business. Tak susah cuma boring nak baca teks book sebab takde color atau gambar-gambar yg menarik. Betul la apa yg pernah lecturer katakan, semakin kita belajar, semakin meningkat umur, semakin tinggi pengajian kita, semakin kurang gambar dalam buku. Nampaknya semangat jihad untuk menuntut ilmu kadang naik dan kadang turun.. Ampunilah aku, Ya Allah

Alhamdulillah alahan aku beransur pulih. Jika dikenang balik, memang kelakar “Alahan Ikan Sungai”. Tapi itulah kenyataannya. Aku tak boleh makan ikan sungai. Contoh? Ikan keli, ikan sepat, ikan puyu...but the problem is itu favourite aku...including tilapia. Argh! Siap pesan dengan ibu minta buatkan pekasam puyu. Bukan rezeki aku, Allah mahu beri yang lebih baik..

Lepas rawatan alahan, doktor bertanyakan tentang department Neurology HKL yang sepatutnya aku pergi semester lepas tapi aku tak pergi. Aku terlalu sibuk dengan persiapan raya. Masakan aku nak merosakkan mood raya family dengan menemani aku ke HKL. Walaupun aku cuba melarikan diri daripada “sakit” yang tak pasti tu, semakin aku mendekati kepada tanda-tanda sakit saraf. Hampir seminggu aku cuba merahsiakan drpd pengetahuan keluarga kerana sakit dulu kembali. Hati aku rasa tak selesa. Rasa berdosa kerana merahsiakan daripada ibu dan ayah terutamanya. Akhirnya malam kelmarin saat ibu telefon bertanya khabar, barulah aku memberitahu perkara sebenar. Walaupun ibu belagak tenang tapi aku tahu jauh di sudut hati ibu, punya rasa risau kalau sakitnya dulu bertukar tuan pada anaknya ini pula.

Aku redha.... sungguh! Aku tak punya kuasa untuk menghalangnya. Walaupun percubaan untuk melupakan (ignore) sakit tu pernah dilakukan dan berjaya, namun dia tetap singgah dan bertamu sebagai tetamu tetap di jasad aku. Seolah-olah menyeru aku mengambil rawatan SEKIRANYA benar aku punya sakit neuro. Bila dikenang semula kenangan di zaman sekolah, kanak-kanak, dan situasi kondisi badan aku, semuanya bagaikan PETANDA! Namun aku tak punya bukti. Aku bukan doktor. Aku bukan nurse. Aku cuma Khairun Nisaq Taslim je. Semuanya akan terjawab 2 minggu lagi. Moga ianya adalah yg terbaik untuk aku pemberian Allah.

“Ya Allah, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat, seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu”

Ameennn.........

5 March 2010 is running the corner.. Just pray and let it be.. Allah knows the best ^_^

Comments

Popular Posts